Kali ini Tun sekali lagi menjawab pertanyaan wartawan berkenaan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri.
Jawapan kali ini lebih tergantung kerana tidak menyebut nama Anwar lagi. Beliau hanya menyebut bakal calon Perdana menteri sahaja.
Ramai yang masih belum mengenali karaktor Tun. Tun bukan jenis yang suka di desak atau di ugut.
Lebih kuat beliau diugut semakin kuat beliau melawan.
Tun umpama spring yang semakin kuat ditekan akan melantun dengan lebih kuat lagi.
Saya bukanlah seorang pakar politik seperti Anwar namun saya berpendapat adalah lebih bijaksana sekiranya Anwar menghentikan tekanan terhadap Tun kerana Anwar sudah lama mengenali Tun dan sudah tentu begitu arif dengan cara pemikiran Tun.
Dan lagi Tun mempunyai satu tugas yang beliau mahu laksanakan sebelum beliau menutup matanya dan kita dapat lihat Tun lebih terarah kepada isu antarabangsa hinggakan menteri kabinetnya membuat onar didalam negara pun, Tun tidak mengambil apa apa tindakan.
Apa salah sekiranya Anwar bersabar sedikit sahaja lagi.
Selepas ketiadaan Tun nanti Anwar adalah Raja kepada segala orang orang politik...
Apa yang Anwar khuatirkan...?
Baca juga disini
Juga baca disini
Kita tak tahu apa perbincangan antara TDN dan AI. Both tahu apa yg sepatutnya dan kita jangan jadi batu api.
ReplyDelete