Friday 17 September 2021

Tikus tikus Makmal Sedang Dilepaskan

Kena faham satu perkara, walaupun kereta ada roadtax tidak bermakna kemalangan tidak berlaku. Road tax dibuat untuk sumber pendapatan dan bukan untuk mengelakkan kemalangan.

Begitulah juga dengan beksin...

Tiba tiba terfikir selepas dos ketiga diberi secara percuma juga, agaknya sampai bila kerajaan mampu bertahan untuk menanggung kos pembelian beksin? 

Bukan sahaja beksin malah kos pembelian jarum suntikan juga menelan belanja yang agak besar. 

Yang lebih merisaukan ialah apabila sudah ada cadangan beksin mahu diwajibkan keatas kanak kanak sekolah. Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak perkara ini sudah mula menjadi satu igauan.

Lambat laun kos kos tersebut akan dikenakan juga keatas rakyat. Persoalannya ialah bilakah tarikh keramat tersebut?

Dulu cara merompak ialah jumpa mangsa dan terus hunuskan senjata, kemudian berubah kaedah kepada melepaskan hantu puaka dan menjual air jampi serapah.

Dizaman moden ini sebarkan birus dan menjual beksin....

Modus operandi nya tetap sama yakni kaedah menakut nakutkan untuk mendapat hasil...

Seandainya kita punya pertahanan diri yang kuat misalnya mempunyai silat bagi mempertahankan diri dari perompak yang bersenjata, sekiranya kita mempunyai pertahanan diri yang kuat misalnya mempunyai ilmu ruqyah bagi pendinding hantu puaka, dan sekiranya kita mempunyai pertahanan diri yang kuat mempunyai kekuatan antibodi dan menjaga SOP bagi mengelakkan penyakit maka kesemua perompak perompak tersebut tidak mampu menindas kita Inshaallah....

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...