Kementerian Pengangkutan tidak menolak kemungkinan untuk pertimbang memperkenalkan semula program pelupusan kenderaan bagi mengurangkan jumlah kenderaan lama dari atas jalan di negara, lapor The Edge.
Ini bukanlah kali pertama program seperti ini dicadangkan; di mana mereka yang ingin melupuskan kereta lama diberikan pampasan atau rebat bagi membolehkan mereka membeli kereta baru. “Masih belum ada keputusan diambil berkaitan perkara ini, tetapi saya telah diberi taklimat oleh pegawai bahawa memang ada beberapa cadangan ke arah ini,” jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pernah mengusulkan cadangan dasar hujung hayat kenderaan, sebuah skim pelupusan kenderaan dengan pampasan/rebat.
Di bawah cadangan ini, pemilik yang kenderaan mereka sudah berusia lebih 10 tahun akan diberi rebat sehingga RM5,000 untuk mereka “trade-in” kenderaan terbabit dengan yang baru dari jenama pengeluar tempatan.
April tahun ini, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar berkenaan. Ia sepatutnya dicadang untuk dilaksanakan awalnya pada tahun 2014, tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan maklum balas kurang memberangsangkan dari orang awam.
Dalam cadangan awalnya ketika itu, dasar berkenaan memerlukan pemilik yang kenderaan mereka telah berusia 15 tahun ke atas untuk dibawa untuk pemeriksaan wajib sebagai satu keperluan untuk memperbaharui cukai jalan. Gagal lulus dalam pemeriksaan ini, kenderaan terlibat perlu dibaik pulih sehingga lulus.
Ini bermakna rakyat Malaysia akan sentiasa berada dalam keadaan berhutang. Baru selesai membayar hutang kereta 9 tahun, terpaksa dijual kereta lama dan mengikat hutang baru 9 tahun lagi sehinggalah kita semua wafat.
Adakah anda menyokong pelaksanaan dasar seumpama ini?
No comments:
Post a Comment