Monday, 7 October 2019

Nukilan seorang bukan Melayu

UCAPAN YAB PM DI KONGRES MARUAH MELAYU
(Nukilan seorang bukan Melayu)

Terkenang zaman kecil saya, selalu tak buat homework, tengok drama TV3 & NTV7. Parents balik dari kerja, memang saya kene rotan pakai kayu penyapu, hos, tak pun tali pinggang. 

Tak percaya? Tanyalah anak-anak Cina lahir tahun 1980an 1990an, siapa tak pernah kene macam tu?

Lepastu tu wang berbelanja kat sekolah pun takde. Kawan-kawan Chinese (sekolah rendah saya sekolah vernakular) lain dapat RM2 pergi sekolah. Mereka beli mi semangkuk tambah kicap (RM1), dengan air manis (RM0.50) dan keropok Mi Mi (RM0.20). 

Yang kaya sikit, lepas sekolah dia beli ais krim dari pak cik yg bawa basikal. Aku takde benda-benda macam tu. 

Bawa bekalan dari rumah je. 6 tahun di sekolah rendah, ye lah marah juga dengan parents sebab parents tak bagi duit macam budak-budak lain.

Masuk sekolah menengah, parents hantar ke sekolah kerajaan. Kawan-kawan Cina lain masuk sekolah swasta, aku masuk sekolah kerajaan. 

Marah lagi.

Ada kawan-kawan umur 15 tahun parents bagi Nokia 8250, Nokia 2300 (masa tu digelar "Butterfly"). Tak pun Nokia N-Gage (sekitar RM1,000 sebiji masa tu), beberapa bulan nanti tukar lagi Nokia N95. Punya lah cemburu. 

Ada rumah kawan-kawan ada PlayStation 1, 2 lepastu 3. Aku minta dari parents, dorang tak bagi. Minta aku kerja part time beli sendiri. 

Marah lagi.

Sedekad dua kemudian diimbas kembali.......

Kalau masa sekolah rendah parents tak rotan, mungkin hari ini saya jadi malas.

Kalau parents asyik tabur duit je, mungkin hari ini saya akan terus mengharap duit dengan senang.

Kalau parents tak hantar ke sekolah kerajaan, mungkin hari ini Bahasa Melayu saya akan lintang pukang.

Kalau parents senang-senang bagi handfon, mungkin hari ini saya takkan usaha bekerja keras dapatkan yang saya nakkan.

Kalau parents senang-senang bagi PlayStation, mungkin hari ini saya akan gagal dalam financial planning.

Dalam keadaan marah-marah masa kecil, kesudahan hari ini saya memang tidak nampak. 

Tapi parents saya pernah lalui, maka boleh lah mereka disiplinkan saya untuk memudahkan kehidupan saya di masa akan datang.

Teguran dan luahan Tun kepada orang Melayu (bukan semua, tapi majoriti) lebih kurang sama. 

Tun lahir tahun 1925. Zaman pra-Merdeka, zaman menuntut Kemerdekaan, zaman pasca Kemerdekaan, zaman Malaysia membangun, zaman Malaysia gah sebagai Harimau Asia, zaman Malaysia malu sebagai negara kleptokrat, semua dia nampak dan lalui.

Maka ditegur lah orang Melayu khususnya, agar masa depan orang Melayu sendiri boleh dipermudahkan. 

Benda-benda Tun pernah lalui, susah yang dia nampak, Tun tegur agar anak-anak Melayu di masa depan boleh elakkan susah yang dia nampak. Malangnya ramai marah. 

Pekak. Tuli. Degil. Dah lah hidup melarat tak seberapa berjaya, tak nak ditegur, sombong dan angkuh pula.

Cuba fikir. Kenapa ramai Melayu totok UMNO masih hidup susah dan melarat, sedangkan macam-macam kelebihan wujud sejak berdekad-dekad yang lalu?

Kuota Bumiputera masuk IPTA- Ada
Beli rumah diskaun Bumiputera sehingga 15%- Ada
Ekuiti Bumiputera wajib dalam syarikat- Ada
GLC dikuasai Bumiputera- Ada
Tender kerajaan khusus untuk Bumiputera- Ada
Kuota biasiswa untuk Bumiputera- Ada
Pinjaman tanpa hibah untuk perniagaan Bumiputera - Ada
Pimpinan kerajaan dari atas sampai bawah Bumiputera- Ada
Semua ada. 

Pada masa yang sama, kelebihan-kelebihan ini orang Cina takde tapi rata-ratanya Cina boleh survive? Kenapa?

Apabila Tun tegur Melayu "malas", bukan bererti malas secara fizikal, tetapi lebih kepada malas berfikir dan malas menggunakan akal. 

Kerajinan secara fizikal penting, tetapi kerajinan berfikir dan kerajinan pakai akal otak sama penting kalau bukan lebih penting.

Tanyalah Melayu-melayu yang berjaya tanpa kabel politik. Mereka pun berusaha dan menggunakan peluang yang ada. 

Takde peluang, mereka pakai otak pakai akal rajin berfikir untuk cipta peluang. Akhirnya berjaya.

Macai-macai UMNO yang maki hamun Tun nyanyuk, sumpah Tun cepat mati, apa dorang dapat? Gaji naik? Perniagaan berkembang? Dapat kereta baru? Rumah makin besar? Otak makin bijak? Tak juga.

Maruah tak muncul dengan menjerit "Hidup Melayu". 

Maruah tak datang dengan menghina kaum/bangsa lain. Maruah itu ada dalam diri semua manusia. 

Tetapi maruah dalam diri kita hanya boleh diterjemahkan melalui usaha untuk berjaya.
- Adrian Lim

*Orang cina pun kuat melalak juga apabila pemimpin parti mereka tidak membantu kaum mereka. Dan itulah penyebab kenapa mca kalah teruk dan dap boleh menang besar apabila dap dilihat lebih perjuangkan kehendak kaum cina.

Klik sini pula


3 comments:

  1. Totok umno je kew..totok pkr..pan..apa cer..tu totok miskin..atokk??dia rajin yek..anak2 dia rajin yek..klinik..kedai roti..apa cer..

    ReplyDelete
  2. Masalah nya disini, atok nk org melayu usaha sendiri tanpa bantuan, tapi jika kita lihat kaum lain, mereka bantu pulak kaum mereka sendiri. So di sini, mcmana keadaan nya?.. Melayu x perlu di bantu oleh kaum sendiri tapi bangsa lain di bantu oleh kaum mereka sendiri. Jadi.. Apa akan jadi pada org melayu ini atok?.. Makin tercorot lh bangsa melayu sbb bangsa sendiri pun x nak bantu!?..

    ReplyDelete
  3. Saya melayu... lalaui kehidupan sama seperti you, Adrian Lim... bukan sahaja tak berwang saku ke sekolah tetapi terpaksa bantu tauke kantin sekolah menjual dan membasuh pinggan pinggan mee rakan rakan sebelum taukeh memberi saya makan sepinggan laksa atau mee dengan segelas air sirap yang tak habis dijual... bila saya makan ... saya akan makan selepas loceng tamat rehat dibunyikan... maknanya subjek lepas rehat saya akan ketinggallan... alhamdulillah kehidupan saya sekeluarga tidak mengulangi kehidupan silam saya.. melayu, cina dan india adalah warna warni keehidupan di Malaysia... kekalkan budaya masing masing.. asimilasasikan budaya yang bersilang ini.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...