Tak tau lah apa yang sebenarnya... Berjangkit melalui orang atau di spray oleh orang... Rantaian terputus putus tapi boleh muncul tiba tiba secara bertompok tompok... Tak tau nak kata kategori dhoif, mauduk atau soheh...
Sekiranya berlaku wabak teruk di Langkawi maka ia pastinya dibawa oleh geng 2 dos... Nampaknya keangkuhan geng 2 dos akan mula ditertawakan oleh geng anti beksin...
Geng satu dos ambil jalan selamat dengan mendiamkan diri...
Manakala geng 3 dos akan pertahankan bermati matian bahawa hanya dengan 3 dos manusia akan selamat...
Geng 4 dos tersenyum sinis mendengar kenyataan geng 3 dos tersebut....
Kita mempunyai 2 kebarangkalian sekiranya kebarangkalian yang pertama gagal maka gunakanlah kebarangkalian yang kedua...
Begitulah common sense nya... Namun ada pihak masih bermati matian mahu mengguna pakai kaedah yang telah terbukti gagal...
Macam ada sesuatu yang tidak kena...
Nampaknya bukan penyakit yang akan merebak selepas ini tetapi sebaliknya yang merebak teruk ialah kemarahan rakyat apabila mereka mula hilang kepercayaan keatas penilaian kerajaan dalam mengatasi masalah wabak ini...
Bermula dengan kelewatan menutup pintu sempadan sewaktu awal kemasukan wabak, berteraburnya dalam menguruskan SOP, sehinggalah kepada pemberian beksin yang dilihat tidak berkesan setelah berjuta rakyat menjadi bahan ujikaji....
Kesilapan terbesar ialah masih mahu meneruskan kaedah yang gagal walaupun sudah banyak negara mengakui mereka juga gagal....
Bab menganjing ni sebenarnya semua orang terer. Benda tu tak perlukan satu kebolehan atau skil hebat pun...
Setiap orang sudah mempunyai hati perut sebegitu cuma samada mahu guna atau tidak sahaja...
Maka ada baiknya kita kurangkan menganjing orang lain dan doakan agar seluruh rakyat didalam negara ini selamat...
Ini kerana lagi kuat menganjing maka lagi kuat sakit jiwanya kerana akhirnya perkara itu berpatah balik kepada diri sendiri seperti salak anjing...
Yang utama ialah kita mahu selamat tidak kira apa kaedah sekali pun... Rakyat malaysia ini masih ramai yang menyayangi sesama sendiri kerana ramai yang terus berkongsi sebaik sahaja kaedah perubatan mereka berjaya.
Mereka bukannya mahu pujian atau upah. Cukup bagi mereka mendapat penghargaan melalui ucapan terimakasih.
Dan sekiranya beksin ini benar benar berkesan maka sudah pasti ramai yang berpusu pusu beratur di airport, walau beksin masih berada diatas kapal terbang sekalipun...
No comments:
Post a Comment