Sunday, 6 October 2019

Melayu semakin hilang kekuatan dan kemelayuannya biarpun hari ini kerajaan dipimpin oleh pemimpin Melayu



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Melayu semakin hilang kekuatan dan kemelayuannya biarpun hari ini kerajaan dipimpin oleh pemimpin Melayu.

Ini kerana katanya, wujud enam parti politik Melayu yang menyebabkan Melayu berpecah sehingga sukar untuk mencapai sehingga 50 peratus sokongan penduduk majoriti itu.

Jelasnya, perpecahan itu menyebabkan setiap parti hanya memperoleh antara 20 hingga 30 peratus sokongan Melayu.

“Melayu dah berpecah kepada enam buah badan kecil-kecil belaka dan tidak mampu mana-mana satu daripada mereka mampu menguasai 50 peratus daripada sokongan rakyat.

“Dari 60 peratus penduduk Melayu, kita berpecah sehingga masing-masing hanya mendapat 20 hingga 30 peratus sahaja sokongan dari rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, Pengerusi parti Bersatu tersebut dalam amanatnya berkata, perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan dilakukan oleh pihak lain.

“Inilah yang kita lakukan pada diri kita. Bukan orang lain tapi kita sendiri melakukan perpecahan ini.
“Apabila kita berpecah dan jadi kumpulan yang kecil, maka kita berlawan sesama kita dan akhirnya terpaksa kita bergantung pada orang lain untuk dapatkan kemenangan,” tegasnya.

Ujarnya, keadaan perpecahan itu memaksa Melayu terpaksa bergantung pada pihak lain untuk mendapatkan sokongan demi menempatkan diri dalam kerajaan.

Ini secara tak langsung, jelasnya, telah menimbulkan perasaan terhutang budi yang menyebabkan orang Melayu terpaksa menjaga hati kaum lain.

“Apabila bergantung pada orang lain, sedikit sebanyak kita terhutang budi dan takut kalau tak dapat sokongan, maka kita tak dapat tempat bagi diri kita.

“Kalau tak ambil kira perasaan kaum lain, datang pilihan raya nanti kita akan kalah. Dengan sendirinya kita sudah gadaikan kaum yang diberi pada kita sebab kita berpecah-belah,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, pengundi Melayu di Semenanjung terpecah kepada enam parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tahun lalu.

Beritapenuh https://malaysiadateline.com/melayu-terhutang-budi-terpaksa-jaga-hati-kaum-lain-kerana-berpecah/

*nota kaki
Dulu semasa Tun jadi PM melayu tak kuat juga. Yang kuat hanyalah umno.

Baca sini

No comments:

Post a comment