Sunday, 26 September 2021

Soalan bocor, jawapan bocor

Bukan saja soalan bocor malah jawapan bocor pun dah lama diberi untuk umat akhir zaman. Samada mahu beramal atau tidak saja lagi. 

SABDA Rasulullah SAW: 

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. 
(Riwayat Ibn Majah)

Bukan sahaja pemimpin, penguatkuasa, ulamak dan ustaz perlu amalkan agama malah orang awam juga perlu amalkan agama. Siapa yang beramal maka dia lah yang dapat munafaatnya....

Kadangkala kita lebih suka untuk menghukum orang lain kerana mereka tidak amalkan agama tetapi kita sendiri tidak menghukum dengan lunas2 agama maka agama dilihat seperti kartun.

Kita biasa dengar bermacam tunjuk ajar berkenaan saling sayang menyayangi antara sesama saudara se islam kita, namun yang kelihatannya kita yang lebih menampakkan kebencian kepada saudara kita itu melebihi yang bukan Islam.

Maka ada baiknya kita banyak berdiam diri berkenaan perkara yang tidak pasti. Fitnah akhir zaman ini begitu dahsyat hingga klimaks nya ialah dajjal mampu menghidupkan orang mati.

Seandainya dengan fitnahpun kita sudah terpedaya maka bayangkanlah apabila dajjal muncul nanti.

Ya, jalan yang paling selamat ialah tidak mencampakkan diri kita masuk kedalam periuk fitnah tersebut. Apabila sudah masuk kedalam periuk samada kita benar atau salah tetap akan dibakar sama.

Jadilah manusia baik dengan meninggalkan perkataan dan perbuatan yang membantu merancakkan kejahatan.

Bak kata orang tua tua semasa mengunyah tutuplah mulut supaya tidak menyembur. Walaupun menyembur bukanlah satu dosa tetapi ia akan membuatkan orang lain melakukan dosa apabila dia memukul kita kerana marah disembur.

Kita yakin dajjal akan keluar, kita yakin kita sudah berada didalam zaman kerajaan menggigit, kita yakin akhir zaman ini dipenuhi pelbagai fitnah, kita yakin orang beriman diakhir zaman akan mengalami tekanan dalam kehidupan mereka, kita yakin musuh musuh Allah akan melakukan perbagai kaedah untuk menyesatkan kita dan kita yakin satu satunya pemimpin yang mampu memimpin umat akhir zaman ini hanyalah Al Mahdi sebelum diteruskan oleh Nabi Isa.

Kesemuanya sudah dibocorkan ribuan tahun dahulu dan kita yakin dengan kesemua itu. Namun keyakinan itu bukan menjadikan kita lebih beriman dan melaksanakan tanggungjawab agama tetapi sebaliknya ia menjadi bahan cerita halwa telinga untuk diperbahaskan dan akhirnya bersengketa.

Dalam sibuk berbahas tentang fitnah akhir zaman kita menjadi lupa untuk menambahkan amalan kita. 

Dajjal tetap akan keluar, dunia tetap akan kiamat, syurga dan neraka tetap terbuka luas, cuma persoalannya kita berada di pihak mana...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...