Tuesday, 28 September 2021

Bangau oh bangau

Negara yang mempunyai ramai ikon hero menunjukkan negara itu mempunyai terlampau ramai orang jahat. Ini kerana masyarakat terlalu mendambakan satu susuk tubuh yang berani dan sanggup memperhambakan diri untuk menyelamatkan masyarakat.

Masyarakat terasa mereka tertindas dengan perbagai perkara. Ditindas oleh orang jahat dan ditindas oleh orang berkuasa.

Dan kebiasaannya ikon hero itu paling dimusuhi oleh pihak berkuasa. Ini kerana pihak berkuasa merasa tercabar apabila mereka gagal menjaga keharmonian sehingga terlahirnya seorang ikon yang dianggap sebagai hero.

Masyarakat faham akan situasi ini maka dengan itu mereka berangan angan agar ikon mereka itu merupakan hero yang mampu menandingi orang jahat dan pihak berkuasa dengan menggunakan kuasa super power.

Ini berbeza dengan orang beriman yang menunggu super hero yang bernama Al Mahdi tetapi tidak mempunyai super power. Malah kita sendiri perlu terlibat dan bergadai nyawa dalam peperangan melawan puak kufar.

Hero sebenarnya adalah diri kita sendiri. Sekiranya kita berani maka kita mampu menjadi hero dan balasannya adalah syurga sebagaimana yang telah dijanjikan.

Umat islam tidak memerlukan super power tetapi sebenarnya memerlukan pemimpin.

Banyak juga kajian yang tidak dibukukan tetapi dicakap secara mulut ke mulut tentang kenapa Malaysia gagal untuk menjadi negara hebat seperti Korea dan Jepun walaupun negara mereka lebih teruk menghadapi peperangan dunia kedua.

Walaupun negara pernah menduduki sebagai sebuah negara yang membangun yang kata lainnya yang macam dah nak bangun sangat dari tidur tetapi dipertengahan jalan terkulai tidur kembali.

Ada beberapa faktor sebenarnya, dan salah satu daripada faktornya ialah kerana diri saya sendiri....

Kalaulah dulu saya tak macam tu mungkin negara ini sudah maju...

Itu baru diri saya seorang, bayangkanlah kalau 30juta rakyat Malaysia tak macam tu dulu mungkin negara Malaysia sudah terlebih terlebih majunya... Bukan sahaja ada kereta terbang malah rumah terbang pun boleh dibuat. Nak pegi kedai tak payah naik kereta dah, kita bawak dengan rumah rumah sekali parking atas kedai....

Kegagalan sebuah negara adalah kerana pemimpinnya, kegagalan pemimpin kerana balacinya, kesalahan balaci kerana rakyatnya... Kegagalan rakyat kerana pemimpinnya...

Maka jadilah sebuah lagu yang tercipta yakni lagu kanak kanak " Bangau oh bangau"

Dan lagu ini begitu popular hingga dijadikan sebagai senjata oleh orang orang politik untuk menutup kegagalan mereka...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...