Monday, 30 September 2019

Terlalu hiruk pikuk dengan politik kepartian takut nanti tak terdengar pula bunyi serangan bom oleh pihak musuh yang sebenar



Ribuan tentera US sudah berkumpul di Arab Saudi. Israel pula memberi isyarat perang di Gaza tidak dapat dielakkan lagi. 

Nampaknya mereka akan mengganyang rakyat Palestin habis habisan kali ini dengan bantuan Saudi yang menjadikan negara mereka sebagai Pengkalan tentera US.

Kita di malaysia masih diulit dengan keasyikan  irama politik yang tak kunjung sudah tetapi diluar sana musuh musuh Islam sedang berkumpul untuk mengganyang palestin.

Doa umat Islam di palestin yang mahu Hero Islam yakni Al Mahdi keluar dengan lebih cepat inshaallah akan dimakbulkan tidak lama lagi.

Tapi nampaknya kita di Malaysia masih lagi tak habis habis bertengkar siapa yang layak jadi PM.

Amerika amat bijak menggunakan alasan arab saudi yang diserang oleh dron Iran menjadi sebab mereka menghantar ribuan tentera kesana dengan alasan untuk menyerang Iran.

Akhirnya mereka tidak menyerang balas Iran tapi sebaliknya hanya menjadikan arab saudi sebagai pengkalan tentera mereka.

Setelah diselidiki rupa rupanya arab saudi bukanlah sebenarnya diserang tetapi sebaliknya hanya untuk dijadikan alasan agar tentera amerika boleh menetap di arab saudi kerana Israel tidak lama lagi akan membantai Palestin berhabis habisan.

Tentera amerika perlu berada disana agar dapat mempertahankan israel sekiranya israel diserang oleh negara negara Islam seperti Turki dan Pakistan.

Kali ini bukan main main lagi... Perang dunia ke3 akan menjelma tidak lama lagi.

Melihat senario politik di seluruh dunia nampaknya ada satu pengaruh besar sedang mencaturkan agar setiap negara yang mempunyai majoriti umat Islam di alihkan fokus mereka agar tidak melihat ke arah timur tengah.

Termasuklah negara kita yang sengaja dicampakkan beberapa isu agar umat islam mangli bermain dengan isu tersebut.

Isu sebenarnya ialah gaza bakal dibantai habis habisan oleh Israel.
Kita di malaysia hanya mampu bergaduh sesama sendiri sambil melayan musik ataupun menonton anugerah skrin artis popular.

Sekiranya kita melayari kisah bagaimana Saidina Usman Khalifah Islam ketiga boleh terbunuh kita akan dapati beliau telah dibunuh oleh orang asing yakni bukan orang Madinah.

Malah pemberontakan juga dilakukan oleh orang asing yang berada di Madinah ketika itu yang mempunyai ramai pekerja pekerja yang diambil dari luar.

Waktu itu kerajaan Islam sudah pesat membangun.

Maka tidak hairanlah sekiranya kita dapati orang orang asing diserapkan masuk kedalam negara ini secara berperingkat peringkat.

Dan yang lebih menakutkan ia seolah olah mendapat lampu hijau dari pihak kerajaan sendiri.

Saya tidak tau berkenaan pemikiran orang lain tapi saya lihat Tun sudah semakin pelik... Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Beliau baru baru ini mahu memegang jawatan 3 tahun pula seolah olah ada sesuatu yang perlu dilakukan dan pastinya bukan sebab ekonomi kerana sehingga hari ini usaha kearah memantapkan ekonomi negara belum lagi nampaknya...

Saya rasa mungkin kerana masalah sokongan blok kuasa besar kerana Tun lebih mirip menyokong Blok China manakala Anwar pula lebih mirip menyokong Blok Amerika.

Blok A seperti amerika, eropah barat, India, arab saudi dan Israel
Blok B China, Rusia, Eropah Timur, Pakistan dan Turki
Negara jiran kita singapura sudah pasti menyokong blok amerika manakala Indonesia pula bersama Rusia.

Mungkin Tun khuatir sekiranya diserahkan kuasa kepada Anwar maka Malaysia akan terarah menyokong blok amerika dan mendapat tekanan daripada China

Ini kerana China merupakan penyumbang ekonomi yang besar kepada malaysia malah china juga telah menghantar ribuan rakyatnya menyusup masuk kedalam negara.

Dan ramai juga rakyat china mempunyai IC malaysia.

Mengikut telahan saya dalam pakatan harapan ada sedikit masalah dalam memilih kem kuasa besar samada mahu mirip kepada Amerika atau kepada China.

Anwar sudah pasti memilih amerika, begitu juga dengan Dap kerana selama ini mereka dibiayai dana kristian. Manakala Amanah pula mereka tak berapa kisah sangat kerana bagi mereka siapa pun takpe asalkan gaji menteri jalan seperti biasa.

Tapi nampaknya Tun lebih memilih untuk mirip kepada China. Ini benar benar merunsingkan pakatan harapan.

Dalam suasana dunia sedang bersiap sedia untuk memulakan peperangan dunia ke3 saya sarankan penyokong penyokong  parti politik bawahan ini hentikan bergaduh sesama bangsa dan agama.

Adalah lebih bijaksana sekiranya mereka duduk diam dan tidak menyakitkan hati sesiapa.

Terlalu hiruk pikuk dengan politik kepartian takut nanti tak terdengar pula bunyi serangan bom oleh pihak musuh yang sebenar.

Sunday, 29 September 2019

Rupa rupanya mereka hadapi tekanan kerana membawa kes Adib



~ Inilah dia pasangan suami-isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, yang merupakan hero dan heroine yang  memperjuangkan kes Adib.

Tak ramai yang mungkin mengetahui pengorbanan dan liku-liku yang harus mereka lalui untuk perjuangkan kebenaran.

Puan Syazlin Mansor membawa kes Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma. Beliau tidak caj walau sesen pun, sama ada dari keluarga arwah Adib, mahupun dari Kementerian dan Bomba, ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini. Segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri.

Melalui Puan Syazlin lah, maka saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah, yang Hakim Koroner pada hari ini telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif. Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa mengecaj walau sesen pun yuran pakar.

Ketika Peguam Negara Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan Peguam Syazlin dari inkues mewakili Kementerian dan Bomba — Tommy cuba untuk menggambarkan kononnya Puan Syazlin tidak kompeten. Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Puan Syazlin telah melanggar prinsip kepeguaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan Peguam Syazlin Mansor. Bahkan Bar(ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, dan ada risiko Puan Syazlin diambil tindakan disiplin.

Suami Puan Syazlin, Tuan Soffian pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada Menteri Zuraida. Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dalam inkues arwah Adib, Tuan Soffian sampai sanggup meletakkan jawatannya — supaya tidak berlaku masalah kelak, untuk Puan Syazlin mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur. Sedangkan pada waktu itu Tuan Soffian memgang jawatan yang kanan di pejabat menteri, dengan gaji dan kelebihan-kelibahan yang enak dan lunak.

Kisah Adib belum berakhir. Perjuangannya masih panjang, dan perlu diteruskan, selagi para pembunuhnya belum dibawa ke muka pengadilan, dan selagi ada pihak-pihak yang memegang jawatan-jawatan penting perundangan yang tidak amanah dan berniat jahat.

Kita harus menghargai para profesional dan ilmuan seperti Puan Syazlin Mansor, Tuan Soffian, Prof Dr. Shahrom, dan Dr. Amir Radzi, yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan kelunakan hidup, demi memperjuangkan secebis kebenaran. ~

Kredit: Aidil Khalid.

Saturday, 28 September 2019

Hairan!!! Polis Tiada Bukti Kes Adib?


Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawainya di Bukit Aman bagi menentukan langkah seterusnya termasuk sama ada akan memanggil semula beberapa individu yang pernah ditahan berhubung perkara itu sebelum ini.

"Sebelum ini kita telah berpuas hati bahawa tidak ada bukti untuk kita mengenakan tuduhan atas sesiapa, buktinya tidak cukup.

"Tetapi sekiranya mahkamah telah memutuskan ada unsur-unsur jenayah (berkaitan kematian Muhammad Adib) maka kita akan semak kembali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia tahun 2019 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Mahkamah Koroner juga merumuskan kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Ditanya mengenai rumusan itu, Abdul Hamid berkata pihaknya akan mengenal pasti sama ada prosedur operasi standard (SOP) polis dalam mengawal rusuhan dipatuhi atau sebaliknya pada kejadian tersebut.

"SOP sudah ada. Sama ada dipatuhi atau tidak itu yang boleh disemak mengapa SOP tidak dipatuhi (jika ada). Tapi SOP itu tidak perlu diubah, ia cukup dan saya tidak nampak keperluan untuk mengubahnya," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menyeru semua pihak supaya menerima keputusan inkues tersebut dan memberi amaran agar tiada pihak yang melakukan demonstrasi atau rusuhan.

Katanya, walaupun beliau yakin perkara itu tidak akan berlaku, namun pihaknya telah bersiap sedia akan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terbabit.

"Saya yakin tidak sampai tahap itu dan polis telah bersedia. Kita telah bincang mengenai perkara itu tapi kita yakin tidak sampai ke tahap itu. 

Kalau sudah terima keputusan mahkamah ikutlah keputusan mahkamah, kenapa perlu yang berarak atau merusuh," katanya.
-Bernama

Kerusi Tanjung Piai Asalnya Melayu Dap lawan Cina Mca

Tanjung Piai menjadi rebutan antara DAP dan MCA satu lawan satu dalam pilihanraya-pilihanraya umum tahun 2004, 2008 dan 2013.

Dalam PRU14 tahun lepas, DAP mengambil satu langkah ke belakang bagi memberi laluan kepada Pribumi untuk bertanding di Tanjung Piai.

Ia kerana DAP menganggap Melayu parti Tun Mahathir lebih berwibawa berbanding Melayu liberal DAP.

Dalam pilihanraya kecil yang akan datang ini pula, MCA mungkin diminta untuk mengundur supaya ruang boleh dibuka bagi Umno bertanding.

Ia kerana gandingan Umno-PAS telah berjaya memperolehi momentum.

Friday, 27 September 2019

MCA Kapar ugut keluar parti jika Umno bertanding Tanjung Piai 



KUALA LUMPUR : Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya ‘dimiliki oleh MCA’, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.

“Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!” katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily.

Jelas Song, MCA Bahagian Kapar telah mengambil langkah drastik itu bukan untuk menjadi wira tapi kerana sayangkan parti.

Song berharap dengan mengekpresikan perasaan mereka, pimpinan pusat parti dapat mendengar suara anggota akar umbi.
Kata Song, MCA harus bersatu dalam merampas kerusi parlimen Tanjung Piai.

Dalam satu sidang akhbar petang semalam, Presiden MCA, Wee Ka Siong enggan mengulas kenyataan Song, dengan mengatakan bahawa MCA akan bersama parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

“Sasaran kita adalah bersedia PKR Tanjung Piai bersama dan parti-parti komponen BN.

“Saya akan memberitahu anda jikalau anda tersasar sebarang maklumat PRK,” katanya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya Dr Mohd Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

Pakatan Harapan merampas kerusi Tanjung Piai dari MCA menerusi Mohd Farid – yang merupakan ahli Bersatu – dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mohd Farid memenangi kerusi itu daripada penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti undi kecil sebanyak 524 undi.

Beliau meraih 21,255 undi.
Seorang lagi calon yang dikalahkan, Nordin Othman dari PAS yang memperoleh 2,962 undi.

Ini bermaksud bahawa BN yang kini bekerjasama dengan PAS secara teorinya mempunyai lebih banyak undi berbanding Pakatan Harapan.

Parlimen Tanjung Piai mempunyai hampir 54,000 pengundi, dengan 57 peratus orang Melayu berbanding 42 peratus Cina.Tanjung Piai secara tradisinya merupakan kerusi MCA, dan sebelum ini dipengerusikan oleh presiden MCA Ong Ka Ting.

Bagaimanapun, berdasarkan trend semasa, kemungkinan kerusi itu akan ditandingkan oleh seorang calon Melayu dari Umno.

Bekas Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin telah dispekulasikan sebagai salah satu calon yang berpotensi untuk bertanding kerusi itu.

Siapa Sebenarnya Yang Rakyat Mahu Sebagai PM?



Rakyat masih menunggu kedua dua parti yang bertelagah melampirkan calon yang benar benar sesuai untuk diangkat sebagai perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir.

Dari satu pihak, rakyat tidak begitu bersetuju Ds Anwar diangkat sebagai sebagai PM kerana mereka melihat Ds Anwar belum lagi berjaya membuktikan keadilan beliau terhadap nasib orang melayu.

Malah jeritan Ds Anwar lebih terarah mahu menjadi perdana menteri semata mata.

Manakala di satu pihak yang lain, rakyat tidak begitu yakin kepada Ds Zahid Hamidi yang diulit dengan terlalu banyak kes salah guna kuasa dan dilihat hanya mahu mengumpulkan harta dengan kuasanya.

Maka ada baiknya juga kedua dua parti yang bertelagah itu melahirkan calon baru yang lebih bersih supaya lebih mudah untuk rakyat memilih dengan hati yang lega.

Malah rakyat juga semakin gusar dengan pentadbiran Tun yang dilihat seperti tiada cengkaman hinggakan isu agama dan perkauman gagal dikendalikan dengan bijaksana.

Tun juga dilihat sudah tidak mesra melayu lagi dan seolah olah mahu lebih menjaga kepentingan kaum bukan melayu.

Dan yang lebih menggusarkan rakyat lagi ialah sehingga hari ini Tun dilihat gagal untuk menangani masalah ekonomi negara malah berlaku 2 kem didalam Pakatan Harapan.

Kedua dua pengikut tokoh tokoh tersebut saling serang menyerang dan ungkit mengungkit kisah silam.

Pakatan Harapan tidak lagi stabil dan lebih menyibukkan diri untuk memperkuatkan kedudukan masing masing sehingga mengabaikan rakyat dan juga pengundi mereka.

Dan lebih mendukacitakan ialah penyokong masing masing terus menghina dan memaki hamun pengundi pengundi yang mengundi mereka hanya semata mata pengundi bertanya bilakah masalah ekonomi akan diselesaikan.

Rakyat semakin sesak nafas dengan pergelutan kuasa yang tak kunjung reda dan mereka mula meluat dengan pakatan harapan yang dilihat mabuk kuasa.

Ada baiknya tokoh tokoh baru diketengahkan oleh kesemua parti parti politik agar sejarah lampau dapat dihapuskan dan tiada lagi saling dendam mendendam yang membuatkan negara terabai.

Alangkah baik sekiranya Yang Dipertuan Agung mempunyai kuasa untuk mendamaikan kesemua pemimpin parti parti ini.

Thursday, 26 September 2019

Isyarat Jelas Majoriti Rakyat Menolak Anwar sebagai PM 8


Sebahagian warga didalam parti Pakatan Harapan menolak Anwar untuk diangkat sebagai PM ke 8. Manakala hampir seluruh warga didalam Barisan Nasional juga menolak Anwar. Manakala rakyat pula masih belum menunjukkan isyarat jelas berkenaan perkara itu.

Mengikut hitungan secara rambang maka nasihat Mufti Perlis ini boleh diambil kira oleh PM dalam proses meletakkan calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai PM.

Ini kerana jelas majoriti tidak begitu bersetuju Anwar diangkat sebagai PM.

Ikuti apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis tersebut didalam surat terbukanya kepada PM.

----------------

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berdoa dan beristikarah dalam mencari pewaris jawatannya untuk memimpin negara satu hari nanti.

Dengan baki waktu berharga dalam umur Dr Mahathir pada ketika ini, Dr Asri berharap ianya ditutupi dengan amalan yang paling soleh, iaitu mewariskan kuasanya kepada pengganti yang baik untuk agama, negara dan juga rakyat.

Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Maza, turut berdoa agar kuasa tersebut tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada.

“Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk. Semua orang akan menutup tirai hayatnya di dunia ini dan amalan kita akan dibawa bertemu dengan Allah.

“Sebagai seorang rakyat Muslim, saya mengharapkan Dr Mahathir mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan beliau menjawab di hadapan Allah tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini.

“Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, pada Rabu.

Justeru itu, Dr Maza juga berpesan kepada Perdana Menteri supaya nekad dalam menentukan masa depan negara.

“Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan Allah dan murka-NYA pada hari kita bertemu dengan-NYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

“Apapun strategi politik yang disusun dan apapun tekanan keadaan Dr Mahathir sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada.

“Saya percaya negara bukanlah satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

“Jadi, saya berharap jasa-jasa beliau (Dr Mahathir) pada negara ini, tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. 

Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan pelantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan juga rakyat,” katanya lagi.

Sumber

MELAYU KAYA EMOSI, MISKIN ILMU

DILEMA MELAYU
SIRI 2008
MELAYU KAYA EMOSI,
MISKIN ILMU By- Yahaya Ismail

Saya telah mengkaji minda Melayu dari era sebelum Perang Dunia Kedua hingga sekarang. Pernah membaca dan mengkaji novel-novel, akhbar, majalah Melayu sebelum Perang dan telah menghasilkan lebih 50 judul buku politik, biografi, kajian sastra, fiksyen, biografi dan pelancungan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Saya dapati Melayu kaya dengan emosi tapi miskin ilmu. Akibatnya Melayu kuat menyalak, gempaq lebih, emosi tak terkawal, tapi layu di tengah jalan.

Mudah dipujuk, longlai dan rapuh semangat. Mereka gila hiburan apa saja. 

Malah tazkirah politik pun disemai dengan maki hamun dan agama untuk menarik perhatian orang ramai.

Hari ini Allah pun dijaja sebagai produk politik. Al-qur'an pun jadi tangkal azimat politik dijulang oleh maharaja penyamun dan ular dalam semak super munafiq. 

Nampaknya Melayu menghalalkan penyamun, ular dalam semak sebagai 'wira' tanpa segan dan malu, sebagai 'pejuang' Melayu dan Islam. 

Ketawa buaya bujang senang sakit gigi melihat ketololan Melayu mengangkat mertabat penyamun dan ular dalam semak sebagai 'pejuang' bangsa dan agama.

Wahai Melayu lihat cermin dan berlaku jujurlah pada diri sendiri.
Kalian hanya 'pahlawan' yang bertarung dengan bayang-bayang sendiri. Kalian salahkan orang lain kerana kalian hidup dalam kemiskinan. 

Kalian punya tanahair tapi tak punya tanah. Punya kuasa tapi menyalahgunakan kuasa. Kamu bodoh sombong tapi berlagak seperti orang bijak. Kamu untung seribu orang lain untung sejuta. Kamu menjerit ' Hidup Melayu'. 

Orang lain melepas kentut dan ketawa melihat kebodohan Melayu.
Sudah 62 tahun merdeka tapi minda Melayu masih bercawat. 

Berlagak dengan kuasa tapi sanggup menjadi hamba orang. Kuasa dijualbeli seperti membeli ikan kembung di pasar borong. 

Bersihkan jiwa dengan titisan syahdu Illahi yang super tulen, berakartunjang dengan tali Allah bukan  tali uncang derham yang menjadikan Melayu hamba pecacai sonder maruah dan hargadiri.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kalau orang itu atau kaum itu sendiri mengubahnya.

Kalau Melayu kaya emosi, tapi miskin ilmu, kalian akan menjadi pengemis di bumi sendiri. 

Jangan salah orang lain Melayu dibangsatkan oleh Melayu sendiri.


Wednesday, 25 September 2019

PRK Tanjung Piai: Adakah PH terus melebarkan lagi rekod kalah?

Mengenai prk yang bakal diadakan di tanjung piai saya bersetuju dengan pendapat seorang penulis blog yang katanya...

"Ternampak sukar buat PH, tapi tidak pula mudah untuk BN"

Seandainya PH kalah lagi PRK di Tanjung Piai pastinya ia menjadi poin yang terbaik untuk pemimpin pemimpin parti komponen pakatan mendesak Tun meletakkan tarikh awal untuk menyerahkan kuasa kepada PM8...

Nampaknya parti Bersatu perlu bekerja kuat untuk memenangkan kerusi tersebut kerana masa depan menteri menteri bersatu bergantung kepada sejauh mana Tun mampu kekal sebagai PM dan kedudukan Tun bergantung kepada kemenangan PRK Tanjung Piai.

Pada Pru yang lepas keputusan di Parlimen Tanjung Piai,
PH (21,255)
BN (20,731)
Pas (2,962)
dengan merekodkan majoriti 524 undi. Dan bilangan keluar mengundi 85.7 peratus, undi rosak pula 841.

Kawasan parlimen itu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018.

Melayu (56.8 peratus)
Cina (41.64 peratus)
India (1.01 peratus)
baki adalah lain-lain.

Pendapat umum mengatakan kemenangan PH adalah kerana sokongan solid dari pengundi cina dan berlaku sedikit perpecahan didalam parti umno.

Sekiranya dihitung berdasarkan pattern pru lepas maka seandainya umno telah pulih disana dan sokongan pengundi pas maka besar kemungkinan PH akan tewas sekali lagi di Tanjung Piai.

Saya berpendapat bahawa calon Umno atau Pas perlu diketengahkan untuk menjadi calon dan bukannya mca kerana suasana kempen BMF didalam negara akan memberi kesan besar didalam PRK kali ini.

Rakyat telah berkali kali memberi signal yang jelas kepada Tun didalam keputusan PRK yang lepas. 

Dan PRK Tanjung Piai juga merupakan satu lagi medan untuk rakyat melampiaskan kegusaran mereka.

Ada juga cakap cakap kedai kopi yang mahukan umno diharamkan sebelum berlaku PRK Tanjung Piai.

Orang yang berpendapat begini sebenarnya penuh dengan emosi dan takut kepada bayang bayang sendiri.

Sekiranya pendapat mereka digunapakai maka ia akan meraih lebih simpati kepada umno dan membuatkan rakyat bertambah meluat kepada PH.

Ini kerana ia menjadi bukti kukuh bahawa PH benar benar takut kepada Umno dan pastinya roh umno tidak akan aman dan terus mengganggu pakatan harapan pada setiap malam jumaat.


Apakah Nasib Melayu Tanpa PH?

Begitulah nasib melayu.


Sewaktu umno memerintah orang melayu dipaksa untuk beralah dengan kaum lain atas alasan negara kita berbilang kaum.

Ini membuatkan orang melayu semakin jauh dari kerajaan umno dan mereka merajuk sambil menunjukkan sikap dengan beralih sokongan kepada Pakatan Harapan kononnya Tun Mahathir akan menjaga bangsa ini dengan lebih baik.

Malangnya walaupun Tun menjadi Perdana menteri tetapi beliau perlu membalas budi kaum lain pula kerana sokongan kaum lain membuatkan beliau menjadi perdana menteri.

Sekali lagi orang melayu terpinggir malah lebih teruk lagi apabila mereka seolah olah tertindas pula dibawah kerajaan pakatan harapan.

Senario begini membuatkan orang melayu sudah mula hilang minat untuk terus menyokong pakatan harapan malah mereka tidak begitu yakin pengganti Tun yakni Anwar mampu memperjuangkan nasib mereka dengan lebih baik dari Tun mahupun umno.

Tun telah membuka pintu untuk kaum lain lebih berkuasa daripada orang melayu dengan menyerahkan beberapa jawatan penting didalam kerajaan.

Dan dasar begini pastinya akan diteruskan malah akan berlaku penambahan sebaik sahaja anwar menjadi PM.

Orang merasa tertipu dan mula berlaku saling salah dan menyalahkan sesama mereka.

Namun seandainya pemimpin umno tidak lupa daratan semasa mereka berkuasa dahulu besar kemungkinan orang melayu tidak merajuk dan sukar untuk pakatan harapan menjatuhkan mereka.

Kesalahan yang paling besar ialah kerana ahli ahli umno gagal untuk memilih presiden mereka dengan baik.

Orang orang umno memilih pemimpin berdasarkan kepentingan diri mereka dan mengabaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Hari ini bukan sahaja rakyat yang perlu dipadan muka tetapi kroni kroni dan pemimpin umno juga menerima padan muka dan tidak lagi boleh menyamun sesuka hati mereka seperti dahulu.

Semoga ahli ahli umno berubah sikap dan pilihlah pemimpin parti mereka dengan ikhlas.

Pilihlah juga pemimpin yang benar benar  hebat sebagai pejuang melayu dan bukannya liberal yang akhirnya kembali ke perangai pemimpin lama mereka.

Tuesday, 24 September 2019

Bukti Baru China Menindas Islam

SYDNEY: Satu rakaman video tular di
media sosial menunjukkan sekumpulan ratusan lelaki yang ditutup mata digari kaki dengan kepala dibotakkan, dipercayai penduduk Islam etnik Uighur di China dikumpulkan dekat stesen kereta api untuk dibawa ke kem tahanan.

“Video ini dirakam di China. Ini adalah penindasan yang sudah sekian lama terhadap hak asasi manusia dan asas kebebasan oleh kerajaan China di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur,” kata keterangan mengenai video itu.

Lagi cerita klik sini


Apakah Strategi BN untuk Menang Di Tanjung Piai?

Md Farid, 42, yang juga naib ketua Bahagian PPBM Tanjung Piai, meninggal dunia sekitar 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Arwah memenangi kawasan Tanjung Piai dengan menewaskan penyandangnya, Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (PAS) pada pilihan raya umum 9 Mei 2018.
Md Farid memperoleh 21,255 undi, Wee (20,731) dan Nordin (2,962) dengan merekodkan majoriti 524 undi. Dengan bilangan keluar mengundi 85.7 peratus undi rosak pula 841.

Kawasan parlimen itu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018. Daripada itu 56.8 peratus merupakan orang Melayu, Cina (41.64 peratus), India (1.01 peratus) dan baki adalah lain-lain.

Undi rosak sebanyak 841 dicatatkan lebih tinggi daripada majoriti calon memenangi kerusi itu.
Satu lagi pilihan raya kecil yang menarik untuk disaksikan ketika suhu ketegangan dalam pelbagai sudut agak tinggi pada masa sekarang.

Pada Pru yang lepas BN mempertaruhkan calon dari MCA dengan harapan untuk mengaut undi dari kaum cina namun pengundi cina lebih tertarik memilih calon PPBM yang menggunakan logo PKR.

Dengan sokongan pengundi Cina membuatkan PH memenangi kerusi tersebut dengan majoriti kecil.
Mungkin kali ini sekiranya UMNO diletakkan sebagai calon dengan sokongan padu daripada parti Pas boleh membuatkan BN merampas kerusi tersebut.

Ini berdasarkan andaian pada pru lepas kesemua pengundi cina menyokong PH dan majoriti pengundi melayu menyokong BN walaupun calonnya adalah dari Parti MCA...


Monday, 23 September 2019

Remaja perempuan nyaris jadi mangsa culik

KANGAR - Seorang remaja perempuan hampir menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki di kawasan rumahnya di Kampung Tok Kandang, Kangar, semalam.

Ketua Polis Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu berseorangan di sekitar kawasan rumahnya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya didatangi dua lelaki dengan menaiki Perodua Viva berwarna hitam yang bertindak meluru ke arah mangsa sebaik keluar dari kereta berkenaan.

"Suspek turut menunjukkan isyarat pelik dengan tangannya kepada mangsa yang menyebabkan mangsa ketakutan," katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Wari Kiew berkata, mangsa kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan pagar halaman rumah jirannya untuk meminta pertolongan sebelum kereta berkenaan berlalu pergi.

"Remaja berkenaan yang bimbang akan keselamatan dirinya bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpanya," katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 24 hingga 58 tahun pada tengah hari tadi bagi membantu siasatan.

"Tangkapan terhadap suspek dilakukan di Simpang Empat ketika mereka berada di dalam kereta terbabit dan akan direman pada esok hari,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan pemeriksaan air kencing kesemua suspek bebas daripada pengaruh dadah, namun dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan penculikan," katanya.

Sunday, 22 September 2019

Boleh kah PH Pertahankan Kerusi Tanjung Piai?

Selain daripada isu jerebu, isu Kerusi Parlimen Tanjung Piai juga menjadi cerita panas dikalangan ahli ahli parlimen kedai kopi yang bersidang hari ini.

Dari beberapa perbincangan nampaknya rata rata meramalkan Bersatu agak sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Malah ada yang menyatakan kerusi tersebut juga sedang diintai oleh parti PKR yang merasakan mereka lebih berkeupayaan berdasarkan ahli ahli mereka yang lebih ramai dan telah lama bekerja disana berbanding parti Bersatu.

Hasil keputusan pru lalu juga menjadi sebahagian daripada hujah mereka.

Bersatu mengalahkan calon MCA Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mohamed Farid meraih 21,255 undi, 

sementara 
Wee mendapat 20,731undi

Calon lain yang bertanding di kerusi itu ialah 
Nordin Othman dari PAS yang mendapat 2,962 undi.


Saturday, 21 September 2019

Kita akan tetap gagal

Sebenarnya dorang sengaja provoke kita dengan menyalahkan kita dengan perkataan boikot...

Cara dorang tu dinamakan reverse saikologi untuk membuatkan kita umat Islam kelihatan bersalah dan dicemuh oleh bangsa kita sendiri yang terikat dengan mereka.

Sebaiknya kita tak payah membalas cakap cakap mereka dan teruskan sahaja membantu peniaga muslim dengan yang terdaya kita.

Menjawab kenyataan mereka hanya membuang masa dan menaikkan darah tinggi sahaja.

Apa yang saya lihat mereka lebih bijak dan amat tenang dalam menyerang kita.

Cukup bagi mereka mengeluarkan satu kenyataan melalui media dan kita sesama kita pula yang bercakar berbulan bulan.

Gerakan mereka begitu tersusun dan nampak begitu bijak. Mereka spark atau cetuskan sahaja percikan, confirm kita bergolak.

Ini berbeza dengan kita yang terlalu suka mengheboh kesana kemari tapi akhirnya mudah untuk dipatahkan usaha kita.

Kita perlu belajar untuk lebih bersabar dan perlu belajar untuk mengawal emosi. Semangat tanpa sabar dipanggil panas baran tak bertempat.

Masalah utama orang melayu ialah terlampau menaruh harap kepada parti politik.

Orang melayu seolah olah sudah tersihir dengan politik.

Tanpa bantuan politik orang melayu seolah olah tenggelam punca.

Ini berbeza dengan mereka di mana mereka yang mempengaruhi keputusan parti politik.

Orang politik dikalangan mereka terpaksa akur dengan desakan mereka.

Di titik titik akhir ini orang melayu perlu cepat berubah. Banyak sikap yang perlu diubah dalam masa yang singkat ini.

Perkara yang paling utama ialah perlu perbaiki akidah terlebih dahulu. 

Yang kedua perlu mula berjinak jinak  ke masjid sambil belajar untuk menjadi sabar.

Di masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk belajar sabar contohnya kalau tok bilal azan tak sedap pun kita tetap boleh tahan telinga dan tak ada niat langsung untuk menyingkirkan beliau.

Pepatah ada mengatakan tiada gunanya menggunakan kapak yang tidak berasah tetapi terpaksa melibas berpuluh puluh kali untuk menebang sebatang pokok. 

Biarlah kita mengasah selama berjam jam lamanya tetapi dapat melibas dengan sekali libas sahaja....

Pucuk pangkalnya ialah perlu kesabaran...

Minda kita sudah teruk dirosakkan oleh sistem penjajah.

Sewaktu penjajah meninggalkan negara kita mereka telah meninggalkan sistem pendidikan dan sistem pentadbiran untuk diteruskan oleh kita.

Maka hari ini sistem mereka telah didoktrin masuk ke dalam otak kita.
Agak sukar untuk melawan orang kafir dengan cara kafir.

Seorang panglima cina ada mengatakan seandainya kita menghantar tentera menyerang di tempat musuh maka 50% kegagalan sudah berada didalam tangan.

Maka cara yang terbaik sebelum serangan dibuat adalah sabotaj kekuatan musuh.

Orang melayu juga tidak mempunyai think tank mereka sendiri. Orang politik bukanlah kategori think tank. 

Mereka hanya tahu berkempen, memburukkan pihak lawan dan menipu pihak kawan untuk mendapatkan kuasa.

Untuk menceritakan kelemahan orang melayu memang takkan cukup dibincangkan selama setahun.

Itu belum lagi yang asyik membantah dan menganggap dia sahaja yang pandai.

Malah dengan kekurangan jentera serta kewangan sudah cukup untuk melemahkan semangat orang melayu.

Sebab itulah antara kehebatan Tun ialah beliau mampu menjatuhkan kerajaan umno secara percuma tanpa memerlukan wang ringgit.

Dengan sedikit tenaga dan menggunakan segala kelemahan rakan dan lawan, beliau secara mudah dapat menjadi PM.

Kelebihan Tun lagi ialah beliau tidak memerlukan Think Tank. Ini kerana beliaulah Think Tanker yang sebenar.

Yang lain hanyalah jentera semata mata.

Perkara pertama yang diperlukan oleh seorang pemimpin ialah mewujudkan para pentaksub.

Pentaksub pentaksub ini akan bekerja siang malam berkempen untuk tokoh kesayangannya.

Perkara kedua ialah menunggu musuh melakukan kesilapan...

Perkara ketiga ialah meletakkan diri  ditempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai...

Saya ada mengatakan kepada beberapa rakan rakan saya yang kononnya begitu bersemangat untuk berjuang.

Katanya kerajaan PH adalah kerajaan pilihan Dajjal dan perlu dijatuhkan pada PRU akan datang.

Saya memuji mereka kerana kenal dengan dajjal dan tahu cara dajjal.

Tapi malangnya mereka masih belum sedar bahawa akan datang ini hanya pengikut dajjal sahaja yang akan memerintah setiap negara di dunia ini.

Sebelum boleh melawan dajjal mereka perlu melawan kerajaan pilihan dajjal terlebih dahulu.

Bagaimana mungkin mahu melawan dajjal kalau kita menggunakan senjata yang dajjal sendiri berikan.

Menatap facebook setiap saat dengan memaki hamun tidak mampu untuk mengalahkan dajjal. Nak buat dajjal menangis pun jauh sekali.

Berpuluh puluh puluh tahun orang melayu disajikan dengan nyanyian Anak Kecil Main api tetapi sebaik sahaja PRU lagu tersebut terus senyap seolah olah api sudah terpadam dan anak kecil itu telah pun dewasa.

Yang agak menghairankan kenapa lagu itu dikumandangkan sewaktu kuasa ada ditangan tetapi senyap setelah tiada kuasa?

Dan kenapa setelah puas bernyanyi pemimpin diwaktu itu masih lagi tak sedar sedar?

Kita harus sedar bahawa kita telah gagal. Dan kita masih lagi gagal. 

Malah kita akan tetap gagal sekiranya kita tidak mahu berubah...



Friday, 20 September 2019

M For Malaysia

Sebenarnya agak mengejutkan juga apabila kerajaan tidak memandang serius isu kebanjiran pendatang asing yang mendapat IC secara haram.

Ia mungkin kerana dua sebab:

1. Mereka sudah tahu dari awal dan membiarkannya kerana takut kepada  satu pihak yang lebih berkuasa yang merancang sesuatu.

2. Mereka mendapat keuntungan dari kemasukan pendatang asing ini.

Di bandar bandar besar boleh dikatakan setiap apartment mewah pasti ada penghuni penghuni dari negara China.

Ada baiknya juga kita menghabiskan sisa sisa kemerdekaan dengan tidak bergaduh sesama bangsa.

Kita berbaik baik sesama sendiri kerana mati nanti rakan sebangsa kita juga yang korekkan liang lahad dan memyembahyangkan jenazah kita.

Janganlah nanti disebabkan keangkuhan kita yang tak habis habis memaki hamun sesama kita akan membuatkan keluarga kita keseorangan menghantar jenazah kita ke kubur.

Kalau ikutkan rentetan kepada setiap kejadian yang berlaku bertali arus didalam negara kita memang sudah sahih kita diambang penghujung kemerdekaan.

Hampir segala aspek kita di kepung dan diikat tak boleh bersuara berkenaan kebebasan agama dan bangsa kita.

Bagi yang liberal mereka tidak begitu pedulikan perkara ini. Tapi bagi yang ada sedikit saki baki iman merasakan ada satu gerakan yang sedang dijalankan.

Kali ini ia bukan soal parti lagi. Player yang bermain lebih berpengaruh dan level internasional.

Malah Tun Mahathir pun tidak dapat berbuat apa apa.

Ada yang berkata sekiranya umno masih memerintah mungkin apa yang berlaku pada hari ini tidak akan terjadi.

Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini tetap akan berlaku kerana sewaktu di penghujung pemerintahan umno dahulu mereka juga ke arah yang sama.

Mereka juga yang telah membuka ruang seluas luasnya kepada negara China.

Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana setiap pemimpin kita telah dijerut kepala mereka untuk mengikut kehendak kuasa besar.

Mereka tiada pilihan walaupun kadangkala mereka bercakap seolah olah nampak hebat tetapi sebenarnya kaki dan tangan mereka terikat dan mulut mereka terkunci.

Dizaman ini mana mana pemimpin negara yang pertahankan agama akan menerima akibat yang buruk.

Pertahankan agama Islam akan dianggap rasis dan teroris tetapi menindas agama Islam dianggap sebagai hak asasi manusia.

Umat Islam tidak lagi boleh menaruh harapan terhadap orang orang politik kerana mereka hanya mahukan kuasa dan selepas berkuasa mereka akan mengikut track yang disediakan oleh The Hidden Hand.

Masing masing parti politik sebenarnya sedang mengampu The Hidden Hand ini.

Filem M for Malaysia akan ditayangkan tidak lama lagi. Ianya di bikin oleh cucu Tun Mahathir yakni anak kepada Marina Mahathir.

Kita mungkin akan dapat melihat beberapa perkara yang menarik dalam filem tersebut.

Malah cucu Tun ini pun agak menarik perhatian juga kerana pemikiran liberalnya yang sama seperti ibunya.

Takpe lah.... Kita tengok saja nanti apakah agenda sebenar filem ini ditayangkan.

Yang sebaiknya kedua dua penyokong parti parti politik tak perlulah bergaduh sesama sendiri kerana batang tubuh pemimpin pengikut The Hidden Hand ini.

Lebih baik kita kecapi saki baki kemerdekaan ini dengan ceria dan berbaik baik sesama sendiri.

Didalam padang apabila pemain tak henti berlari dan mengejar bola itu bermakna mereka sedang bermain didalam perlawanan bolasepak.

Mereka akan bermain bersungguh sungguh untuk mencapai kemenangan dan akan beroleh hadiah sekiranya mereka menang.

Sekiranya mereka kalah sekalipun mereka tidak begitu kecewa kerana jurulatih dan pengurus telah nampak mereka bermain bersungguh dengan berlari tak berhenti henti sambil menyepak kaki pihak pemain lawan.

Jurulatih akan memuji muji mereka selepas tamat perlawanan walaupun pasukan mereka kalah.

Begitulah juga dengan pemain pemain media upahan... Mereka tak henti henti bekerja siang dan malam memaki hamun pihak lawan.

Sejak pru 12 hinggalah pru 14 kita dapat lihat mereka ini seperti tak pernah penat bekerja.

Kalau takde isu pun mereka akan sengaja cari pasal agar api kemarahan tidak terpadam.

Bagi mereka apabila ada persengketaan maka adalah rezki buat mereka.


Hati hati La Melayu

Sebelum kita rasa kita kuat, kita hebat, konon kita bersemangat maka elok tonton video ini hingga akhir untuk kenal pasti kelemahan kita dan tidak tewas lagi buat kali terakhir.

Kita tidak mahu kita yang terlalu bersemangat tetapi akhirnya menjadi alat kepada orang orang politik.

Orang politik cuma ada satu agenda sahaja. Dapat saja kuasa mereka akan buat duit....

So, hati hati la yek....


Nak tengok kehebatan anak tengok siapa ayahnya...

Nak tengok kehebatan bangsa tengok siapa pemimpinnya...

Tapi kadangkala ada juga ayah tak berapa bagus tapi anak anak cemerlang... Ibu memainkan peranan penting...

Begitu juga dengan negara... 

Kadangkala pemimpinnya tak berapa bagus tapi ulamak perlu memainkan peranan mereka....

2 golongan ini akan sentiasa wujud dalam sebuah negara...

Samada mereka ini sentiasa bertempur sesama mereka ataupun mereka bersatu..

1. Golongan agama
2. Golongan politik

Masing masing mempunyai pengaruh dan saling memerlukan bagi mengimbangi kuasa.

Ia berlaku kepada seluruh negara dalam dunia ini sejak zaman berzaman....

Tidak kira zaman firaun, zaman empayar rom mahupun zaman empayar islam...

Thursday, 19 September 2019

Anwar Beri Isyarat Jelas Tarikh Mahathir Perlu Lepaskan Jawatan

Seorang penganalisis politik menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan diri untuk merebut jawatan perdana menteri, bukannya menunggu Dr Mahathir Mohamad menyerahkannya kepada beliau.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, ini tergambar dalam satu temu bual dengan Bloomberg semalam apabila Anwar berkata, beliau menjangka untuk mengambil alih kedudukan itu daripada Mahathir pada 2020.

Beliau juga berkata, sokongan yang diterima Anwar daripada bekas ketua menteri Sarawak, Salleh Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia merupakan petunjuk tentang apakah yang akan berlaku.

“Garis perebutan itu akan menjadi lebih jelas selepas ini kerana Anwar perlu tahu siapakah penyokong dan musuh sebenar beliau,” katanya.
Dalam satu perjanjian yang dibuat dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar pada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Mahathir beberapa kali berkata beliau akan menunaikan janji itu apabila “negara berada dalam keadaan baik”.

Azmi berkata, presiden PKR itu perlu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli Parlimen sebelum mengambil langkah menuntut jawatan berkenaan, dan sokongan daripada Salleh dan Pandikar Amin seolah-olah menandakan langkah itu telah bermula.

Mengambil maklum Anwar menolak kemungkinan adanya pesaing bagi jawatan itu dalam temu bual tersebut, Azmi berkata, ia bertujuan memberikan mesej beliau memang pengganti Mahathir, selain memberitahu kesediaannya untuk menunggu selama dua tahun itu tidak boleh diubah.

Tempoh dua tahun itu berakhir pada Mei 2020. “Saya tidak fikir Anwar akan menerima jawapan yang kabur sekarang setelah beliau menyebut garis masa yang spesifik,” katanya.

Dalam beberapa minggu ini, Mahathir dikritik oleh pembangkang dan beberapa pihak dalam PH berkaitan beberapa isu, antaranya penjualan aset kerajaan dan keputusannya untuk mempertahankan penceramah warga India Dr Zakir Naik.

Azmi berkata, perkembangan terbaru ini juga akan memberi tekanan kuat ke atas PH dan berisiko memecahkan gabungan politik itu kepada kem pro-Anwar dan pro-Mahathir.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmani berkata, beliau percaya Anwar memberi amaran kepada pencabarnya berhubung jawatan perdana menteri.

Beliau berkata, laluan yang perlu dihadapi presiden PKR itu tidak mudah kerana terdapat “banyak faktor dan permainan” yang wujud, dengan menyebut kerjasama antara PAS dan Umno adalah salah satu daripadanya.

“Jika Umno dan PAS boleh meraih sokongan orang Melayu luar bandar, Anwar akan berdepan masalah kerana banyak pihak dalam PH percaya bahawa hanya Mahathir boleh mengalahkan Umno dan PAS di kawasan berkenaan,” katanya lapor FMT

DAP MEMANG MAHU KUASAI SARAWAK DAN DAP SARAWAK MEMANG TERLALU KECINAAN!

Sukar untuk difahami mengapa Lim Kit Siang begitu marah bila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan "DAP mahu orang Cina menguasai Sarawak, kita kena halang" melainkan kerana kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan.

Mengikut Formula 4-4-3-3 PH yang digunapakai dalam PRU 14, Sarawak, selain Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, memang dijanji untuk diserahkan kepada DAP sebagai ketua di peringkat negeri jika PH menang di negeri itu.

Lim Kit Siang sendiri menyebut beberapa kali sebelum PRN Sarawak 2016 bahawa sasaran sebenar DAP bukanlah untuk memenangi PRN Sarawak 2016 tetapi adalah untuk memenangi PRN Sarawak 2021.

Anthony Loke juga memaklumkan sekali gus memberikan arahan dalam Konvensyen DAP Sarawak pada 4 November 2018 bahawa misi DAP adalah untuk menguasai Sarawak dalam PRN Sarawak 2021.

Sekarang lihat saja komposisi pimpinan tertinggi DAP Sarawak di mana semua, kecuali seorang, adalah berbangsa Cina.

Begitu juga komposisi Ahli Parlimen DAP Sarawak yang semua, kecuali seorang, adalah berbangsa Cina manakala semua ADUN DAP Sarawak adalah berbangsa Cina.

Lihat pula kepada laman Facebook DAP Sarawak di mana hampir semua kenyataaan yang disiarkan adalah berbahasa Cina.

Jadi mengapa pula Lim Kit Siang perlu marah-marah bila apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah betul?

Wednesday, 18 September 2019

BEZA POLITIK MEREKA DAN POLITIK KITA

Waktu MCA dan GERAKAN berada dalam kerajaan, mereka menggunakan kekuatan suara DAP sebagai pembangkang bagi memperjuangkan kepentingan golongan mereka dari dalam.

Lain dengan kita, kita yang berada dalam kerajaan akan menggunakan kekuatan kita untuk memecahkan dan melemahkan semampu mungkin suara rakan kita dalam pembangkang.
Inilah antara beza politik mereka dan politik kita.

Lagi Aset Melayu menjadi Hak Bukan Melayu

KONGLOMERAT kerajaan Tun Razak Exchange (TRX) yang menjadi pertikaian hangat kerana kewujudannya dikatakan tidak mengikut proses penubuhan dan matlamat jelas bakal bergegar lagi sekiranya ura-ura didengar ini benar, yakni CEO TRX akan bertukar tangan kepada bukan Melayu.

CEO TRX kini adalah Azmar Talib yang akan tamat kontrak dan tidak akan disambung. Khabarnya tempat beliau itu akan diganti dengan COO TRX sekarang Tan Hwa Min?

Sekiranya ini berlaku sudah pasti TRX akan mengilangi apakah yang berlaku di Same Darby baru-baru ini apabila CEOnya daripada orang Melayu bertukar kepada bukan Melayu.

Apa yang dipersoalkan juga gaji CEO bukan Melayu dilantik itu katanya tinggi mencecah RM265,000 sebulan berbanding dengan gaji dan elaun CEO Melayu sebelum ini hanya RM160,000 sebulan.

Apakah polemik yang menggegarkan di Sime Darby itu akan berlaku di TRX pula sekiranya benar Azmar Talib yang akan habis kontrak hujung bulan ini tidak akan disambung dan tempatnya diganti dengan Tan Hwa Min?

Jika ini berlaku sudah pasti ia mengulangi polemik di Sime Darby tempoh hari, dan suasana ini tidak kondusif kepada kerajaan dan perkara itu akan dijadikan isu dan perdebatan politik rasis.

Pertukaran apa-apa penjawat di sesebuah syarikat seperti TRX itu perkara biasa dan atas alasan  untuk mengemaskinikan pentadbiran bagi penambahbaikan. Pihak bertanggungjawab ada hak untuk mengubah dan melantik orang baru. Apa lagi Azmar dilantik menjadi CEO itu ketika TRX dikuasai sepenuhnya oleh Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sudah tentu Azmar akan melaksanakan apa dikehendaki Najib.

Pun begitu menukar CEO Melayu kepada bukan Melayu sesuatu yang harus dilihat dari segi implikasi kesan politik serta keperluan sebenarnya. Bukan bermakna dengan pertukaran CEO daripada Melayu kepada bukan Melayu bermakna prestasi TRX akan melonjak. Sudah banyak contoh orang bukan Melayu (asing) dilantik menjadi CEO tetapi mereka tetap juga gagal.

Contohnya Malaysian Airline Syestem (MAS) pernah melantik orang asing menerajui syarikat penerbangan nasional itu semuanya berakhir dengan kegagalan. Ketidak yakinan pemerintah kepada bangsa Melayu untuk menerajui MAS itu menjadi bahana.

Kenapa ia perlu ditukar kepada bukan Melayu. Apakah yang mendesak. Kenapa tidak dicari mereka berkelayakan daripada bangsa Melayu juga untuk meneruskan tugas itu dan menjaga TRX?

Masih ramai jurutera Melayu berkelayakan dan telah pun berjaya menunjukkan kemampuan mereka. Projek-projek besar negara seperti KLCC, Putrajaya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Sepang (KLIA) atau projek-projek GLC lain ia menunjukkan kemampuan dan kebolehan orang Melayu.

Terdapat ramai jutera Melayu berkebolehan. Kenapa salah seorang daripada mereka tidak ditunjuk untuk mengganti Azmar?

TRX berada dibawah bidang kuasa Menteri Kewangan (MOF). Lim Guan Eng patut mengambil pedulikan kepada perkara ini, sekiranya ia benar-benar hendak dilakukan perlu dihalusi bagi mengelakkan ia menjadi isu. Kesan buruk baiknya terutama kepada politik hendaklah diambil kira. Jangan sengaja memberi peluru kepada pembangkang yang ghairah dan emosi memainkan isu-isu perkauman.  Oposisi kini sedang pelahap dengan isu.

Tidak dapat tidak kalau Azmar (Melayu) diganti dengan COO TRX kini ia akan dijadikan isu. Pihak pembangkang akan eksploit seperti isu-isu pelantikan CEO Same Darby sebelum ini ataupun pelantikan ahli lembaga pengarah di Tabung Haji dan GLC lain. Di Tabung Haji bukan CEO atau Pengerusi bukan Melayu dilantik, tetapi hanya menjadi ahli lembaga pengarah kepada syarikat sahaja ia sudah dihebohkan kononnya Tabung Haji sudah dibawah kuasa Lim Guan Eng. Tabung Haji sudah digadai kepada DAP. Demikian lancang dan jahatnya pembangkang.

Jadi janganlah apa yang berlaku seperti di Tabung Haji itu menggegarkan pula TRX.

Kita percaya Lim Guan Eng selaku menteri keewangan akan sedar perkara ini dan dapat membaca apakah kesannya nanti. Sekiranya Guan Eng, pasrah kepada nasihat pihak tertentu, mungkin Dr Mahathir atau Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu memberi perhatian sama, campur tangan atau menasihati Guan Eng agar membuat keputusan terbaik bagi mengelak ianya menimbulkan masalah.

Dan barang kali molek juga kalau soal pelantikan CEO di syarikat konglomerat kerajaan dan GLC dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden (MP) agar ia mendapat pandangan adil dan saksama dan tidak menampakkan sesuatu jawatan itu diserahkan sepenuhnya kepada Menteri bertanggungjawab seorang sahaja.

Keputusan ramai itu lebih baik daripada keputusan oleh seorang.

Sumber

Tuesday, 17 September 2019

Boleh percaya ke Umno Pas ni?

Baru baru ini umno dan pas membuat piagam untuk bekerjasama atas nama penyatuan ummah. Ia adalah satu manifesto yang amat baik diwaktu umat melayu sedang berpecah belah.

Dari segi sejarah kedua dua parti ini bukanlah mempunyai rekod yang baik dalam penyatuan. Mereka sudah biasa saling jatuh menjatuhkan berdekad dekad lamanya.

Penyatuan mereka boleh diklafikasikan sebagai retorik politik semata mata. Ini adalah kerana manifesto itu adalah penyelesaian terbaik buat kedua parti tersebut untuk meneruskan survival politik mereka.

Masing masing sudah tidak mempunyai rakan parti yang kuat bersama mereka maka penyatuan adalah satu penyelesaian terakhir.

Dan yang lebih terkesannya hasil dari penyatuan ini ialah kerana pakatan harapan dilihat gagal menjaga kebajikan rakyat malah dilihat tidak mesra kepada kehendak orang melayu dan agama Islam.

Rata rata orang melayu menyambut baik gagasan tersebut bagi melepaskan geram kepada pakatan harapan yang semakin hari dilihat semakin melampau dalam tindak tanduk mereka terhadap orang melayu dan agama islam.

Seperti mana yang pernah diperkatakan oleh orang alim, manifesto tersebut adalah parkataan yang haq tapi dengan tujuan yang bathil.

Namun begitu orang melayu sudah tidak punya pilihan. Bagi mereka lebih baik menyokong sesama melayu yang mempunyai rekod buruk daripada menyokong pakatan harapan yang dilihat sedang memijak mijak umat melayu dan agama Islam.

Pilihanraya akan datang adalah pilihanraya yang paling kronik.

Pola pemilihan terpecah pecah.

Bukan sahaja berlaku dua pihak yang berbalah tetapi yang lebih memeningkan ialah pengundi mahu berpihak kepada siapa.

Pengundi bukan melayu agak lebih terarah sokongan mereka. Tetapi pengundi melayu agak bercampur campur halatuju mereka.

Pengundi melayu terbahagi kepada terlalu banyak kumpulan.

1. Pro melayu
2. Pro Islam
3. Pro liberal
4. Pro Syiah
5. Pro cari makan

Monday, 16 September 2019

Azmin PM ke 8???

Ura ura Azmin bakal berpindah ke Parti Bersatu kembali bertiup kencang. Ia ditiup oleh pihak yang berada didalam PKR sendiri.

Ada 2 kemungkinan di sini...
1. Cara halus untuk menghalau Azmin keluar dari parti Pkr
2. Sebagai satu bentuk tekanan untuk menghalang Tun menerima Azmin

Melihat kepada suara suara segelintir penyokong parti bersatu mereka seolah olah menerima dengan hati yang terbuka sekiranya Azmin mahu berhijarah ke parti mereka.

Cuma saja, ada sedikit persoalan, apakah jawatan yang bakal diberi kepada azmin didalam parti kerana Bersatu bakal mengadakan pemilihan parti pada tahun hadapan yakni tarikh dimana Tun dikatakan akan menyerahkan tampuk kekuasaan kepada Anwar.

Ada yang mengatakan Azmin bakal digandingkan bersama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada juga yang mengatakan Azmin akan terus melangkau menjadi Perdana Menteri.

Macam macam boleh berlaku... Kita nantikan adegan seterusnya... Seperti biasa, Tun tidak pernah sunyi daripada mempersembahkan adegan dramatik....

Melihat kepada senario politik terkini, hampir pasti Azmin dan orang orangnya tidak akan mendapat tempat sebagai calon pada pru 15 sekiranya mereka masih berada didalam Parti Pkr.

Dan sekiranya Anwar menjadi PM sebelum pilihanraya diadakan maka cengkaman Anwar akan menjadi lebih kuat didalam parti dan Azmin akan terus diketepikan didalam penyusunan semula ahli kabinet yang baru.

Penyokong kuat Anwar nampaknya mahu Azmin terus dibenam dari arena politik namun usaha mereka dikekang oleh Tun yang dilihat seperti mahu menyelamatkan Azmin.

Menyelamatkan Azmin adalah petanda kepada kejatuhan Anwar.

Gegaran didalam Putrajaya semakin terasa...

Ada juga pihak di sebelah parti pembangkang telah memberi satu solusi kepada parti kerajaan cara bagaimana untuk selesaikan kemelut rebutan kuasa tersebut.

Mereka mencadangkan agar Tun membubarkan Parlimen dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapakah Perdana Menteri yang dikehendaki oleh rakyat.

Menurut mereka sekiranya rakyat mahukan Anwar menjadi perdana menteri maka Pakatan Harapan sudah pasti akan memenangi pilihanraya tersebut.

Parti pembangkang pula seolah olah sudah bersiap sedia untuk menjadikan Zahid Hamidi sebagai bakal perdana menteri ke 8.

Dan seandainya Zahid tersangkut dengan kes Mahkamah maka Tok Mat bakal dimahkotakan sebagai Perdana Menteri dan seterusnya menjadi perdana menteri pertama daripada Negeri Sembilan.

Itupun dengan syarat umno mampu merampas kembali putrajaya.

Cerita sekiranya Tun melepaskan jawatan
Disebelah Bersatu ada yang mahukan Mukhriz menjadi perdana menteri.

Disebelah Pkr mahukan Anwar dinobatkan sebagai perdana menteri sebagaimana yang telah dijanjikan.

Rata rata ketua ketua parti kerajaan menyokong kuat untuk Anwar menjadi PM. Disitu nampak bersatu bersendirian dalam mengangkat mukhriz sebagai calon PM.

Ada yang mengatakan sebaik saja Tun bukan lagi perdana menteri maka parti bersatu akan dicantas sedikit demi sedikit oleh parti parti komponen didalam pakatan harapan.

Malah seandainya Azmin berada didalam bersatu sekalipun mereka tidak akan memberi kerusi yang banyak kepada bersatu.

Ura ura ada mengatakan sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri pecah sempadan akan dilakukan secara besar besaran dimana bandar bandar besar akan dipecahkan kepada 3 bagi setiap parlimen.

Ini akan membuatkan umno dan pas sampai kiamat tidak akan dapat merampas putrajaya.

Baik umno mahupun Pas nampaknya terpaksa berdoa lebih panjang agar Tun membubarkan parlimen sebelum anwar menjadi perdana menteri.

Pakatan Harapan Sudah Tidak Boleh Diharap

Saya agak merasa hairan dengan menteri pendidikan kita ini. Tidakkah beliau pernah terfikir bahawa sistem pendidikan kita sebenarnya telah gagal untuk membina saksiah serta pemahaman ketatanegaraan?

Kerap berlaku anak anak muda yang dilihat semakin berani menghina raja, menghina agama sendiri dan perbagai lagi salah faham antara kaum dan agama yang berpunca dari kegagalan sistem pendidikan di dalam negara kita.

Sewajarnya menteri perlu mempunyai satu idea bagaimana untuk menerapkan satu sistem yang mampu menyatukan rakyat.

Tapi nampaknya menteri lebih terkesima untuk membuat orang lain sakit hati dan akhirnya menimbulkan pergaduhan sesama rakyat.

Sakit hati sediada pun sudah cukup untuk membuat rakyat bergaduh maka jangan ditambah penyakit yang lain...

Yang hairannya apabila berlaku lambakan pendatang asing yang mempunyai IC secara haram tiba tiba semua menteri melayu senyap sunyi seolah olah mereka sedang menyembunyikan diri takut dituduh bersubahat...

Sebagai insan melayu yang beragama Islam sebenarnya saya terasa agak sebak juga melihat umno dan pas boleh bersama...
Satu jangkamasa yang agak lama untuk melihat mereka berdamai.

Saya tidak mahu meramalkan apakah pengakhirannya. Cukup bagi saya melihat mereka mampu untuk bersama.

Saya merasakan mereka kini sudah mula matang dan baru menjadi dewasa. Mereka bukan lagi kanak kanak yang asyik bertengkar tak tentu pasal seperti dulu.

Syabas saya ucapkan kepada mereka... 

Setidak tidaknya orang melayu masih boleh disatukan walaupun berpuluh tahun bergaduh...

Sekiranya kita bergantung kepada Tun maka kita akan kecewa akhirnya tetapi sekiranya kita bergantung kepada Allah maka Allah lah yang boleh menyelamatkan kita...

Kepada Allah kita berserah dan kepada bangsa ini pula perlu berusaha untuk bersatu...

Kita jangan berasa letih untuk berbuat kebaikan kerana syaitan tak pernah letih berbuat kejahatan...

Perpaduan adalah satu kebaikan...

Samada berjaya atau tidak serahkan sahaja kepada Allah swt. Sebagai rakyat kami memerhatikan gerak geri anda. Sekiranya kami dapati anda benar benar telah insaf dan berubah maka next pru undian kami menjadi kepunyaan anda...

Kami pernah memberi peluang kepada anda suatu masa dahulu tetapi anda khianati, kami juga telah memberi peluang juga kepada pakatan harapan, juga kami dikhianati maka tidak salah kami bertukar semula undian kami kepada anda...

Kami sentiasa berlapang dada dan memberi peluang kepada mana mana parti yang berjuang untuk agama dan bangsanya...

Menteri senyap saja isu Mykad

PEMBABITAN orang dalam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan MyKad tulen yang dijual kepada warga asing dikeluarkan dalam tempoh kurang 48 jam.

Sumber memberitahu bahawa pembabitan pegawai kanan di JPN Pulau Pinang itu memudahkan sindiket memproses MyKad berkenaan yang dijual RM50,000 hingga RM100,000 setiap satu.

“Harga lebih mahal antara RM300,000 dan RM600,000 turut dikenakan sindiket kepada warga asing yang mahukan MyKad tulen tanpa menggunakan butiran peribadi milik warga tempatan.

“Berdasarkan siasatan awal, ada beberapa jenis MyKad yang dijual sindiket kepada warga asing. Pertama, MyKad menggunakan butiran warga Malaysia yang sudah meninggal ataupun tinggal di kawasan luar bandar. Ini dijual sehingga RM100,000 setiap satu.

“Kedua, MyKad tulen yang tidak menggunakan butiran peribadi warga tempatan. Sebaliknya, hanya menggunakan butiran peribadi, alamat dan lain-lain butiran yang direka atau dicipta. 

Identiti palsu atau baharu diwujudkan kononnya dia (warga asing) adalah rakyat tempatan bersama sijil kelahiran. Harganya antara RM300,000 hingga RM600,000,” katanya.

Katanya, setiap urusan dilakukan secara tunai manakala warga asing yang mahu mendapatkan MyKad itu hanya berurusan dengan ejen.

“Ejen inilah akan kumpulkan semua data, butiran peribadi dan diserahkan kepada pegawai kanan di JPN untuk proses seterusnya,” katanya.

Menjelas lanjut, sumber itu berkata, kebanyakan pemohon MyKad dan sijil kelahiran sah itu adalah warga asing yang berkahwin dengan warga tempatan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang warga China yang gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan ketika temu duga dijalankan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran.

Wanita terbabit dilapor ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk membuat pasport selepas ‘membeli’ MyKad Malaysia dari sindiket berkenaan.

Susulan pendedahan oleh Harian Metro itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seramai 20 individu termasuk pegawai JPN ditahan dan masih memburu saki-baki sindiket itu.

Huzir juga berkata, terdapat lapan lagi Mykad palsu yang kini dimiliki warga asing masih dikesan pihaknya.

Lelaki bergelar Datuk, pegawai kerajaan, anak dan bapa mentua antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.

Semua mereka yang berusia antara 34 hingga 66 tahun berkenaan didakwa berasingan mengikut Seksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Salha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid, tiada pengakuan direkodkan dan tiada jaminan dibenarkan terhadap semua tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pertama yang juga Penolong Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN negeri, Mohd Faizul Arifin, 34, berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua pertuduhan mengikut Seksyen 26E ATIPSOM, empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Mohd Faizul didakwa melakukan kesalahan itu antara September 2018 hingga Februari tahun ini di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.

Bapa kepada dua anak itu mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan, manakala tiada pengakuan direkodkan bagi pertuduhan mengikut ATIPSOM.

Sementara itu, empat tertuduh, Datuk Lai Chin Wah, 56, Loh Chan Cheong, 34, dan Yap Cheng Wah, 43, masing-masing berdepan dua pertuduhan, manakala Chien Guan Chai, 36, dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Mohd Faizul memalsukan sijil kelahiran dan bagi tujuan pengeluaran MyKad sah.

Selain itu, semua lima tertuduh berkenaan juga berdepan dua pertuduhan menjual sijil kelahiran dan MyKad mengikut Seksyen 26E ATIPSOM.

Tertuduh keenam, Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 26E ATIPSOM kerana menjual sijil kelahiran dan MyKad.

Berdasarkan pertuduhan, semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Georgetown, manakala kesalahan bersubahat dalam pemalsuan didakwa dilakukan di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang di sini antara Januari hingga Februari 2019.
Tertuduh keenam, Mohd Faizal adalah bapa mentua kepada Loh yang juga tertuduh ketiga kes ini.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan selain tiada pengakuan direkodkan untuk pertuduhan mengikut ATIPSOM.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan manakala Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftran Negara 1990 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 18 September ini.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...