Tuesday, 15 October 2019

Benteng Terakhir Melayu

Melayu adalah satu satunya bangsa yang apabila berkuasa mereka tidak akan menzalimi bangsa lain tapi yang peliknya mereka akan menindas bangsa sendiri.

Nampaknya benteng terakhir orang melayu adalah Tun. Sekiranya Tun tumbang maka hilanglah kuasa orang melayu secara tak langsung.

Kit Siang dilihat benar benar sukar untuk menjinakkan Tun. Tidak seperti pemimpin melayu lain yang kadangkala kelihatan berpelukan dengan pemimpin dap walaupun macam bermusuh.

Tetapi Tun di lihat agak stabil mentalnya. Beliau tidak berpelukan dengan sesiapa walaupun dalam keadaan tergugat mahupun dalam keadaan gembira.

Sebaliknya seorang taikun pernah tabik spring kepada beliau selepas memenangi pilihanraya.

Tugas terakhir Tun sebagai perdana menteri adalah perlu memastikan kuasa tidak jatuh kepada pemimpin yang mudah tunduk kepada dap.

Tugas ini agak mencabar kerana Tun duduk dikalangan mereka yang mesra dap dan hampir kesemua mereka pernah termakan budi dengan dap di zaman mereka susah dahulu.

Dap agak merbahaya kepada orang melayu kerana mereka bijak dalam memelihara orang melayu yang begitu bencikan bangsa melayu itu sendiri.

Sebenarnya orang melayu masih belum sedar... Mereka diulit dengan terlalu banyak hiburan.

Orang melayu sukakan nyanyian maka lahirlah perbagai rancangan yang berbentuk nyanyian seperti gegar vaganza.

Orang melayu suka memperlecehkan orang sambil ketawa maka keluarlah rancangan yang dinamakan maharaja lawak.

Drama drama melayu juga sengaja disiarkan diwaktu maghrib bagi melalaikan orang melayu.

Namun orang melayu masih belum sedar.

Orang melayu di lalikan dengan banyak perkara iaitu hiburan dan juga politik.

Orang melayu berpolitik bukan untuk menambah kebaikan tetapi memecahbelahkan.

Ini tidak berlaku kepada dap... Dap berpolitik untuk menguatkan cengkaman kaum mereka.

Tapi orang melayu masih belum sedar...

Bukanlah nak mengata tetapi memang nampak jelas dan nyata apabila berkait rapat dengan melayu semua pemimpin didalam PH agak berhati hati dalam mengeluarkan statement.

Tetapi apabila berkaitan dengan bangsa lain mereka akan cepat dan pantas mempertahankan walaupun ia membabitkan kes jenayah.

Ini benar benar mendatangkan syak wasangka di mana kita boleh membuat andaian bahawa orang melayu tidak selamat dibawah pakatan harapan.

Orang melayu ramai yang menjadi pelakon dan penyanyi... Lebih ramai artis maka lebih ramailah yang menjadi ejen perosak kepada masyarakat melayu.

Malah anak anak kecil juga lebih cepat belajar menyanyi dari mengaji.
Mungkin ada yang bertanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah umat melayu ini?

Jawapannya ialah... Tiada penyelesaian.

Umat melayu hanya menunggu mati sahaja. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Kita telah diracun tanpa kita sedari dan tak sempat lagi untuk mengambil ubat penawar.

Cuma sebelum mati eloklah kita mengucap terlebih dahulu.

Kalau nak buat postmortem akan kehancuran umat melayu sebenarnya adalah disebabkan hanya satu sebab sahaja.

Walaupun puncanya adalah satu namun sifat kesyaitanannya terlalu banyak hingga tak mampu untuk diruqyah secara serentak.

Untuk mengubat penyakit umat melayu memerlukan masa dan kesabaran.

Orang melayu perlu mula berjinak jinak ke masjid untuk solat berjemaah dan belajar dengan lebih mendalam lagi akan agama mereka.

Ramai yang memberi alasan tidak mahu ke masjid kerana orang orang masjid agak sombong dan tidak mahu melayan mereka. Agak hairan dengan alasan sebegini.

Niat mereka nak ke masjid untuk dilayan atau untuk mendirikan solat?

Jangan pula marah sekiranya nanti masjid masjid kita dipenuhi oleh bangla dan kutbah jumaat dibaca dalam bahasa asing.

3 comments:

  1. melayu mundur, suka hiburan, tak mu gi masjid salahkan DAP ?

    ReplyDelete
  2. Tepat dan tuntas.

    Saya menyebutnya 'harijadi besar' untuk bangsa melayu kelak.

    Saudara mengatakan kita akan menemui jalan mati, tapi selepas harijadi besar itu, saya mempunyai naluri akan ada 1 orang ajam / tidak terkenal di kalangan melayu kebanyakan yg akan memimpin sisa bangsa melayu (seantero nusantara) selepas byknya bangsa² kita (melayu) 'jatuh ke gaung neraka'.

    Oh ye, beberapa tahun dulu saya ada mengatakan (tidak pasti blog mana sebab saya suka pecah²kan puzzle pd byk blog) di mana waktu itu saya mengatakan rantau ini akan menjadi musuh ekonomi dan politik kpd israil di mana saya menganggarkan antara 2024 -2025 adalah tahun gemilang kpd rantau ini.

    Semoga benar (naluri saya).

    Dan tiada saya sangka pun (TDM) akan menjadi pm kali kedua pada 2018 & secara tersiratnya beliau telah mengubah visinya & wawasan (rahsia) drpd 2020 kpd 2025.

    Saya tidak merasa risau apa yg akan berlaku selepas² ini (samada bencana ekonomi atau manusiawi atau alami) kerana saya (mungkin saudara juga) kerana kita 'telah sedia maklum' akan perkhabaran hari2 esok maka kita bertenang sahaja dan bertawakal nasib untung bangsa kita kpd kehendak dan rencana Allah s.w.t.

    Kun fa ya kun
    DIA MAHA MENGETAHUI PERKARA GHAIB DAN TERSEMBUNYI

    ReplyDelete
  3. Sebut bangsa melayu....semua kita agama islam. Banyak nya islam keturunan. Harga kita mendapat hidayah islam amat senang, celik2 mata ,dah islam. Berbanding dengan saudara2 kita yg menjadi mualaf mereka lebih menghargai nikmat islam yg mereka dapat. Banyak ranjau dan onak yang perlu diharungi. Maka mereka genggam kuat dan lebih menghargai. Orang melayu lebih sayangkan bangsa lain tetapi berhasad dengki dengan bangsa sendiri. Itu betul malah dicop phd sangat sinonim. Sedangkan nabi s.a.w mengatakan orang islam adalah mereka yg keras kepada orang kafir dan berlemah lembut sesama sendiri. Itulah kita terbalik. Marilah kita perbetulkan niat dan kembali kepada islam yg sebenar. Kembali menghayati hadis2 nabi tentang akhir zaman yg banyak terjadi sepertimana tuan sebutkn diatas.
    Peranan pemimpin2 melayu dalam ph , banyak menyesakkan jiwa dan merimaskan. Semasa dalam pembangkang , tunjuk hebat dan dialah juara. Semua isu nak kedepan. Tidur diatas jalan pun sanggup. Sekarang terbalik kod. Ada mulut ,ada kuasa tapi lebih menjaga periuk nasi sendiri. Hatta isu yang benar pun takut nak buka mulut. Allah beri peluang untuk memperbetulkan salah-silap kerajaan bn dulu(jika benar) ,tidak dihargai. Mungkin inilah kerajaan sepenggal.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...