Saturday 26 March 2022

Pattern politik yang sama

Dalam dunia cyber ini apabila terlalu mempertahankan diri akan membuatkan diri kelihatan lebih bersalah. Lagi kuat berbunyi makin kuat kelihatan  bersalah. 

Begitulah kesannya pada BN pada pru yang lepas.

Manakala PKR pula menjadi kuat apabila kelibat Anwar tidak kelihatan kerana sentimen simpati kepada anwar boleh dijadikan sebagai produk pilihanraya.

Sebaik sahaja Anwar bebas agak sukar untuk PKR mengetengahkan produk yang boleh memikat hati rakyat terutama pengundi melayu.

Maka fikir fikirkan lah satu produk yang boleh memikat hati pengundi melayu.

Tips... Pasang lagu raya yang mendayu dayu boleh membuatkan air mata orang melayu menitis. Orang melayu ni berjiwa sentimental manakala PKR pula lahir dijalanraya yang berhati batu...

Walau apa lagu pun yang mahu diperdengarkan, perlu diingatkan bakal calon yang mahu diketengah memainkan peranan penting. Calon parachut yang semata mata mengharapkan populariti parti dan ketua parti hanya menjadi satu beban sahaja kepada parti.

Bagi parti parti baru, calon calonnya perlulah popular dikawasannya, setidak tidaknya semua khariah masjid kenal akan beliau atau setidak tidaknya ahli ahli parti kawasannya berjumlah puluhan ribu.

Apabila semua parti mengenengahkan calon calon yang berkualiti barulah rakyat seronok memilih yang terbaik dikalangan yang baik baik.

Tidak seperti pru lepas dimana rakyat terpaksa memilih yang kurang buruk dikalangan yang buruk buruk.

Pattern yang sama mungkin akan berulang. Satu pihak bersuara, satu pihak lagi menyerang balas secara besar besaran hingga pihak yang bersuara menjadi popular di mata rakyat dan pihak ketiga potong tang konar apabila dekat nak sampai PRU dan menjadi PM selepas PRU...

Sebagai orang politik bawahan, mengenali calon dan dikenali oleh calon sudah menjadi satu kejayaan besar dalam hidupnya, manakala orang politik diperingkat tinggi sedikit mereka mengharapkan agar dapat menjadi calon dengan alasan sebagai ketua diperingkat bahagian maka ia adalah hak mereka untuk dicalonkan. Sekiranya menang maka apabila dilantik menjadi menteri adalah satu kejayaan besar dalam hidup mereka.

Seringkali kita melihat corak kehidupan mereka berubah selepas menjadi wakil rakyat apatah lagi selepas menjadi menteri.

Penggal pertama mereka mengutip kekayaan untuk diri mereka, penggal kedua mereka persiapkan untuk kelangsungan anak cucu mereka.

Maka bila pula untuk rakyat?

Jawapannya ialah selepas mereka pencen dari politik barulah kedengaran suara mereka mengajar jenerasi muda apakah itu perjuangan sambil menyelak nyelak buku sejarah yang telah lama mereka tinggalkan semenjak bergelar YB dulu.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...