Friday, 18 October 2019

Lim Kit Siang Campurtangan Urusan Universiti Malaya

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Universiti Malaya (UM) menarik balik laporan polis terhadap seorang pelajarnya yang mengadakan protes dengan menunjukkan plakad terhadap naib canselornya semasa istiadat konvokesyen universiti, Isnin lepas.

Lim berkata Naib Canselor UM, Abdul Rahim Hashim sewjarnya menangani isu dibangkitkan pelajar, dan bukannya menyasarkan aktivis pelajar atas protes mereka mereka dengan membuat laporan polis.

UM membuat laporan polis terhadap Wong Yan Ke, seorang graduan jurusan kejuruteraan, mendakwa dia telah menunjukkan rasa tidak hormat semasa majlis konvokesyen dan mengganggu protokol istiadat.

Polis sedang menyiasat pelajar itu di bawah Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menghina dan menggugat ketenteraman awam.

“Sememangnya, protes di majlis tamat pengajian universiti dan perkara-perkara lain yang berkaitan harus ditangani, tetapi bukan dengan cara keras dan bersalah yang akan meletakkan UM dalam keadaan buruk,” kata Lim dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan kenyataan Persatuan Kakitangan Akademik UM, protes itu bukan hanya disebabkan ucapan atau kehadiran Rahim pada Kongres Maruah Melayu, tetapi juga kerana ketidakpuasan membabitkan perkara-perkara lain di pusat pendidikan tinggi itu.

“Kegagalan Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum di kalangan pelbagai etnik di UM dengan melibatkan diri dalam penganjuran Kongres Maruah Melayu adalah kecacatan besar dalam kepimpinan beliau,” kata Lim lagi.

Wong memberitahu FMT bantahannya terhadap Rahim diadakan kerana nama universiti itu telah digunakan untuk tujuan perkauman dan politik. 

UM merupakan salah satu daripada empat universiti menganjurkan kongres itu.

Beliau berkata kenyataan Rahim pada majlis itu telah menyebabkan ahli akademik dan pelajar lain mempersoalkan kesahihan akademik yang Rahim telah buat dalam program tersebut.

Wong dipanggil untuk memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling semalam. Wakilnya berkata lebih 10 laporan polis telah dibuat terhadap Wong.

Satu lagi graduan, Edan Kon pula telah dihalang daripada menerima skrolnya pada majlis konvokesyen pada Selasa atas alasan mahu ganggu perjalanan istiadat konvokesyen.

6 comments:

  1. Padan muka keturunan komunis ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau UM akur dengan tuntutan LKS bermakna memang benar dan jelas kerajaan PH berada di bawah telunjuk DAPig...

    ReplyDelete
  3. Tak usahlah bawa nilai2 buruk Hong Kong, Taiwan etc etc kesini, ke Tanah Melayu! Itu adalah nilai2 anda disana dan tidak sama sekali sesuai disini!

    Orang2 Jepun pernah mengajar adab makan kepada kaum anda, orang Jepun mempunyai nilai dan adab yang tinggi!

    ReplyDelete
  4. ALJUBORI BUAT TATAU SAJE KE
    DIAM SETAN BISU TANDA STUJU
    BAKAL PM KE 8 NI SENYAP GILE
    ATAU TUAN TOPDOG TUNGGU ISYARAT DOLU


    KIKIKIKI..

    #bmfFORMULATURUNBARANG

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, LKS ni pernah masuk universiti ke... ..tahun bila dan graduan course apa.....cakap macam ada kuasa veto je.

    ReplyDelete