Disamping umat Islam yang berasa tidak selesa dengan kelunakan kerajaan terhadap musuh Islam yang sengaja membuat provokasi terhadap umat Islam, terdapat juga bekas bekas menteri (yang sedang/akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah dan tidak membayar cukai), dilihat bersungguh sungguh mahu menukar kerajaan dengan apa cara sekalipun dengan tujuan untuk terlepas dari hukuman.
Rasanya lebih baik dipercepatkan pendakwaan dan selepas selesai kes mahkamah barulah Parlimen dibubarkan.
Jika tidak, rakyat seolah olah tidak diberi pilihan untuk mengundi calon yang baik kerana kedua dua belah pihak pun lebih kurang sama saja halatuju mereka.
Ini kerana dipihak kerajaan sendiri terdapat ahli politik yang bukan Islam yang begitu memusuhi Islam dan dilihat mahu Perdana Menteri mengikut telunjuk mereka.
Manakaka ahli politik yang beragama Islam pula seolah olah menjadi benteng kepada musuh musuh Islam.
Maka saya merasakan ada juga baiknya sewaktu pilihanraya nanti ahli ahli politik yang merasakan orang melayu sebagai tidak penting ini bertandinglah dikawasan yang tidak ada pengundi melayu supaya pengundi tidak menjadi pening untuk memilih calon yang baik dan parti yang benar benar mewakili kehendak orang melayu.
Kita boleh bertolak ansur namun janganlah beransur ansur pula kita ditolak...
Presiden presiden semua parti melayu juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam memilih calon calon yang benar benar berkhidmat untuk bangsanya kerana parti mereka disokong adalah kerana mereka membawa perjuangan melayu.
Sekiranya mereka mahu menjadi liberal maka ada baiknya mereka menyertai parti dap atau pkr yang membuka ruangan untuk semua kaum tapi secara tidak langsung mereka memberi syarat tidak boleh terlalu bercakap soal melayu dan Islam.
Bagi yang mempunyai anak yang ramai sudah pasti pernah mengalami situasi dimana anak anak bergaduh dan si kakak menjerit jerit pada si adik...
Maka kita pun secara spontan terus memarahi si kakak kerana membuat bising.
Setelah disiasat barulah kita tahu sebenarnya si adik yang memulakan dahulu mengganggu si kakak hingga membuatkan si kakak hilang sabar dan menjerit pada si adik.
Begitulah perumpamaannya yang berlaku didalam negara kita pada hari ini dimana kita pula dipersalahkan apabila menjerit marah setelah diganggu.
Sebenarnya hak kita telah dirampas 100% sewaktu dijajah dan masih lagi tiada hak walaupun setelah merdeka.
Kita hanya mendapat hak 30% setelah berlaku insiden 13 mei dibawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abd Razak.
Malangnya dengan 30% itu tidak mencukupi untuk membantu seluruh umat melayu kerana rakyat marhaen perlu bersaing dengan ahli ahli politik dan keluarga para bangsawan.
Dan kerana 30% itu jugalah boleh dikatakan seluruh ahli politik melayu mampu menjadi kaya raya sehingga ke anak cucu dan golongan rakyat biasa pula perlu bekerja lebih kuat sedikit sekiranya mereka mahu menikmati lelehan 30% tersebut.
No comments:
Post a Comment