Wednesday, 11 July 2018

Malaysia Baru, Apa yang baru?

Apabila menyebut perkataan "baru", otak kita sebagai rakyat akan berfikir tentulah ia berkaitan segala galanya akan berubah. Begitu juga apabila menyebut Malaysia baru otak kita akan memikirkan,

Kerajaan yang berubah
Dasar kerajaan yang berubah
Kehidupan berubah menjadi lebih senang
Protokol didalam sektor kerajaan juga berubah
Cara menyelesaikan masalah rakyat juga berubah

Malah perubahan yang amat di dambakan oleh rakyat ialah satu perubahan total didalam sektor kerajaan.

Kita mengharapkan kakitangan kerajaan yang tersenyum melayan kita.

Kita mengharapkan kakitangan kerajaan dapat selesaikan masalah kita dengan lebih cekap dan telus.

Kita mengharapkan tiada rasuah dan kita amat mengharapkan tiada pilih kasih atau penindasan terhadap kita sebagai rakyat marhaen.

Kita mahukan perubahan begitu... Kita mahukan kerajaan baru ini benar benar mesra rakyat melalui pekerja pekerja mereka sebagai kakitangan kerajaan.

Kita akan merasa sentiasa dipertahankan sekiranya kerajaan akan menyebelahi kita apabila rungutan dan aduan kita berkenaan kakitangan kerajaan yang biadap terhadap kita.

Malah kita akan merasa begitu bersyukur seandainya kerajaan baru benar benar melaksanakan satu dasar yang menyebelahi rakyat.

Kita masih tertunggu tunggu akan dasar tersebut. Kita telah lama menunggu dan kita sudah lama tersiksa dibawah regim yang lama.

Kita sudah tidak mampu bersabar kerana kita peru makan setiap hari. Kita mahukan kerajaan baru memberi ruang untuk kita mencari rezki didalam negara yang penuh dengan sumber alam.

Kita mahukan kerajaan selesaikan masalah kos rumah yang terlalu mahal. Kita bukan mahu kerajaan memaksa bank memudahkan urusan pinjaman. Apa guna urusan bank menjadi mudah tetapi harga rumah melambung tinggi.

Negara ini mempunyai banyak tanah maka ada baiknya kerajaan memberi setiap rakyat marhean sebidang tanah dan pandai pandailah rakyat mahu berdikari untuk membina rumah buruk mereka sedikit demi sedikit.

Strategi perdana menteri kedua juga boleh diperkenalkan semula yakni melalui felda dengan menjadi peneroka.

Apa yang kerajaan perlu fikirkan ialah bagaimana mahu mengelakkan rakyat menjadi perompak atau pencuri kerana mahu mencari sesuap nasi.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...