Sebelum ni ramai yang rapat dan mesra antara saudara mara dan keluarga. Kena saja beksin terus berubah dan mulut pun menjadi celupar. Teruk juga kesan sampingan beksin ni...
Yang tidak mengambil beksin pula begitu agresif kadangkala dalam menyindir dan menjawab isu tersebut. Masalah juga macam ni...
Sebaiknya saling menghormati diantara satu sama lain. Yang ambil beksin ada sebab tertentu dan yang menolak pun ada sebab tertentu. Kedua duanya kerana keselamatan diri...
Sekiranya kedua kedua pihak memahami bahawa keselamatan kita adalah ditentukan oleh Allah maka isu ini tidak akan menyebabkan persengketaan.
Kerajaan pula dilihat bijak menggunakan kuasa dan melaga lagakan kedua dua pihak agar golongan terpinggir ini didesak untuk mengambil beksin kerana tidak tahan disindir oleh golongan yang mengambil beksin.
Kaedah ini memang bijak namun dikhuatiri makan diri kerana selepas dos kedua ramai yang mula menjadi berang apabila terpaksa mengambil beksin seterusnya...
Malah melihat golongan kayangan berselfie beramai ramai tanpa SOP membuatkan hati rakyat menjadi lebih mendidih...
Sebenarnya ada dua penilaian dalam 2 golongan ini:
1. Golongan yang takut kobid sehingga mereka yakin kepada beksin
2. Golongan yang takut beksin tetapi tidak takut kepada kobid
Kedua duanya penakut maka tak perlulah begitu angkuh dan sombong untuk menyindir nyindir satu sama lain...
Dan kedua duanya juga berani kerana ada yang tak takut beksin dan ada yang tak takut kobid. Maka tak perlu rasa malu dan nak cover malu dengan memaksa orang lain mengikut cara kita. Kan hebat dua dua tu...
Lebih baik kita hidup dalam suasana harmoni dan aman damai sambil memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan isu ahli ahli politik yang tak habis habis mahu menyusahkan rakyat.
Saya doakan seluruh rakyat Malaysia selamat dan negara kita dilindungi daripada anasir anasir yang mahu memecah belahkan negara ini.
No comments:
Post a Comment