Skip to main content

Nak bagi tau skit kat orang dalam gambar tu

Nak bagi tau kat dia ni... Musuh melayu ni ramai... Sebenarnya kita dah dikelilingi oleh musuh termasuk lah dap dan orang yang dia katakan tu...

Skang ni kita nak buat musuh musuh kita ni bercakaran sesama sendiri.

Kalau dorang tak bercakar teruk kita nanti kena lanyak kalau dorang combine...

So nak bagi dorang jangan combine kita kena join dengan musuh yang faham cakap melayu...

Setidak tidaknya kita tahu dorang perlukan kita juga lambat laun nanti...

Comments

  1. Apa ni budeen, mungkin sama macam atok tua nyanyuk tu, sengaja buat pekak badak tentang apa yg dapig pernah kata kat atok dulu! Lksial dan dapig pernah kata atok adalah bapak klepektokrasi dgn mengarang beberapa buku bagi membuktikannya. Dari buku mengenai skandal BMF hinggalah ke skandal Forex. Dapig juga berjanji akan mengheret atok ke mahkamah dan dipenjarakan. Mungkin boleh tambah pertuduhan kemanakah duit pinjaman samurai dan hasil jualan harta khazanah, tbg haji serta duit yg dijarah dari petronas semasa jadi pm7??... Sebab kata Menteri Kew baru, malaysia mempunyai dana sejumlah RM2 trilion termasuk yg dikumpul masa pm6....jadi tak perlu meminjam dan jual aset....oleh itu kemanakah lesapnya dan siapakah yg menyamunnya?? Mungkin inilah yg budeen maksudkan sebagai penyamun itu....
    Untuk makluman budeen juga, atoklah yg pernah kata dapig rasis dan anti Islam/melayu.....nampaknya sama dgn sorang lantikan ketua jabatan, yg hanya nampak duit derma arab kpd pm6, terus diputar belit kata duit 1mdb sedangkan duit derma yahudi laknat kpd dapig didiamkan saja.

    ReplyDelete
  2. Parodi Idul fitri Bossku

    Pegawai Atok dan Kit Siang tak cerita betul betul ni.

    Macam ini cerita sebenarnya.... Apa apa Selamat Hari Raya.

    Kisahnya PH sewa rumah untuk 5 tahun. Penyewa acah acah power nak sewa rumah walau duit sewa ciput. Maklumlah tak cukup korum bila buat keputusan sewa bangunan kena toleh ke belakang samada tokong setuju atau tidak.

    Nak ubah kabinet dapur dan mangkok ayon pun kena tengok tokong on ke tak on tapi atok tetap nak acah acah power pada suma penghuni rumah...!!

    Tinggal satu keluarga besar BERSATU duduk bilik store, PKR bilik study room (sbb dolu waktu malam sllu buat kerja dengan Sukma dlm bilik study), PAN bilik utility dan DAP master bed room, tinggal mereka dan PH kotorkan rumah.

    Sofa ditanggal, lantai tak cuci. Kipas siling tercabut sampai robek bumbung, pingan mangkok berterabur, berak merata , kencing tembak dinding saja

    Siling pun bocor...

    Seluruh rumah bau hancing kencing merata, ada tak cebok main sental ajer. Tisu sental merata rata...Kencing lam pasu, kat laman, kat pokok bunga, kat lantai, kat beranda, kat tilam, pingan mangkok, kat baju , kat badan ketua rumah selamber depa kencing merata rata

    Bila tak cuci, berpusu-pusulah cencorot, tikus, musang, biawak malah cipan pun datang bawak kuman dan virus Covit19 import dari tetamu dari negara China berbondong bondong singgah

    Barang-barang yang ada dalam rumah pun dijual macam harta sendiri.

    Bukan tu jek, bil air bil api semua tak berbayar.

    Tambah hutang.

    Siang malam bergaduh buli sana buli sini buat kecoh dalam rumah. Mulanya jiran buat tatau atau tak ingat apa apa yg berlaku.

    Jiran-jiran akhirnya pun fed up bunyi bingit, maki hamun setiap hari tanya bila mereka walaun unta ni semua nak pindah keluar laahh

    Selepas 22 bulan, ketua keluarga duduk dlm bilik store kata kepada tuan rumah dia dah tak tahan hari2 kena buli dan sabotaj serik dah nak duduk situ dah.

    Dia pun angkat kaki blah bawak anak dan gang blah dari bilik store depa

    Ketua keluarga keluar, ahli keluarga lain terpinga-pinga dan tuan rumah pun tendanglah mereka keluar.

    Tuan rumah keturunan raja berdaulat pun datang inspection rumah sangat kecewa rumah sewa macam rumah sampah lalu batalkan perjanjian sewa.

    Lalu buat interview cari penyewa baru. Kali ini sesapa yang nak sewa kena undi dolu sebab ramai nak sewa rumah tu..

    Setelah seminggu puas mencari, penyewa baru pindah masuk rumah dan mula basuh dan baiki rumah yang tunggang langgang dek penyewa lama siap dua kali dijalankan proses penyahkuman Covit19.

    Bila dah kena tendang keluar, barulah PH nak kata menyesal, berkokok siang dan malam.

    Itu lah atok selama ini nampak garang, tak takut sesiapa, nnpk hebat bertaring rupa rupa nya atok cuma acah acah power saja, acah power sana, acah power sini, sanun ke baroh ke hulu hilir suma nya atok 'acah acah power'

    Sekali Tokong DAP jeling atok u turn balik. Atok nak sabotaj semua usul di parlimen nanti nak tanya 'Bring It On Atok' jangan 'acah acah power' kali ini.. just bring it on.. !!

    Tiap-tiap hari duduk luar pagar rumah, tekan loceng beratus kalu, ketuk pintu dan merayu masuk balik ke rumah.

    Tak ke cipan nama nya tu..!!

    ReplyDelete
  3. Gelaran dah level tinggi tu
    Bukan senang nak dapat title tu
    Tp pemikiran pulak hadui...
    Susah nak cakap...

    ReplyDelete
  4. LAFAZ TAKBIR RAYA BESERTA MAKSUD
    اللهُ أَكْبَرُ
    Allahu akbar
    Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ
    Allahu akbar
    Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ
    Allahu akbar
    Allah Maha Besar
    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
    Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
    Allaahu akbar walillaahil hamd’
    Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
    ********* 3 kali ********
    اللهُ أَكْبَرُ
    Allahu akbar
    Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ
    Allahu akbar
    Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ
    Allahu akbar
    Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
    Allahu akbar kabiiraa
    Allah Maha Besar sebesar-besarnya
    وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا
    Walhamdulillaahi katsiiraa
    Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
    وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
    Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
    Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
    Laa ilaaha illallallahu
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah
    وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
    walaa na’budu illaa iyyaahu
    kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
    مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ
    mukhlishiina lahuddiin
    dengan ikhlas untuk agama (Islam)
    وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
    Walau karihal kaafiruun
    walaupun dibenci oleh golongan kafir
    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
    Laa ilaaha illallallahu wahdah
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah yan
    صَدَقَ وَعْدَهُ
    sadaqa wa’dah
    yang benar janji-Nya
    وَنَصَرَ عَبْدَهُ
    wanashara ‘abdah
    dan yang menolong hamba-Nya
    وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
    wa a’azza jundahu
    dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
    وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
    wahazamal ahzaaba wahdah
    dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

    لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
    Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
    اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
    Allaahu akbar walillaahil hamd’
    Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

    ReplyDelete
  5. 1. Daim dakwa sekarang undang-undang kini tak sama antara miskin, kaya.

    Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata keadaan sosiopolitik negara yang stabil, polisi yang jelas, kepimpinan yang teguh dan dihormati, serta kedaulatan undang-undang merupakan empat ciri asas yang perlu untuk menarik pelabur.

    Daim bagaimanapun memberi amaran para pelabur ini akan pergi ke tempat lain jika kerajaan kelam kabut, penuh dengan polisi U-Turn dan tidak terurus.

    Berapa banyak pula PH u turn dengan janji manifesto PRU14. Si budak Daim mudah lupa rupanya.

    Undang-undang juga nampak berbeza antara mereka yang miskin dan kaya.

    “Kalau curi sepaket Milo, kena masuk penjara. Tetapi jika curi berbilion ringgit, boleh lepas bebas ke mana saja.”

    2. Mari kita nilai semula undang undang oramg kaya dan miskin 22 tahun dolu dolu.

    Budak Daim ini kena ingat, kau buat flashback 22 tahun dolu. Kalau tak ingat sebab melayu mudah lupa kat bawah ini kita senarai hukum karma orang kaya dan miskin 22 tahun dolu.

    Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii.

    Mahathir tetap seorang maksum dengan tagline #bukansalahsaya. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah.

    Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi.

    Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll.

    Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti.

    Rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016.

    Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain).

    Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi.

    Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang zaman Mahathir menguntungkan kroni. Ingat itu bukan salah Mahathir yer..!?

    Wahai diam diam Daim, kau ingat ini bukan soal curi sepeket tin milo hukuman dapat hukum betbeza. Ini mencuri dan memeras duit rakyat bila menang judi FOREX duit untung sapa rembat, bila rugi duit rakyat diguna untuk bailout dam rakyat diminta ikat perut anak cucu ikat dengan projek berbillion.

    ReplyDelete
  6. Melayu terlalu asik di ajak melihat kebelakang sehingga parah benjol terlaggar tiang kat depan.
    Lihat kehadapan
    Demi Melayu Dan Islam
    Siasatlah
    Contoh
    Apa yang dap dah jual
    Berapa nilai jualan
    Siapa beli
    Mana Wang tu pergi
    Dan lain lain
    Ini perlu siasatan segera, dakwa, bekukan akaun atau sebagainya, termasuk lah orang yang ada bau dap atau pihak yang bersekongkol sama.Tindakan macam hari tu.



    ReplyDelete
  7. Is it really hard to see the lies that comes out from the horse's mouth?

    ie. Kalau saya nak curi pun tak kan saya nak bawa masuk dalam negara dan kedalam akaun sendiri...macam gitu ler bunyi nya. Kemudian lobang pecah duit ada masuk samapai tukang goreng dan dan tukang pusing keluar damage-control...nombor akaun pun tersilap lah dan apa apa lah cerita yang boleh dikorek kembali...TERBUKTI BENAR duit ada masuk!@#@!????

    Antara lain dia kata tidak kenal Jho Lo dan budak gemuk tuh tidak ada kena apa apa dengan 1MDB....dah TERBUKTI dia kenal Jho Lo malah direct cable sampai bertandang kat Langgak Dua lagi siap makan nasi lemak bak kata Sharol.....fitnah apa ke benda yang Najib kena kalau tipu putar tak kira bulan puasa ke apa jalan terus...sila korek kembali sejak bermula kisah konon fitnah 1MDB nih....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat