"Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya" pinta bani Israel kepada Nabi Musa a.s yang sedang tersesat selama 40 tahun di padang pasir.
.
Selama ini mereka telah dikurniakan oleh Allah SWT akan makanan yang terbaik iaitu mann dan salwa. Tetapi mereka tidak sabar atau mudah fahamnya sudah jemu dengan makanan tersebut.
.
Sedangkan Allah SWT telah berfirman mengenai makanan tersebut yang bermaksud "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu".
.
Lalu Nabi Musa a.s menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu".
.
Maka, disebabkan mereka (bani Israel) tidak mahu mensyukuri nikmat nikmat yang diberikan oleh Allah SWT itu, mereka telah ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah SWT.
.
Kisah ini telah dirakam di dalam Surah Al Baqarah pada ayat yang ke 61. Pada keseluruhan kisah ini, sebenarnya Allah SWT telah memberi nikmat yang cukup banyak kepada bani Israel tetapi mereka tidak mahu mensyukuri malah mengkufuri.
.
Kata Dr Fadli Ghani ketika mensyarahkan ayat ini, "Ayat ini sebenarnya hendak menyatakan kepada kita (umat islam akhir zaman) bahawa Allah SWT telah memberikan Al Quran dan As Sunnah sebagai kitab panduan hidup, tetapi telah dikufuri nikmat tersebut dengan lebih memilih dan menuruti kehendak akal yang dipandu oleh hawa nafsu semata mata. Kerana itu, umat islam pada hari ini telah diazab oleh Allah SWT dengan ditimpa kehinaan dan kepapaan"
.
"Umat islam pada hari ini dihina oleh puak puak kafir. Kuasa politik umat islam telah ditarik oleh Allah SWT dan diberikan kepada orang orang kafir kerana kejahilan umat islam sehingga islam tidak mampu untuk dilaksanakan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Syria, Palestine dan Rohingya. Mereka ditindas dan disiksa."
.
"Ekonomi umat islam juga teruk. Sedangkan negara negara umat islam kaya dengan sumber sumber galian. Tanah juga subur untuk pertanian tetapi ekonomi dikuasai oleh orang orang kafir. Umat islam menjadi papa. Ini semua adalah berpunca daripada umat islam pada hari ini telah membelakangi wahyu Allah SWT (Al Quran dan As Sunnah) lalu mendahului dan mentaati akal yang dipandu oleh hawa nafsu" jelas Dr Fadli Ghani lagi ketika menamatkan syarahan terhadap ayat yang ke 61 daripada Surah Al Baqarah itu.
.
Oleh kerana itu, kita lihatlah pada diri kita masing masing. Apakah telah kita berpegang pada panduan Al Quran dan As Sunnah dengan sebenar benarnya? Telahkah kita berusaha untuk mengamalkan isi isi nya?.
.
Pesan Baginda Nabi SAW kepada kita "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah SWT dan Sunnahku"
[HR Imam Malik].
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment