Tun semakin ditekan manakala anwar terus keresahan...
Ada yang berpendapat pilihanraya wajar dijadikan penentu dan pastinya anwar kali ini diangkat sebagai general perang pilihanraya bagi pihak pakatan harapan.
Pilihanraya biasanya sesuai diadakan didalam keadaan tenang tetapi sekiranya diadakan didalam keadaan emosi ia akan menghasilkan ketegangan.
Saya cuma terfikir apakah kempen yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan kali ini.
Adakah mereka akan menyalahkan kerajaan lama dan sekaligus menyalahkan Tun juga?
Kempen dari pihak pembangkang pula sudah pasti isu perkauman dan agama menjadi alat terbaik buat mereka dalam suasana hari ini.
Rata rata kumpulan melayu liberal dan kumpulan bukan melayu agak resah dengan penyatuan pas dan umno.
Mereka mengatakan penyatuan ini tidak baik untuk perpaduan kaum didalam negara ini.
Hairan memikirkan bagaimana penyatuan melayu tidak baik untuk perpaduan kaum tetapi pergaduhan sesama melayu dianggap pula sebagai baik?
Namun begitu yang menggusarkan rakyat adalah adakah blok umno/pas mampu menyediakan seorang pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir malaysia dengan baik.
Dalam setahun dua ini Malaysia memerlukan pemimpin yang benar benar berkarisma kerana kita bukan sahaja mengalami masalah dalam negara bahkan masalah yang lebih besar ialah masalah rebutan pengaruh diantara dua blok kuasa kuasa besar.
Pemimpin negara perlu bijak menangani politiking antarabangsa. Ini bukan soal melayu lagi.
Sebenarnya tiada masalah besarpun kalau parti parti politik berbalah dan bertelagah. Ini satu fenomena biasa didalam sistem demokrasi.
Namun ia menjadi parah apabila mereka mengheret rakyat untuk turut serta ke dalam kancah pertelagahan tersebut.
Anwar patut biarkan Tun rela serah jawatan, jangan desak biarkan Tun, let him finish his work {agenda}.
ReplyDeletesejak dr dahulu lagi Tun pantang diugut, dipaksa atau didesak, Tun tak akan mengalah dengan itu
ReplyDelete