Wednesday, 15 September 2021

Pattern Politik Malaysia

Perjalanan politik Malaysia ada pattern tersendiri. Asalnya A bergaduh dengan B tapi apabila C cuba berusaha untuk membuatkan A dan B berbaik baik, tak semena mena A dan B combine memusuhi C. 

Skang A+B bergaduh pula dengan C. Itulah sebabnya pendekatan yang terbaik ialah mendiamkan diri. Biarkan mereka bergaduh hingga langgar dinding dan apabila mereka terdesak mereka pastinya memohon bantuan C. Waktu itu barulah C boleh letakkan syarat... 

Zaman skang kena work smart... Slow and steady... Tapi skang C dah kena ratah maka ada baiknya D ambil pengajaran.... 

Ini kerana selepas C tidak mampu bangkit A dan B akan bercakar semula... Tapi jangan dilupa, bukan saja D sedang memerhati malah E, F, G, H pun sedang menunggu peluang.

Ada yang merasa hairan bagaimana ahli politik malaysia begitu bijak bermain politik sedangkan mereka bukanlah mempunyai kelulusan tinggi didalam bidang politik. Malah ada yang cuma ada sijil SPM.

Sebenarnya ilmu politik ni macam ilmu agama juga. Ramai belajar melalui mimpi malah mencapai tahap ilmu laduni. Semakin kerap bermimpi maka semakin banyak mendapat ilmu.

Dan tempat yang paling mudah untuk mendapat ilmu melalui mimpi ialah didalam dewan parlimen.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...