Wednesday, 6 May 2020

#BREAKING NEWS: KITA HAMPIRI KEMENANGAN DI LAUT CHINA SELATAN



1. Alhamdulillah! Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia.  Meski pun diganggu hebat oleh kapal-kapal China, kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bulan Petronas menjalankan kerja eksplorasi di sana.

2. Sejak Disember 2019 lalu, Petronas melalui kapal West Capella telah menjalankan kerja eksplorasi di dua lapangan minyak dan gas iaitu Arapaima-1 di blok ND1 dan Lala-1 di blok ND2. Kronologi ini dicatat rapi oleh portal Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI).   

3. Kemenangan pertama kita terhasil pada Mac lalu selepas kita berjaya menyelesaikan kerja eksplorasi di Arapaima-1.  Perlu diingat, ketika itu China mengirim kapal raksasa (Monster) sebesar 4,000-tan iaitu Zhaoduan-class 5305 dan juga kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203 untuk menghancurkan usaha kita.

4. Tentera kita telah bertindak balas dengan luar biasa apabila mengerahkan KD Jebat sebesar 2,270-tan yang berjaya menghimpit kapal China ke sudut sukar pada Januari 2020.

5. KD Jebat telah dibantu oleh KD Kelantan serta kapal 45 meter milik Maritim Malaysia iaitu KM Bagan Datuk.

6. Akibat kegagalan mereka untuk memusnahkan usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1, China telah menjadi berang dan menghantar kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) serta meningkatkan gangguan ke atas kapal-kapal kita di blok Lala-1 pula melalui Haiyang Dizhi 8 dan juga kapal pengawal pantai CCG 1105 dan 4203.

7. Tidak hairanlah apabila dengan segera, Amerika Syarikat telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 ke wilayah kita - malah Kapal Frigat Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta turut serta.

8. Hari ini, data menunjukkan kapal TLDM KA Bunga Mas Lima terus memberi sokongan melindungi kapal West Capella yang dikontrak oleh Petronas, meski pun terus diasak hebat oleh gangguan kapal China.

9. Kita kini semakin hampir dengan kemenangan. Sebaik sahaja eksplorasi Petronas di blok Lala-1 selesai seperti mana yang dijadualkan dalam bulan Mei 2020 ini juga, sejarah akan tercipta bahawa sesungguhnya kita telah berjaya mempertahankan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan meski pun cuba diganggu dan dimusnahkan oleh kuasa besar!

Sama-sama kita doakan semoga Allah terus perkasakan dan peliharakan para perwira kita yang tidak gentar mempertahakan kedaulatan dan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan ini: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas.

Kalian wira negara, Semoga Allah peliharakan kalian semua!

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

#KedaulatanNegara
#TanahTumpahDarahku

2 comments:

  1. Anwar meletakkan dua syarat penting sekiranya Bersatu ingin kembali ke pangkuan PH,

    Yang pertama, keputusan Bersatu mestilah keputusan sebulat suara dari satu parti iaitu Bersatu.

    Agak agak ucapan boboi tu Anwar terima lah kannn dan Bang Non dari awal lagi dah bagi signal no more lidah bercabang kali ini... makin terdesak atok kali ini... ilmu kelentong penipu fitnah lidah bercabang dah abis suma dah digunakan atok.. kikikiki

    Ertinya, tiada kelompok Tun M mahu bersama PH, manakala kelompok Muhyidin masih setia dengan pengkhianatan. Makna kata Bang Non mahu satu suara ajer suara atok atau suara jidin...

    makin berserabut atok makin kelu lidah bercabang nak main game... kikikiki

    Keputusan mestilah dari Bersatu bukannya kelompok.

    Bang Non siang2 lagi dah cakap nak suara atok atau jidin.. ilmu fitnah lidah bercabang dah abis dikeluarkan... kikikikiki..

    Yang Kedua, Bersatu mesti terima prinsip dan dasar perjuangan PH terutamanya di dalam merealisasikan reform dan menentang rasuah di dalam negara ini. Selain itu, Bersatu diingatkan agar tidak lagi mengulangi kesilapan besar yang telah mereka lakukan sehingga tumbangnya sebuah kerajaan mandat rakyat....

    Bang Non bagi paku buah palo dia sekali gus... Susah atok nak main game lepas ni selepas tertebuk muko sendri.. harap Straits Times Singapork , WSJ, DOJ Media Soros rakyat dah tahu fitnah atok... atok makin kelemasan kali ini... hujung nyawa anakcucu makin kepanasan.. padan muko kau..!! kikiki

    Takkan Bang Non nak kena game sampai 3 kali melampau lah tuu.. kikikikiki

    ReplyDelete
  2. PoliTAIK lagi....org dok citer pasal Laut China Selatan dgn TLDM...

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...