Nak menyatukan rakyat memang sukar walaupun diagihkan seluruh harta karun yang ada dimuka bumi ini. Nak pecah belahkan rakyat amat mudah, cukup sekadar menghantar satu dos habis bertelagah seluruh rakyat...
Tempat mandi mayat belumpun kering sudah bertelagah sesama sendiri menyalahkan tidak mengambil beksin adalah puncanya sedangkan angka menunjukkan kematian diantara pengambil beksin dengan yang tidak mengambilnya hampir sama jumlahnya...
Tidak pula mereka terfikir semasa tidak sampai beksin lagi berjuta rakyat malaysia tidakpun mati walaupun mereka adalah kontak rapat dengan yang positif kobid.
Kadangkala adalah lebih baik mengambil jalan tengah kerana kita semua masih lagi kurang pasti apa yang sedang berlaku.
Kedua dua pihak yang pro dan kontra masing masing mempunyai hujah dari pakar pakar yang lebih bijak dari mereka yang hanya mengambil maklumat secara copy paste sahaja.
Malah gelagat para menteri sendiripun agak meragukan juga kerana mereka sendiri tidak mengamalkan SOP sebagaimana yang mereka arahkan kepada rakyat.
Kita lihat seolah olah kobid tidak mendatangkan musibah besar kepada golongan kayangan walaupun berkali kali mereka pernah dikuarantin.
Yang lebih menakjubkan mereka seperti mencabar kobid pula dengan berkumpul beramai ramai sambil berselfie.
Ia nampak pelik tetapi begitulah pada pandangan golongan marhaen bahawa kobid ini amat takut kepada orang yang ada pangkat dan wang ringgit.
Ia menampakkan kobid ini juga berperangai seperti orang politik yang pandai mengampu dan boleh dibeli dengan wang.
Ini berbeza dengan nasib golongan marhaen walaupun tinggal didalam hutan sekalipun kobid ini mampu menyerang sebagaimana yang melanda di perkampuangan orang asli baru baru ini.
Pada jangkaan saya Langkawi akan selamat dan tidak berlaku terlalu teruk wabak dan kematian kerana baru baru ini Tun Mahathir telah turun ke Langkawi seolah olah memberi amaran kepada kobid agar tidak mengganggu orang ramai yang sedang bercuti.
Baik ahli politik pembangkang maupun kerajaan mereka tiba tiba boleh bersatu atas nama beksin, dan ini lebih memusykilkan...
Apabila kawanan singa dan kawanan hyena bergabung itu bukanlah satu berita baik buat penduduk savana malah ia adalah satu mimpi ngeri kerana dua kawanan pemangsa bergabung tenaga untuk meratah mangsa mangsa nya....
No comments:
Post a Comment