Thursday, 3 October 2019

Apakah yang sedang dinantikan oleh Tun???


Negara kita diwarnai dengan perbagai kisah politik yang menjadi makanan harian rakyatnya.

Berbanding diwaktu Pak Lah dan Najib menjadi Perdana Menteri, politik tanahair tidaklah sebegitu dramatik seperti dibawah pemerintahan Tun Mahathir.

Walaupun Najib turut jatuh dibawah tangan Tun namun Najib satu satunya insan yang terpaksa dijatuhkan oleh Tun melalui pilihanraya dengan menggunakan sokongan rakyat.

Manakala musuh musuh yang lain dijatuhkan melalui tekanan politik dan melalui undang undang.

Berbanding najib yang terbukti tewas secara secara adil, anwar pula dijatuhkan melalui proses perundangan beberapa kali hingga tidak dapat kelayakan untuk bertanding malah pernah dicabut jawatannya sebagai ahli parlimen di zaman najib.

Sejarahnya, Anwar dilahirkan daripada keluarga umno dan kemudian mengisi zaman remaja nya sebagai ikon islamik dan kemudian masuk ke kancah politik dengan begitu drastik dan menjadi Timbalan Perdana menteri selepas berjaya mencantas beberapa orang lama di dalam umno.

Pastinya kejayaan anwar telah banyak mengumpul ramai musuh peribadi.

Namun begitu permusuhannya dengan Tun Mahathir menjadikan beliau seorang legenda dimana setelah berpuluh tahun bermusuhan dan akhirnya bekerja sama untuk mendirikan sebuah kerajaan dalam menjatuhkan kerajaan Umno.

Kini permusuhan tersebut tidak dapat disorok lagi walaupun pada peringkat awal kedua tokoh tersebut cuba menyembunyikannya.

Diawal come-back Tun menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Anwar kelihatan cuba bertindak pantas untuk menyusun pengaruhnya didalam kerajaan namun kelihatannya Tun terlebih dahulu bertindak pantas dengan melantik 3 orang menteri besar dikalangan Parti PPBM yakni Johor, Perak dan Kedah.

Manakala PKR hanya berjaya mendapat 2 kerusi Menteri Besar.

Malah beberapa orang menteri kabinet PKR juga telah dilantik oleh Tun tanpa mendapat restu daripada Anwar.

Anwar tampak gelisah sehinggakan mahu mempercepatkan dirinya menjadi ahli parlimen hingga parlimen Port Dickson terpaksa dikosongkan.

Malah gerakan Anwar yang tiba tiba cuba berbaik baik dengan beberapa orang Sultan juga menjadi tanda tanya diawal kemenangan Pakatan harapan.

Media massa juga turut memainkan peranan mereka apabila terlalu kerap bertanya kepada Tun akan tarikh untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar.

Pun begitu Anwar juga kelihatan agak kurang sabar apabila terlalu kerap mencanangkan beliau adalah PM ke 8.

Suasana begini membuatkan rakyat mula nampak berlaku ketegangan antara dua tokoh ini ditambah pula berlaku pertelagahan diantara pengikut kedua dua tokoh tersebut.

Beberapa kali Tun ditanya berkenaan perletakan jawatannya dan beberapa kali juga pengakuan Tun kerap berubah.

Pada mulanya Tun menyasarkan dalam tempoh 2 tahun, manakala semasa press conference bersama Anwar, Tun meletakkan diantara 2 ke 2 setengah tahun dan yang terbaru semasa di US, Tun menyatakan dalam tempoh 3 tahun pula.

Ini membuatkan penyokong penyokong anwar bertambah marah.

Mengikut kronologi yang berlaku besar kemungkinan Anwar bukanlah pilihan Tun untuk menggantikannya.

Tun dilihat seolah olah cuba melambat lambatkan masa penyerahan jawatan tersebut.

Persoalannya....

Apakah yang sedang dinantikan oleh Tun???

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...