Thursday, 28 May 2020

PH Bakal Merampas Kuasa?

Hamdan Taha

Semalam bekas Menteri Wilayah dan pakar strateji parti Amanah iaitu Yb Khalid Samad buat kenyataan bahawa PH telah cukup jumlah MP dan bersedia membentuk kerajaan PH semula dengan Calun PM yang telah di tetapkan dan terpulang kepada Dato Seri Anwar untuk menerimanya......

Begitu juga tulisan sahabat sekampung saya sdr shahbudin hussin juga menulis ayat yang sama iaitu PH telah cukup jumlah MP untuk membentuk kerajaan PH semula....malah shabudin lebih berani menyebut PH dah ada 128...

Persoalannya....

Siapakah bakal PM dari PH itu tidak sukar untuk kita tau dan faham siapakah orang itu. Sudah tentu hanya ada dua nama sahaja. Tun Dr M atau pun Dato Seri Anwar Ibrahim dan mustahil selain dari dua nama ini. Dari dua nama itu sudah tentu nama Tun Dr M yang akan di angkat kerana dia tidak mungkin pula membenarkan Dato Seri Anwar pulak menjadi PM kerana jika dia bersetuju AI jadi PM dari tahun 98 lagi kemelut politik malaysia tidak akan menjadi ribut dan carca marba seperti sekarang .....semuanya kerana Tun Dr M tak mahu AI jadi PM....

Tetapi siapakah Khalid Samad yang begitu berani dan lantang membuat kenyataan begitu. Selama 21 bulan PH memerintah Khalid Samad ini hanya jadi bahan lawak dan Menteri yang kerap membuat kenyataan salah dan maklumat yang kerap salah dan tidak tepat. Kenapa perlu Khalid Samad yang buat pengumuman siapakah dia di dalam PH...apabila Khalid yang buat kenyataan tidak ada pihak yang ambil serius sangat kerana orang anggap ini masih lawak jenaka....

Jika betul PH dah ada cukup jumlah MP yang menyokong mereka Khalid samad....dan PH tidak dapat membantu apa apa pun dan di kalangan pimpinan Dap...PKR dan Amanah tidak ada seorang pun yang mampu menambah jumlah MP untuk menyokong mereka. Dato Seri Anwar pun tidak cukup mampu untuk mencari tambahan undi dari MP yang ada selain PH....

Siapakah yang mampu buat jika betul ada MP yang sudah bertambah dari jumlah 109 dari jumlah yang ada. Ada dua orang sahaja yang mampu buat kerja kerja tambahan ini jika dia terlibat dan campur tangan. Orang itu ialah Tun Daim Zainuddin dan pasukannya sahaja yang boleh bekerja ke arah itu jika benar dia bergerak untuk menjadikan Tun M sebagai PM kembali....itu pun kerana bukan sebab kasih sayangnya kepada Tun Dr M tetapi kerana ada pihak dari PN telah mendesak supaya SPRM siasat Tun Daim....sudah pasti dia marah dan geram...

Tambahan pula hubungan Tun Daim dengan Tan Sri Muhyudin tidak begitu mesra. Semasa kerajaan PH terbentuk Tan sri muhyuddin tidak di angkat menjadi Menteri Kewangan timbul perbalahan antara Tan sri muhyuddin dan Tun Daim juga Tun Dr M dan ini bukan satu rahsia lagi....ianya telah di dedahkan oleh pimpinan Bersatu dalam berapa siri tulisan....Tan Sri Muhyuddin merajuk dan ugut untuk letak jawatan sebagai menteri dalam negeri ketika itu sebab terasa jawatan itu terlalu kecil untuk beliau. Tun Daim Lah tempat luahan rasa amarah ketika itu....

Persoalannya sekarang jika PH dan Tun Dr M telah cukup jumlah MP pun kemana arah yang mereka nak bawa. Sidang parlimen ada dua bulan lagi iaitu Julai. Apakah PH akan menukar kerajaan dengan membuat undi tidak percaya di parlimen. Jika PH menang sekali pun ketika itu Tan Sri Muhyuddin masih lagi PM dan beliau masih boleh memberikan nasihat juga pandangan kepada DYMMDPA supaya Parlimen di bubarkan. Apakah PH yakin boleh menang PRU ke 15....dalam keadaan sekarang ini....apakah Khalid Samad telah buat kajian mendalam bahawa mereka boleh menang lagi sekali dalam keadaan rekod 21 bulan PH memerintah yang tidak begitu popular di kalangan rakyat....

Apa pun buat masa ini pandangan peribadi saya...jika melibatkan Tun Dr M rakyat melayu nampak kurang berselera tidak seperti sebelum pru 14....bukan orang melayu saya yakin mereka boleh bersama PH lagi....itu pun kajian perlu di buat secara detail juga...

Kita lihat kejatuhan kedah Mukriz sebagai MB nampak rakyat kedah boleh terima dengan baik. Tidak seperti kejatuhan kali pertama Mukriz semasa di zaman BN ada rakyat kedah bangkit dan menyatakan ketidak puas hatian mereka kejatuhan Mukriz....sehingga pru mereka menang dan pas juga menang. Umno kalah teruk....kali ni jatuhnya mukriz tidak memberi impact yang kuat pada politik PH...

Bukan saja Mukriz tetapi kejatuhan Tun Dr M sebagai PM juga tidak di iringi air mata...dan kesedihan oleh mana mana pihak...kecuali LGE dan Mujahid juga Khalid samad sahaja....malah ramai yang lega dan sedekah pisang ke masjid bila tun dr m letak jawatan

Saya ketepikan soal AI di sini kerana kejatuhan PH ramai orang PKR dan penyokong AI marah kepada Tun dr M sehingga sekarang...mereka tidak percaya kepada Tun Dr M lagi.....dan kebencian mereka di zahirkan dengan jelas....

Pokoknya jika Tun Dr M juga calun PM dari PH di manakah tempat Dato seri Anwar Ibrahim.....tak kan nak di sebut Bakal Penganti PM lagi....nanti akan jadi bahan ketawa...bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.....

Jadi tulisan saya ini sekadar hairan kenapa Khalid Samad terlalu kedepan dan ghairah buat kenyataan yang tidak pun untung kepada mereka....

PH dan Khalid juga jangan lah menolak bahawa Tan sri muhyuddin sekarang ini.adalah PM malaysia dan ada kelebihan yang banyak untuk beliau gunakan bagi mengekalkan kekuasaan. Dalam banyak ahli politik dua orang sahaja di Malaysia ini berjaya Memperbodohkan Tun dr m sehingga Tun Dr M tak boleh mati dalam.keadaan tenang....

1. Pak Lah BBadawi
2. Tan Sri Muhyuddin Yassin...

Dua tokoh ini lah yang mampu membangkitkan kemarahan melampau tun dr m.....setakat ini dato seri anwar dan najib berjaya di.sekat oleh tun dr m....tapi tidak dua tokoh di atas.....dua dua tokoh itu masa di bawah ketiak tun dr m sentiasa yes sir....dan tak tunjuk mereka itu bijak...sentiasa nampak mereka bodoh dan tak cerdik..

Tapi....dua dua tokoh itu lah berjaya tumbangkan tun dr m dalam keadaan tak sedar...

2 comments:

  1. Siapakah khaleed Semak?

    Barua DAP-PH budak suruhan yg lebih selesa menjatuhkan bangsa Melayu daripada membela bangsa Melayu. Sebab tu DAP sayang sangat kat barua2 mcm ni.

    Alhamdulillah cubaan nak jual murah Kampung Baru dapat disekat sebelum si khaleed ni dpt menjalankan tugas TUAN DAP.

    ReplyDelete
  2. Abg dah bole check Khalid Semak tu bang, pasal dah jadi kerajaan Jgn cakap je bang air liur tu Xde Nilai Kalau Xde Fakta

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...