Tuesday, 28 July 2020

TERKINI: NAJIB BERSALAH

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.
Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hakim berkata pasukan pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan salah guna kuasa bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.
Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.

4 comments:

  1. Najib tu amno

    Amno tu adalah parti dgn sistem korup dr peringkat atas, turun ke pemuda sampai ke level pacak bendera. Yang x mungkin berubah dlm tempoh sehari atau setahun. Mungkin klau nak ubah pun ambil masa 1 abad bru bleh.

    Kenapalah Pas bersama amno?

    ReplyDelete
  2. Macai pakatan kencing mai menyalak da...tak pe...next lepas ni LGE ye...tunggu...pas tu Mujahid pn ada kemungkinan

    ReplyDelete
  3. Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta itu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi

    Apabila mahkamah mendapati DS Najib Razak bersalah berkaitan RM42juta wang SRC International, jelas menunjukkan bahawa 'Rules of Law' mahkamah tidak dipengaruhi politik, semasa era Kerajaan Perikatan Nasional.

    Tidak sama apabila era Kerajaan Pakatan Harapan, berpuluh kes gugur tanpa alasan dan kes banglo lajak laris Lim Guan Eng yang sedang berjalan pun boleh digugurkan oleh AG Tommy Rock n Roll.

    Ada juga kes sedang berjalan dengan beratus ratus kali penangguhan dilakukan. Malah menyorok pula dibontot peguam bela dari disoal pendakwaraya. Kes bicara tertutup di mahkamah dengan tangguh panjang.

    Akhirnya di peringkat rayuan terbongkar hanya dengan cerita 4 cm panjangnya terbenam di belakang mangsanya kes itu ditangguh tangguh dengan sangat panjang.!!

    Mahkamah era PN, benar-benar mengamalkan "Rule of Law". Syabas penyokong penyokong yang berlapang dada walaupun sosial distancing terabai.

    Pembebasan dan Pelepasan Tan Sri Musa Aman pada 9 Jun daripada 46 kes rasuah, cuba dipolitik oleh pihak pemimpin Warisan dan Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir. Siapa tak kenal melayu mudah lupa ini.

    Tukar speaker pun nak bawa mahkamah, bila tukar Ketua SPRM, IGP dan AG dizamannya buat buat bodoh..!!

    Kita pernah digemparkan dengan pengakuan mantan Peguam Negara, TS Apandi Ali, bagaimana beliau telah ditemui oleh Gopal Sri Ram atas arahan Dr Mahathir untuk 'by hook or by crook' menjatuh dan memenjarakan DS Najib

    Bagi kes Najib, walaupun didapati bersalah diperikngkat mahkamah tinggi, masih ada lagi mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan.

    Siapakan hakim ini?

    Mohd Nazlan bin TS Ghazali Bin Ali kah..!? TS Ghazali bin Ali itu adik beradik Tun Siti Hasmah binti Ali kah..!? Tun Siti Hasmah binti Ali Isteri Tun Mahathir kah.!! Tun Mahathir adalah bekas PM ke-4 dan PM ke-7 kan musuh utamanya DS Najib... Wallahualam!!

    Najib menyelesaikan kenyataan pendeknya dengan membacakan "sumpah laknat" sebelum menyatakan bahawa beliau tidak meminta wang RM42 juta itu.

    "Saya tidak merancang (menerima) RM42 juta dan juga tidak ditawarkan RM42 juta. Tidak ada bukti atau saksi yang mengatakan demikian.

    Siapa pula yang terkena percikan sumpah laknat ini? Tuhan janjikan akan kebinasaan pada mereka yang memperlecehkan sumpah laknat...

    Sekiranya Najib yang bersumpah laknat dan melafazkan dalam masa dia terfitnah dan teraniya dikala hukuman ini menyebelahinya mungkin ada yang berkata hukuman sudah menyebelahinya berani lah dia lafaz macam itu dan ini.!!

    Namun Najib bersumpah laknat dikala hukuman itu tidak menyebelahinya...Suatu keajaiban dan keberanian pada yang tertuduh.

    Najib adalah subjek dan simbol keberanian menentang penguasa yang zalim. Jujur dengan tingkah laku dan perkataan dalam menghadapi masa sukar. Jika seorang bernama Najib rabah akan muncul seribu Najib menentang kezaliman ini.

    Kerjasama antara UMNO dan Perikatan Nasional hanyalah setakat PRU 15 sahaja dan selepas itu kita kembali kepada Muafakat Nasional..!! Dr Mahathir sedar, kerjasama antara beliau dan DAP serta PKR tidak akan bertahan lama dan PPBM yang beliau tubuhkan kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu.

    Kini setelah usaha beliau memenjarakan DS Najib sudah hampir menjadi pasti maka Dr Mahathir akan pergi kepada agenda kedua, iaitu 'hijacked' UMNO.

    Kemungkinan hakim terlepas pandang daripada segi undang-undang. Siapakah hakim itu yang berlatar belakang perbankan yang sering kali dikelilingi super VVIP tahap dewa..!!

    Tidak bermakna didapati bersalah di mahkamah tinggi, juga boleh bersalah di peringkat mahkamah rayuan, kerana di peringkat mahkamah tinggi hanya membabitkan seorang hakim.

    ReplyDelete
  4. Mungkin Pekan akan kosong kan kerusi tapi no hal sebab anak nya pasti mengisi kekosongan yg ditinggalkan sementara oleh bossku

    klu tokong boleh amik anak , anak menantu, kapal sink boleh amik gobin sink, brother bole amik anak isteri , atok bole angkut boboi... maka anak Bossku bole ganti sementara di Pekan insyallah anak bossku pasti dapat majority maha besar...

    kikikiki..


    sooo whattt...!!??

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...