Tiba tiba saya teringat kisah peperangan Siffin diantara Muawiyah dan Saidina Ali.
Pertelingkahan diantara kedua dua tokoh tersebut diakhiri dengan kematian Saidina Ali namun ianya disejukkan suasana dengan penyerahan kuasa mutlak anak Saidina Ali yakni Saidina Hassan kepada Muawiyah sebagai Khalifah dunia Islam.
Namun dunia Islam dihuru harakan dengan pertelingkahan sekali lagi apabila pembunuhan Saidina Hussein berlaku di Karbala.
Musuh Islam berada di mana mana dan mereka pergunakan perbagai cara untuk membuatkan umat Islam bertelingkah.
Kaedah terbaik yang dipergunakan ialah menerapkan sifat taksub kepada tokoh masing masing.
Diharap kisah tersebut menjadi pengajaran kepada umat Islam zaman sekarang.
Saya sebenarnya menjadi hairan juga kenapa ada yang begitu marah melihat bangsa melayu mahu bersatu?
Kadangkala bukanlah melayu itu benar benar mahu bersatu pun, cuma umat melayu berhimpun bersama sama sambil salam bersalaman pun ada pihak pihak yang begitu marah dan ketakutan.
Bagi saya berkumpul dan berbaik baik sesama melayu sebenarnya tidak akan membuatkan mereka tidak bertelagah semula sewaktu pilihanraya.
Apa yang pihak bertanduk ini begitu takut...???
Semua orang tahu Tun Mahathir sudah pun berusia 94 tahun...
Mengikut hukum alam beliau sebenarnya sudah tidak lama lagi.
Maka apa yang ditakutkan sangat?
Sebenarnya adalah kerana tidak sabar.
Sabar lah sedikit dan janganlah jadikan negara ini porak peranda dengan kehendak hati yang begitu bergejolak.
Kami dibawah ni pun masih boleh bertenang dan menunggu sahaja ketentuan Allah swt.
Mungkin dunia akan kiamat sebelum pilihanraya pun kita tak tahu lagi.
Oleh itu adalah lebih baik semua pihak cuba menjadikan sisa sisa hidup ini membuat kebaikan untuk umat Islam.
Sebenarnya ramai yang tahu yang hadir kongres tersebut adalah disebabkan Tun adalah perdana menteri.
Namun begitu kehadiran melayu yang agak ramai itu menakutkan serba sedikit beberapa pihak walaupun kita tahu hasil kongres tersebut ialah wak hasil balik asal.
Saya sebenarnya suka mengambil jalan tengah yakni kalau melayu mahu bersatu itu adalah baik dan sekiranya melayu mahu bercakar itu adalah tidak baik.
Kita sebenarnya sudah terlalu lama bersatu dibawah pemimpin melayu yang tidak baik dan hari ini kita berpecah juga dibawah pemimpin masing masing yang juga tidaklah begitu baik.
Itulah dinamakan demokrasi.
Demokrasi menggalakkan perpecahan walaupun didalam satu parti.
Dah nama pun politik... Tentulah setiap gerak kerja berdasarkan kepentingan politik...
Yang hadir pun tentulah orang orang politik dan dikalangan orang orang yang memerlukan sentuhan orang orang politik.
Manakala yang tak hadir pula ialah orang orang politik juga dimana mereka adalah musuh kepada pihak yang satu lagi dan golongan rakyat yang tidak terlibat dengan kepentingan mana mana parti politik.
Itu lah sebabnya orang orang bijak pandai ada berpesan agar berhati hati dengan 2 golongan ini:
1. Orang politik yang bercakap hal agama
2. Orang agama yang bercakap hal politik
2. Orang agama yang bercakap hal politik
Di penghujung usia dan akhir pemerintahannya Tun sebenarnya tidak lagi begitu menjaga hati sesiapa.
Beliau sendiri tahu bahawa ini adalah episod terakhir beliau didalam drama bersiri politik malaysia yakni the finale episod...
Beliau dilihat bercakap apa sahaja yang beliau suka tanpa memikirkan perasaan sesiapa.
Untuk apa beliau menjaga hati orang lain lagi sedangkan ramai yang tidak mahu mengikut cakapnya?
Baik dia hentam semacam je...
Sebenarnya saya lebih tertarik penyatuan sesama kita di peringkat bawahan ini tanpa mengikut acuan orang politik.
Politik ini terlalu complecated dan terarah kepada perpecahan semata mata.
Sepatutnya politik hanya dijadikan metod untuk memilih kerajaan semata mata tetapi akhirnya ia menjadi ideologi yang mengatasi hukum Islam.
Sebenarnya apa yang susah sangat untuk bersatu?
Bersatu ni bukanlah perkara yang mudah ia umpama kahwin juga.
Bukan mudah mahu berkahwin dengan orang yang kita tak berselera.
No comments:
Post a Comment