Thursday, 14 April 2022

Hilang Kepercayaan

Umat Islam di negara kini timbul pelbagai persoalan dan mula rasa sangsi terhadap kelompok penguasa agama

Benarkah mereka ikhlas dan faham tugas mereka melindungi dan memastikan kemurnian ajaran Islam yang lurus kekal terpelihara

Sesuatu fatwa yang telah diwartakan haram diamal dan disebarkan tidak patut di'halal'kan tanpa perbincangan,tanpa mendengar pandangan pelbagai pihak secara holistik atau wujud keadaan yang disebabkan ada unsur yang menjadi parasit kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab melindungi ajaran Islam

Sebelum ini pun apabila umat Islam hilang percaya kepada badan yang mengutip dan mengagihkan zakat,mereka bertindak menyalurkan sendiri zakat pendapatancdan zakat perniagaan mereka terus kepada golongan asnaf yang mereka yakini layak berbanding menyerahkan terus melalui badan agama terbabit

Memang umat Islam yang terdiri daripada rakyat biasa tidak mempunyai kuasa melainkan  bersuara dalam kapasiti yang terhad namun mereka tetap mampu bertindak sendiri jika golongan penguasa agama ini terus bertindak melampaui batas

Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
(Surah An Najm: Ayat 52)

Azmeer Khalid

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...