Desas-desus berhubung satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak di Dataran Merdeka hari ini tinggal menjadi khabar angin, tanpa kehadiran mana-mana peserta.
Seramai 50 orang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis juga setia berkawal di kawasan yang digembar-gembur sebagai lokasi perhimpunan tersebut petang ini.
Terdahulu, puluhan pelancong juga dilihat meluangkan masa melawat kawasan tumpuan tersebut dengan dikawal pihak berkuasa.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan berkenaan namun polis semalam berkata perkara itu akan disiasat.
Kerajaan mengumum kenaikan 20 sen untuk setiap liter petrol RON95 dan diesel, yang menjadikan harga semasa masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter.
No comments:
Post a Comment