Skip to main content

Sudah-sudahlah mengarut, wahai Tun Dr Mahathir!

SUDAH-SUDAHLAH MENGARUT, WAHAI TUN DR MAHATHIR!

Buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau “tidak letak jawatan” bila beliau menyebut di dalam sidang Parlimen hari ini, 13 Ogos 2020, begini:
“Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan, ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan, apabila parti saya keluar daripada Pakatan Harapan Pakatan Harapan tidak jadi kerajaan lagi dan semua anggota Pakatan Harapan tentulah tergugur kerana tindakan itu.”

Naratif “saya terletak jawatan” ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/airtimes.my/videos/350741039648961/?v=350741039648961&external_log_id=479056908b53f8095c154e3ca20c7f17

Walaupun naratif “saya terletak jawatan” ini kedengaran begitu pelik, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini, di dalam ucapan kepada para penyokong beliau di TH Hotel, Alor Setar, pada 18 Julai 2020, pun Tun Dr Mahathir mendakwa begini: 
“Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur, saya digugur kerana Parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan jatuh tidak lagi jadi kerajaan.” 

Naratif “saya terpaksa digugur” ini pula boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/live/?v=280239996573666&ref=watch_permalink

Dengan hati yang kesal, terpaksa saya nyatakan di sini bahawa naratif “saya terletak jawatan” dan naratif “saya terpaksa digugur” ini, yang mahu memberikan gambaran kepada rakyat jelata kononnya apa yang Tun Dr Mahathir lakukan pada 24 Februari 2020 adalah sesuatu yang betul serta berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau, adalah tidak lain tidak bukan hanyalah satu kekarutan semata-mata.

Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah sesuatu yang betul sangat jauh berbeza daripada naratif awal yang beliau bawa sebelum ini bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap.

Naratif bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap jelas terbukti di dalam sekurang-kurangnya dua kejadian.

Kejadian pertama adalah kandungan Perutusan Khas Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim pada 26 Februari 2020 yang berbunyi:
“Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan oleh saya adalah salah.” 
Naratif “saya telah tersilap” ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=2761240987327863

Kejadian kedua adalah kenyataan Tun Dr Mahathir kepada Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, termasuk Datuk Seri Anwar, pada pagi 1 Mac 2020 yang berbunyi:
“Saya telah melakukan kesilapan kerana saya telah memutuskan untuk meletak jawatan… Jadi saya ingin nyatakan kepada kamu sekali lagi saya mohon maaf.” (“I made mistake because I have decided to resign… So I would like to tell you once again I am very sorry.”) 
Naratif “saya telah tersilap” ini juga boleh ditonton di sini: https://mobile.twitter.com/RashidYusoff11/status/1234286503137697792

Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau juga sangat jauh berbeza daripada fakta sebenar kejadian.

Fakta sebenar kejadian adalah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat sebelum daripada tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan kerana perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020 manakala tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan pula hanya dibuat pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020.

Fakta sebenar kejadian juga adalah tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan tidak sama sekali menyebabkan Tun Dr Mahathir kehilangan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kerana tindakan Tan Sri Muhyiddin ini adalah disertai oleh jaminan bahawa, walaupun setelah BERSATU tidak lagi berada di dalam Pakatan Harapan, semua Ahli Parlimen daripada BERSATU akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Naratif “saya terletak jawatan” dan naratif “saya terpaksa digugur” ini juga jelas bercanggah dengan Titah Diraja Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020 dalam mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bertitah begini:

“Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif lanskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama, beta telah berkenan menerima menghadap Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau.”

Titah Diraja ini boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=241484930625694

Takkanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong begitu jahil mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan hingga boleh “meminta Tun Dr Mahathir supaya tidak meletak jawatan” jika benar apa yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir itu sudah berlaku, iaitu bahawa Pakatan Harapan sudah tidak jadi kerajaan lagi pada waktu itu?    

Sudah-sudahlah mengarut, wahai Tun Dr Mahathir!

Comments

  1. TANGKAP DAN DAKWA TUN LIM GUAN ENG TOMMY TOMAS SEGERA

    Pertubuhan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan NGO-NGO Islam mengingatkan ahli-ahli politik berhenti mencampuri urusan politik dalam perundangan negara.

    Ini termasuk amalan pendakwaan terpilih di dalam badan perundangan negara.

    Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun berkata, sekiranya sistem perundangan negara dikawal oleh ahli birokrat.

    Malah katanya, sistem perundangan negara merupakan Badan Perundangan dan Sistem Kehakiman Negara yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik (Separation Of Power). Bila Executive campuri urusan Legalslatif kesalahan dalam Perlembagaan Negara

    “Tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara bahawa kuasa politik mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan,” ujarnya dalam sidang media khas di Wisma Majlis Perundingan Melayu di sini, petang tadi.

    Beliau berkata demikian susulan pendedahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato’ Takiyuddin Hassan pada 10 Julai lalu di Dewan Rakyat berhubung dua pemimpin Pakatan Harapan (PH)dan seorang bekas pemimpin PH dipercayai menyalahgunakan kuasa sewaktu menjadi kerajaan.

    Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dikatakan terlibat dalam campur tangan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2018.

    Menurut Takiyuddin, terdapat beberapa pucuk surat diminitkan oleh Tun, Guan Eng dan Tommy kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membatalkan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

    Berhubung perkara itu, Shahbudin dari MPM, UMMAH dan NGO-NGO Islam berhasrat menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 19 Ogos depan.

    Beliau juga memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan salahguna kuasa yang membabitkan tiga individu bekenaan tanpa rasa gentar dan pilih kasih.

    Katanya turut menegaskan sekiranya berlaku salahguna kuasa tindakan pendakwaan hendaklah dilakukan dengan segera.

    “Perdana Menteri pada waktu itu diberi kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggunakan kedudukannya untuk mengatasi arahan atau peruntukan undang-undang iaitu mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara,” kata Mohd Zai.

    Justeru itu katanya, perkara ini hendaklah disiasat mengikut Sesyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 2009 iaitu salahguna kuasa

    “Jadi kita akan serahkan kepada SPRM supaya perkara ini disiasat tanpa terpilih dan disiasat dengan telus,

    ReplyDelete
  2. Selain Tun didesak letak jawatan Perbalahan kroni siapa yang ambil alih PLUS punca PH pecah

    Konflik dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkait rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menerima bidaan syarikat konglomerat Maju Holdings mengambil alih PLUS Malaysia Bhd disebut oleh Bloomberg sebagai salah satu sebab gabungan politik itu berpecah minggu lepas.

    Cadangan itu ditentang oleh DAP “berikutan rekod lampau Maju Group dan hubungan rapatnya dengan Mahathir”.

    “Akhirnya kerajaan MoF menolak semua bidaan ke atas PLUS dan menstruktur semula konsesi tersebut untuk mengurangkan kadar tol lebuh raya, bukan menghapuskannya,” kata laporan itu.

    Pada Januari, Putrajaya membuat keputusan untuk tidak menjual lebuh raya sepanjang lebih 800km yang dimiliki oleh PLUS, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), lebuh raya ELITE dan jambatan Pulau Pinang.

    Sebaliknya Mahathir mengumumkan bahawa PLUS akan kekal dengan 2 pemiliknya, iaitu dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional yang menguasai 51% melalui UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 49% kepentingan, sementara kadar tol dikurangkan sebanyak 18% dengan jaminan tiada kenaikan untuk tempoh 30 tahun lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi