Berulang ulang sudah saya katakan...
Orang melayu ni memang begitu sifatnya...
Apabila mendapat sedap yang kedua mereka akan lupa kepada sedap yang pertama...
Kadangkala kita beranggapan kita ini SERBABOLEH tetapi bagi orang atasan mereka cuma menganggap kita ini SERBAGUNA...
Kengkadang elok juga anak cina ni mengajar melayu elit ni dalam kes chancellor UM...
Melayu elit sebenarnya dah terlalu lama membuli melayu marhaen.
Kita nak tengok apa reaksi melayu elit ni apabila maruah mereka di injak injak oleh anak cina ni.
Tapi kalau melayu marhaen bersikap seperti anak cina ni kita semua sudah sedia maklum apa tindakan yang akan dikenakan keatas melayu marhaen.
Rasanya sudah cukup kita rakyat marhaen ni mengidap penyakit darah tinggi yang tak tentu pasal.
Kalau penyakit tu hinggap kerana pasal kita maka adalah juga logiknya tapi ianya kerana kita begitu marah dek kerana melayu elit dihina oleh bangsa lain.
Dah kerap sangat berlaku bila kita pertahankan melayu elit, akhirnya kita pula yang ditangkap atau dihukum tapi melayu elit buat seperti tiada apa apa yang berlaku. Kalau mereka bayar duit peguam pun adalah juga lega sedikit.
Adalah lebih baik kita menjadi rakyat yang memerhati sahaja gelagat melayu elit ini bertelagah sesama mereka.
Mereka ni walau bergaduhpun akhirnya mereka boleh berbaik baik semula malah apabila berkuasa tetap juga seaneka projek diserah kepada tokeh tokeh cina.
Melayu elit ini hanya mahu mengapi apikan suasana sahaja kerana mahukan kuasa.
Selepas berkuasa wak hasil balik asal juga. Begitulah yang berlaku selepas pru 14.
Kita sudah berkali kali ditipu oleh kerajaan lama dan telah ditipu sekali oleh kerajaan baru.
Akhirnya pilihanraya tidak mampu menukar watak manusia yang berkuasa.
Kita letakkan sesiapa saja tetap begitu keadaannya dimana orang melayu tetap tertindas...
Yang tak tertindas cuma melayu yang dikatakan kononnya begitu rajin berusaha.
Rupa rupanya mereka hanya marah sekiranya mereka tak dapat, tapi apabila mereka dapat, mereka pula menjadi kepala perang untuk menindas rakyat melayu marhaen.
Zaman ini kalau nak berjaya perlu berani menyatakan anda seorang liberal dan anti melayu Islam.
Kalau anda tidak menghina bangsa dan agama sendiri maka anda akan dianggap rasis.
Bila mereka menghentam melayu islam mereka kata mereka ada hak atas nama rakyat malaysia.
Tetapi apabila kita pertahankan hak kita mereka kata kita rasis.
Tiba tiba terlucut secara tidak langsung hak kita sebagai warganegara malaysia.
Lain macam permainan mereka. Sebijik macam style israel merampas tanah di palestin.
Satu lagi isu kereta terbang... Dia ingat buat kereta terbang, kereta boleh parking kat langit kot.
Dah tentu tentu la orang berebut sampai bergaduh gaduh nak parking atas bumbung shopping kompleks.
Satu kerja plak pak guard nak hantar tiket parking...belum sempat pak guard sampai, kereta dah terbang balik.
Kita kat bawah ni dok bercakar pasal bangsa dan agama yang dihina...
Dorang kat atas plak dok bercakar pasal jawatan.
Dah dapat jawatan nak selesaikan pulak percakaran antara kroni kroni yang berebut projek.
Dah selesai hal projek bercakar balik hal berebut jawatan.
Itulah kerja mereka diatas.
Isu ahli parlimen tak masuk persidangan tu pun satu masalah juga.
Sehingga ke hari ni nampak gayanya speaker ngan timbalan speaker je yang rajin datang ke dewan.
Rasanya elok di robohkan je dewan parlimen tu. Lepas ni buat je video call dalam wasap group kalau bersidang.
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati geram bertambah geram
Geram dahulu belumlah sembuh
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati geram bertambah geram
Geram dahulu belumlah sembuh
MINGGU INI PH UMUM KG BARU... MENDAPAT LA KAU SUMA..!!
ReplyDeletePENDUDUK KG BARU MASIH INGATKAH..!? - DULU BARUA DATUK AMIN SHAH, SEKARANG BARUA KALID SAMAT TAPI PM TETAP ORANG YANG SAMA.
Pada penduduk KG dengar baik baik apa yang aku mahu khabarkan pada kelian. Ini adalah FAKTA dan BUKTI yang krlian kena buka mata luas luas. Sejarah tanah yang lesap di zaman PM ke 4 Tun Mahathir melalui proksi dan barua Datuk Seri Amin Shah jangan di lupakan. Sekarang PM ke 7 datang ke Kg Baru melalui barua Kalit Samat pula... makin nak mampos makin mengila nak menipu lagi... alahaii...!!!!!
PM KE 4 BARUA AMIN SHAH MUSIBAT
TANAH KG BARU LESAP TIADA GANTI
FAKTA TERBARU PM KE 7 KALIT SAMAT
PENDUDUK KG BARU JGN TERTIPU LAGI
Sesiapa ada waris yang di tipu oleh barua PM ke 4 Datuk Amin yang dilucutkan gelaran Datuk Seri yang lari ke Afrika Selatan tak mudah dilupa.
Dr M: Lower rate offered to Kg Baru landowners to ensure property prices are affordable to Malays - selagi bole si renta penipu bole tipu kau tipu aje ler semahu kau atok... bodosss..!!
Barua PM ke 4 ini dulu yang menyebabkan srbahagisn tanah Kg Baru digadai oleh Datuk Seri Amin Shah mamak P. Pinang tergadai bila tawaran oleh PM ke 4 hanya RM350.00 psf srdangkan nilai pasaran masa itu RM1400.00 psf.
Masih ingat tawaran PM ke 4 dulu melalui proksi baruanya Datuk Amin Shah ini..!?? Kesemua syarikat Amin Shah Buisness Focus dan Syarikat Perkapalan lingkup bangkrap akhirnya..!!??
Pemilik tanah ini memberitahu The Malaysian Insight berkata angka yang disebut Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana hanya berdasarkan sekitar 500 pemilik.
Perihal tanah Kg Baru, kerajaan berhasrat untuk tidak mengambil tindakan perundangan dalam proses pengambilan tanah Kampung Baru.
Sekiranya ada penduduk yang tidak bersetuju juga, kami akan mencari jalan penyelesaian lain seperti menempatkan mereka di tanah yang lain yang ada di situ juga.
Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Amirhamzah Karim mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu membeli tanah di Kampung Baru pada harga rendah.
Katanya, harga yang ditawarkan seharusnya berpatutan dengan nilai tanah semasa iaitu RM 2,000 satu kaki persegi.
“Di situ (Kampung Baru) tanah itu adalah nilai dia RM 2,000 kaki persegi, kenapa nak beli RM850 saja, kenapa tidak nilaikan pada harga semasa.
Menteri Wilayah Persekutuan Kalid Samad berharap perkara ini semua akan selesai selewat-lewatnya pada hujung tahun ini atau Februari depan.
"Sekarang PM yang sama melalui "proksi barua baru PM ke 7 iaitu Kalit Samat" nyanyi lagu yang sama seperti 'Datuk Amin Shah barua PM ke 4' mengalun lagu yang sama pada kelian wahai Penduduk Kg Baru..."
Tak serik serik lagi ke wahai Penduduk Kg Baru dilagukan dan didendang nyanyian y sama oleh PM ke 7 sama seperti nyanyian proksi barua PM ke 4 dulu...!!??
"Jika tiada masalah kita (proksi barua PM ke 7) akan teruskan dengan proses surat perjanjian jual beli (S&P) pada September depan," katanya.
Khalid mengumumkan tawaran harga RM850 kaki persegi atau atau RM6 juta bagi lot 8,000 kaki persegi untuk pembangunan semula atas keluasan tanah dicadangkan seluas 62 hektar.
Datuk Amin dulu menawarkan RM350.00 psf dengan nilai pasadan masa itu RM1500.00 psf... tengok sendiri game dari PM ke 7 dan PM ke 4 , game plan tetap sama bukan..!!??
Dakwaan 90 Peratus Setuju Jual Tanah Hanya Cerita Bohong Menteri – Penduduk Kampung Baru, pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu menggelar Khalid Samad pembohong kerana mendakwa 90% daripada mereka setuju menjual tanah tersebut pada harga RM850 sekaki persegi.
Kerajaan tawar beli tanah Kampung Baru RM850 satu kaki persegi...persoalan yang timbul ADILKAH harga ditawaran tersebut..!?