Seluruh dunia yang mempunyai majoriti orang islam akan menjadi berantakan.
Ini pasti...
Akhir zaman nampaknya sudah sampai betul betul di pintu gerbang.
Indonesia sedang bergolak... Next adalah negara kita...
Pergolakan ini perlu direncanakan agar seluruh negara islam tidak menumpukan perhatian ke jazirah arab terutama gaza.
Dap pasti begitu terkilan kerana diwaktu pemerintahan kerajaan umno, ejen Ltte mereka tidak pernah pun diambil sebarang tindakan tetapi sebaliknya diwaktu mereka memerintah pula geng mereka dicekup satu persatu.
Kadangkala politik malaysia agak sukar dibaca seandainya kita melihat dari satu arah sahaja.
Tetapi sekiranya kita melihat dari sudut arah yang lain pasti kita akan dapat melihat ada satu rencana yang sedang diajalankan.
Nanti akan tiba pula masalah di mana matawang sudah tidak bernilai lagi... Rasanya tidak lama lagi...
Dunia seolah olah sedang krem...
Satu persatu masalah timbul secara berantaian.
Sewaktu bank of rothchild dibenarkan berdiri di Kuala Lumpur dulu kita sepatutnya sudah dapat meneka bahawa negara kita sedang di halakan kearah sesuatu.
Namun kita tidak berupaya untuk melakukan sesuatu walaupun kita tahu sekalipun.
Pemimpin kita bukanlah begitu menghiraukan berkenaan hal ehwal rakyatnya diwaktu itu.
Mereka lebih memikirkan poket mereka sendiri dan hiburan sahaja.
Apa yang boleh kita tafsirkan ialah apa yang berlaku sekarang adalah bermaksud.... End of the Game....
Sekali lagi kegagalan mengawal harga minyak akan menjadikan punca inflasi.
Nampaknya menteri kita kelihatan seperti menjadi ejen kepada satu pihak yang mahu mempercepatkan suasana krem kepada ekonomi negara kita.
Kita tahu setiap kali harga minyak tidak dikawal pastinya akan mengganggu kestabilan harga barang keperluan asas.
Kerajaan yang sengaja menimbulkan huru hara ekonomi adalah sebuah kerajaan yang mempunyai seorang Tuan Besar dibelakang mereka.
Dan pastinya kita boleh menjangka siapakah dibelakang mereka...
Sebenarnya dalam keadaan sekarang tiada apa yang boleh kita lakukan.
Semuanya sudah well planned...
Kita sebenarnya sudah pun mendapat soalan bocor daripada hadis hadis nabi berkenaan nubuwat akhir zaman.
Seperti mana yang telah dipesankan 1400 tahun dahulu iaitu, sekiranya kita pasti sosok yang disebutkan itu telah muncul maka hendaklah kita menuju kepada beliau walaupun terpaksa merangkak diatas ais sekalipun.
Tanda tanda kecil nampaknya seperti semuanya sudah selesai...
Cuma tinggal tanda tanda yang besar sahaja lagi.
Ada yang berpendapat tanda besar yang pertama dimulakan dengan Dukhon.
Jadi kita tunggu sahajalah samada meteor akan menghentam bumi, gunung berapi meletus secara berleluasa ataupun berlakunya perang nuklear atau mungkin juga ketiga tiganya berlaku serentak.
Manakala kita di Malaysia ini sudah tidak perlu terlalu memikirkan hal kedatangan dajjal lagi kerana mungkin negara kita pun sudah pupus dek kerana bencana tadi.
well said. Itulah sebetulnya tuan. Sebenarnya sesiapa yang masih menyesatkan masanya dengan beribliskan duit, mereka akan merasakan dunia ini akan kekal hidup 1000 tahun lagi, maka mereka akan terus tersesat dan bingung bila tiba hari wafatnya isi dunia.
ReplyDeleteTq tuan..
Delete