Thursday 12 July 2018

Hati hati: kita jangan jadi seperti umno

Bayangkan lah sekiranya kita yang seramai 6% ini masih lagi kekal bersama umno pada PRU lepas.

Sekiranya itu berlaku sudah tentu BN akan masih kekal memerintah dan kebobrokan menteri Bn akan semakin terserlah malah menteri umno akan lebih kurang hajar kepada rakyat.

Tapi mujurlah kita seramai 6% ini sanggup menegur dan menentang najib di dalam umno. 

Dan kita keluar dari umno dengan bermaruah sebagai seorang penentang yang sanggup berjuang menjatuhkan najib.

Kita dihina oleh orang orang umno sebagai pengkhianat umno kerana bersekongkol dengan pembangkang diwaktu itu.

Ingat kembali dimana kita begitu tekun dan firm menegur pemimpin umno walaupun kita adalah ahli umno.

Sampai waktu dimana Tun Mahathir begitu kecewa dengan pendirian orang orang umno yang pertahankan najib dan kita 6% inilah yang duduk bersama Tun hinggakan Tun kekal bersemangat meneruskan perjuangan beliau.

Kita juga sanggup meninggalkan umno untuk menyertai parti baru Tun yang diketuai oleh TS Muhyidin walaupun kita tidak begitu diterima oleh elitis elitis yang berada di dalam parti baru tersebut.

Kita telan dan kita hadam saja kepahitan walaupun hati kita begitu sakit. 

Namun memandangkan demi perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi BN maka kita teruskan juga perjalanan hingga kita berjaya di dalam pru 14 yang lalu.

Harus diingat, kita perlu jadi diri kita. Diri kita yang asal adalah diri seorang pejuang dan akan bercakap benar dimana sahaja kita berada.

Hari ini kita berada di dalam Pakatan Harapan maka kita perlu jadi diri kita untuk bercakap benar. 

Kita perlu menyatakan kebenaran kerana seandainya kita menyokong tanpa berfikir maka kita akan jadi seperti orang umno yang taksub kepada parti dan pemimpin yang akhirnya akan merosakkan negara.

Kita dilaungkan dengan kata kata keramat 'Malaysia Baru' maka jadikanlah kata kata itu benar benar keramat.

Kita tidak mahu kata kata itu untuk menjadi keramat kepada musuh musuh Islam sahaja yang akhirnya merugikan kita.

Sekali lagi.... Jangan jadi seperti umno.. jadilah diri kita sendiri. 

Jangan terlalu kuat membodek dan mengampu kerana pemimpin kita akan lalai dan alpa seperti pemimpin umno dahulu...

Jadilah diri kitร  yang sebenar seperti dahulu...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...