Wednesday 19 August 2020

‘Rais dedah Dr Mahathir ubah pendirian dalam 24 jam’ - Malaysiakini

Menurut Rais, pada satu pertemuan pada 28 Februari antara dirinya, Mahathir dan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary di Yayasan Al-Bukhary, Mahathir sendiri menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri, tetapi mengubah pendiriannya dalam tempoh 24 jam.

Katanya, Dr Mahathir pada pertemuan tersebut menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana dia hanya memperoleh 66 perakuan bersumpah (SD) daripada ahli-ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

 'Kalau dengan keadaan itu, katanya, biarlah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) terus jadi perdana menteri.

Kata Rais, dia sendiri tidak mengerti bagaimana Mahathir boleh bertukar pendirian sebegitu rupa, namun tidak menolak Mahathir mungkin “diasuh” semula oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkannya menukar pendirian pada 29 Februari.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...