Sunday, 12 September 2021

Kita Hidup Didalam Konspirasi

Banyak konspirasi sebenarnya diperingkat atasan. Rakyat negara ini sahaja yang tak tahu. Rakyat negara luar semua dah tahu... 

Pilihanraya adalah sumber pendapatan kepada parti parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Satu pihak mengambil wang dari China manakala satu pihak lagi sebat duit US. 

Rakyat terjerit jerit bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri walhal pemimpin parti parti politik kaya raya hasil tajaan negara luar. Adalah lebih baik seandainya apabila kita tidak mahu menyokong satu pihak maka janganlah bergaduh dengan semua orang.

Sekiranya kita menyokong satu pihak, kita jangan pula memaksa orang lain untuk menyetujui dengan pilihan kita.

Kita bukan tahu semua perkara dan kita juga bukanlah terlalu bijak hingga mewajibkan orang lain untuk bersetuju dengan kita.

Maka ada baiknya kita banyak diam dan reserve kan sedikit keceluparan kita itu sebagai persiapan apabila kita sedar kita telah membuat keputusan yang salah.

Peristiwa akhir zaman yang diperkatakan oleh nabi dahulu sedang berlaku dizaman kita ini. Kita amat bertuah kerana nabi telah memberi skrip apa akan berlaku. 

Peristiwa itu pasti berlaku dan tidak boleh di elak walau sekuat manapun kita menjerit. Skrip itu adalah untuk kita agar jangan terlibat dan menjadi bidak bidak catur dalam peristiwa tersebut.

Perkemaskan ilmu akhirat kita, perbanyakkan amalan kita... Capai dunia hanya untuk keperluan hidup sahaja...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...