Wednesday, 9 October 2019

Mungkin agaknya mereka sudah senang lenang sekarang hingga terlupa masalah rakyat



Ada juga yang bertanya kepada saya dengan hal perjanjian antara parti parti politik didalam pakatan harapan sebelum PRU yang mahukan Tun memberikan jawatan PM kepada Anwar sebelum berlangsungnya pru 15 akan datang.

Dikatakan Tun hanya memegang sementara sahaja dan kemudian diserahkan kepada Anwar. Begitulah perjanjiannya...

Saya berpendapat begini...

Adalah satu kewajipan untuk Tun menunaikan janjinya kerana beliau yang berjanji.

Berkenaan tempoh yang sewajarnya diserahkan saya kurang arif berkenaan hal tersebut kerana mereka yang berjanji sesama mereka dan diwaktu itu semua penyokong Tun pun tidak pernah bersuara.

Malah sehingga hari ini Tun pun tidak mengatakan akan memungkiri janji cuma saja penyokong penyokong di kedua dua belah pihak sedang bertelagah dan akhirnya di pihak penyokong Tun mula mahu menyanggah perjanjian tersebut.

Kita sebagai rakyat tidak terikat dengan janji Tun tersebut kerana kita hanya diberi amanah untuk memilih calon ahli parlimen yang mewakili parti sahaja kerana jawatan perdana menteri adalah hak majoriti ahli ahli parlimen yang menjadi kerajaan.

Saya berasakan adalah tidak bijak orang orang politik mengheret rakyat dalam hal perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri.

Mereka yang berjanji dan kini mereka pula yang bertelagah.
Rakyat memilih mereka dahulu adalah kerana mahu mereka mengubah ketirisan yang begitu kritikal diwaktu pemerintahan umno dahulu.

Tapi malangnya selepas diberi peluang untuk memerintah, mereka bertelagah sesama sendiri hingga melupakan janji yang di beri kepada rakyat.

Mereka nampaknya hanya ingat janji untuk penyerahan jawatan sahaja.
Ada yang marah marah saya dan bertanya siapakah pilihan yang saya suka untuk menggantikan Tun sebagai Perdana Menteri.

Mereka marah kerana saya ada juga mengkritik Tun serba sedikit.

Saya hanya mengkritik tentang hal yang tidak menguntungkan orang melayu dan agama Islam sahaja.

Tapi mereka tetap marah saya dan menuduh saya bermacam macam.

Dan mereka tanya siapakah yang saya suka untuk menjadi PM?

Saya jawab begini...
Kalau ikutkan yang aku suka, tentulah aku lebih sukakan "diri aku sendiri yang menjadi PM". 

Isunya bukan siapa yang aku suka tetapi isu nya ialah siapakah yang layak...

Diwaktu isu penyerahan jawatan perdana menteri sedang diperdebatkan masalah rakyat masih lagi tidak diambil peduli.

Rata rata penyokong pakatan harapan tidak begitu berminat dengan isu rakyat sebagaimana mereka perjuangkan sebelum pru dahulu.

Mungkin agaknya mereka sudah senang lenang sekarang hingga terlupa masalah rakyat...

Baca sini juga

2 comments:

  1. Masa sekolah dulu cikgu aku kata "i dont believe the politicians because they speaks with two tongues"

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...