Sunday, 17 April 2022

CERITA SEBENAR DISEBALIK KES BASIKAL LAJAK - ALASAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI

Pertama sekali, kenyataan media MUDA bahawa kenderaan tersebut dibawa bawah had laju adalah misleading dan salah.

Saya pada asalnya terkejut mengetahui Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun akibat cuai memandu sehingga menyebabkan kematian. 

Namun mengapa saya tidak membuat sebarang komen? Kerana saya ingin mengetahui alasan penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi tersebut. Saya yakin Hakim mempunyai alasan yang kukuh mengapa hukuman keras dijatuhkan ke atas Tertuduh dalam kes ini.

Adakah anda tahu antara keputusan Mahkamah Tinggi yang boleh disimpulkan adalah...

1. Sama seperti kes Anwar Ibrahim, pihak Tertuduh telah membuat keputusan untuk memberi keterangan secara tidak bersumpah. 

Ini bermakna pihak pendakwaan tidak boleh menyoal, menguji atau mencabar keterangan Tertuduh untuk mengetahui cerita sebenar dalam perbicaraan. 

Apabila saksi tidak dapat diperiksa balas, Mahkamah tidak ada peluang untuk mengenal pasti kebenaran kenyataan tertuduh.

Mengapa Tertuduh tidak ingin memberi keterangan bersumpah? Saya tidak tahu. Mungkin ada sebab yang tidak dijelaskan oleh Tertuduh.

2. Versi bahawa tidak nampak, ada kenderaan lain yang langgar serta kenderaan tersebut telah melarikan diri hanya timbul ketika pembelaan dan bukan waktu pendakwaan. 

Akhir perbicaraan baru nak bangkit point ni. Sebelum ni waktu saksi-saksi pendakwaan fakta ini langsung tidak timbul. 

3. Tertuduh membawa kereta laju melibihi 50 km/j di tempat gelap dan berselekoh.

Dapatan saya, kes ini mempunyai fakta kes yang kuat. Namun disebabkan keputusan Tertuduh untuk mengambil keterangan tidak bersumpah telah menyebabkan kenyataan Tetuduh tidak boleh diuji dan meyakinkan pihak Mahkamah bahawa wujud keraguan munasabah. 

Kes ini kes berat hingga menyebabkan bukan seorang tetapi 8 kematian kanak-kanak. Seharusnya gunakan segala peluang yang ada untuk menimbulkan keraguan dengan memberi keterangan bersumpah agar gambaran penuh dapat dibentangkan dihadapan Yang Arif Hakim.

Mengapa enggan beri keterangan bersumpah. Hanya tuan badan yang tahu sebab utama keputusan tersebut dibuat dan cerita sebenar yang berlaku dalam kes ini.

Hati-hati di jalan raya.

Fb Mahmud Jumaat

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...