Sunday, 16 September 2018

PKR dan PPBM: Siapakah Paling Berpengaruh?

Rakyat telah memberi peluang kepada PH untuk membuktikan kebolehan dan ketelusan mereka pada pru lepas.

Peluang ini bukanlah satu perkara mudah buat rakyat untuk mengambil keputusan tersebut kerana rakyat perlu mengorbankan satu perkara untuk mendapatkan satu perkara yang lain.

Rakyat mengharapkan agar pengorbanan mereka tidak disia siakan.

Perjuangan PKR untuk menaikkan Anwar sebagai PM bukanlah satu isu besar malah ia bukanlah agenda utama rakyat didalam memilih Pakatan Harapan.

Bagi rakyat siapa sahaja yang menjadi PM perlulah mendahulukan agenda rakyat dan memulihkan negara ini yang telah mengalami kerosakan yang amat teruk semasa dizaman najib.

Rakyat melihat pakatan harapan mengalami satu kejutan budaya sebaik sahaja mendapat kuasa. Terdapat 2 parti yang kelihatannya seperti mahu menjadi supreme power.

Didalam kedua parti tersebut terdapat puak penyokong taksub kepada pemimpin masing masing yang kelihatannya mahu memegang kuasa lebih dari yang lain... ini satu masalah besar...

Masing masing puak mempunyai pengaruh dan pengikut dan mampu merosakkan kekuatan pakatan harapan sekiranya mereka bertindak untuk mengamalkan konsep politik ugutan.

Pada satu pihak kelihatannya mahu menjaga kepentingan Anwar agar dapat menjadi PM tanpa halangan. Dan ini bukanlah satu kesalahan kerana sememangnya didalam kempen pru lepas ada menyatakan perkara tersebut.

Manakala didalam satu pihak lagi didalam parti yang lain mahu menjaga kepentingan mereka kerana sedikit gusar seandainya Tun melepaskan jawatannya dalam 2 tahun lagi besar kemungkinan perjalanan politik mereka juga turut terkubur.

Maka satu agenda besar perlu dilaksanakan agar kepentingan mereka akan terjamin walaupun Tun bukan lagi perdana menteri.

Mungkin jalan terbaik ialah berpakat dengan satu pihak didalam PKR yang agak berpengaruh dan menggelikan beliau untuk menjadi bakal pm bagi menggantikan Anwar.

Perkara ini membuatkan pihak didalam PKR menjadi marah dan mula menyerang balas tetapi serangan balas itu dijawab pula oleh pihak didalam pkr yang tidak lagi menjadi pentaksub Anwar dengan mengatakan bahawa perkara itu adalah wajar kerana sedari awal lagi sememangnya sudah ada satu gerakan untuk menghalang Tun daripada menjadi perdana menteri.

Perbagai alasan dikemukan oleh kedua dua belah pihak bagi menghalalkan perbuatan masing masing hinggakan rakyat terpinga pinga dan berbisik sesama sendiri dengan berkata,

"Mereka ni dah takde kerja lain ke? Dulu masa jadi pembangkang nak sangat kuasa... bila dah ada kuasa berebut pula sesama sendiri..."

Umno sebenarnya beria mahukan Anwar menang pada prk akan datang agar Tun dapat dijatuhkan daripada persada pimpinan negara. Kemenangan anwar mampu membuatkan percikan perbalahan menjadi besar.

Naiknya Anwar sebagai PM mereka beranggapan boleh menarik nafas lega, kerana Tun dilihat seperti mahu mencungkil hingga ke dasar segala salah laku menteri menteri umno.

Dengan berbaik baik dengan Anwar dan berkempen untuk kemenangan anwar di port dickson sedikit sebanyak hati anwar akan sedikit ceria dan tidak sampai hati untuk bertindak terhadap mereka sekiranya anwar menjadi PM nanti.

Politiking dalam berpolitik dalam politik...

Terlalu banyak berpolitik akan menyukarkan untuk memulihkan negara dan penjenayah penjenayah besar kemungkinan boleh bebas dengan desakan politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Permainan politik masa kini amat menggusarkan rakyat. Blok blok politik kelihatan semakin berterabur dan berpecah pecah.

Pkr yang awalnya dilihat kuat dan dominan kini mengalami masalah perpecahan. Namun mujur perpecahan itu masih di dalam ruang lingkup menzahirkan sokongan kepada komponen parti didalam pakatan harapan dan tidak kepada umno.

Tidak kisahlah samada mereka pro Anwar atau Pro Tun, asalkan masih didalam lingkaran Pakatan Harapan.

Begitulah pendapat saya kepada kumpulan beberapa penyokong pakatan harapan yang telah bersusah payah berkempen untuk pakatan harapan dulu.

Dalam beberapa perbincangan umum ada yang berpendapat adalah wajar anwar mula menjadi ahli parlimen pada waktu waktu terakhir 2 tahun yang dipersetujui tun melepaskan jawatan.

Mereka berpendapat ini adalah wajar bagi mengelakkan anwar daripada kelihatan tidak sabar mahu merebut kuasa.

Pada pendapat yang kedua pula mereka merasakan adalah satu kewajaran anwar parking terlebih dahulu sebagai ahli parlimen kerana orang orang tun dilihat seperti mula mahu mencengkam pengaruh di putrajaya dan mereka bisa mampu menghakis sedikit demi sedikit laluan anwar untuk menjadi PM.

Ianya masih berkitar didalam suasana berebut kuasa tidak kira apa saja alasannya.

Ia adalah kerana sudah tidak ada kepercayaan sesama sendiri diantara pemimpin parti parti komponen.

Jika dilihat kepada tindak tanduk Tun tiada langsung kelihatannya Tun mahu mencantas Anwar untuk menggantikannya.

Cuma sahaja rakyat tertanya tanya siapakah sebenarnya kepala iradat yang sedang menyusun dan mencatur agar lingkaran kuasa di putrajaya akan diduduki oleh orang yang mereka mahukan.

Disebelah kem anwar ibrahim sudah pasti kita dapat melihat bahawa rafizi adalah kepala iradat yang bersungguh sungguh mahukan anwar menjadi pengganti Tun dan ini bukanlah satu kesalahan kerana ia sudah disepakati sebelum PRU lagi.

Cuma siapakah gerangan yang disebelah kem PPBM..?

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...