Ada yg bertanya pendapat saya berkenaan haru biru yg sedang melanda umno skang.
Saya berpendapat ianya hanyalah satu test market untuk prk Slim.
Mereka mahu melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada umno tanpa bantuan PPBM.
Mereka juga mahu melihat sejauh mana kuatnya parti Pejuang yang dikatakan telah membawa masuk 3/4 ahli ahli PPBM ke dalamnya.
Mungkin pihak umno mahu mencongak berapa penyokong PPBM yang sebenarnya di Slim.
Pertembungan prk Slim adalah semata mata pertembungan diantara UMNO vs Tun.
Sekiranya umno masih mampu menang itu bermakna UMNO tidak begitu memerlukan kekuatan PPBM pada PRU akan datang malah mereka mampu mengira sejauh mana kekuatan Parti baru Tun.
Begitulah pendapat saya... Sekiranya ada pendapat lain saya sedia meraikannya juga.
Ada juga yang bertanya berkenaan bagaimana harus pembahagian kerusi diantara parti dibuat untuk PRU akan datang.
Saya lebih gemar mengambil jalan mudah yakni setiap parti perlu meletakkan angka berapakah penyokong yang mereka ada disetiap parlimen.
Dan caranya ialah mempersembahkan berapa jumlah ahli ahli mereka disetiap bahagian.
Parti yang mempunyai ramai ahli di dalam bahagian tersebut adalah lebih besar peluangnya untuk menang di parlimen tersebut.
Manakala bagi Dun pula boleh lah diagihkan atas dasar budi bicara sesama parti komponen.
Semua pihak harus insafi bahawa kemenangan PH pada PRU lepas adalah kerana akibat 10% sokongan pengundi melayu yang asalnya penyokong BN telah berpaling arah.
Dan 10% ini menyertai PPBM untuk mendokong Tun menjadi Perdana Menteri.
Dan kini PPBM telah berpecah 2 dan sebahagian dari PKR pula telah menyertai PPBM dan ia mengembalikan semula kekuatan PPBM kepada yang asal sepertimana diwaktu PH menang pada pru lepas.
Namun begitu ada sedikit kegusaran kepada parti tersebut walaupun nampak kuat dengan jumlah bilangan ahli parlimen tetapi tampak sedikit tempang dari segi jumlah penyokong.
Sekiranya PPBM berkesempatan melakukan sedikit kerja untuk mengumpul semula para penyokongnya di setiap negeri maka ia dapat memberi sedikit keyakinan kepada parti komponen yang lain bahawa mereka boleh bergantung harap kepada PPBM untuk meraih kemenangan pada pru akan datang.
Pada pendapat saya kombinasi Hamzah zainudin dan Azmin boleh merealisasikan keadaan tersebut.
Cuma sahaja mereka memerlukan satu team yang boleh melaksanakan misi tersebut.
Manakala umno pula perlu membuktikan mereka benar benar bersih di mata rakyat. Nampak bersih di mata penyokong sendiri tidak akan mengubah pendirian rakyat pada pru akan datang.
Ini kerana pada pru lepas rakyat telah menunjukkan pendirian mereka di kertas undi. Kebanyakan undi umno merosot teruk dan ada yang kalah.
Satu perbincangan telus perlu dilakukan oleh setiap parti melayu tersebut agar pertelingkahan sesama mereka dapat dielakkan demi kepentingan orang melayu.
Orang melayu perlu kuasa untuk menjaga orang melayu dan bukannya kuasa itu digunakan untuk menjaga hati bukan melayu.
Bukan melayu telah menunjukkan sikap mereka pada pru lepas. Maka ada baiknya pemimpin melayu belajar dari kesilapan.
Minggu lepas ari ari ahli Bersatu kuar ramei ramei kata depa, ada yg lumpuh la, ada yang tutup tross cuma nak tanya brapa jota ahli pejWANG skg ni..
ReplyDeletececiter