Tindakan Tun mengusulkan undi tidak percaya kepada Muhyidin sebenarnya bukanlah mahu menjatuhkan Muhyidin tetapi sebaliknya satu signal berbentuk amaran buat umno, agar jangan terlalu mengugut PPBM.
Sebelum ini semasa PH menjadi kerajaan Tun telah diugut oleh PKR dan Dap untuk melepaskan jawatan kepada Anwar, dan hasilnya Tun buat magik dan kerajaan PH tumbang.
Nampaknya umno tidak mahu belajar dari situasi tersebut.
PPBM adalah satu parti rapuh, mereka perlu bernafas dengan dengan serba sedikit kuasa yang ada dengan cara menjadi penentu kepada 2 pihak yang bertelagah.
Mereka tidak mempunyai ramai penyokong seperti parti parti lain. Malah kemenangan mereka pada PRU lepas hanyalah sebagai penambah kerusi sahaja kepada pakatan harapan.
Satu strategi grand design perlu dibuat untuk membuatkan parti PPBM ini mampu bernafas walaupun agak menyesakkan sedikit.
Caranya ialah kekuatan parti perlu dibahagi dua. Satu ke pihak umno dan satu ke PH.
Sekiranya umno dilihat terlalu mendesak dan mengugut maka Tun akan memainkan peranannya disebelah sini pula.
Sekiranya ini berlaku umno dan pas akan kehilangan kuasa dan kali ini tiada lagi kepercayaan PPBM untuk bersama umno lagi hingga kiamat.
Dan pastinya sekiranya PH menjadi kerajaan semula umno akan dikuburkan buat selama lamanya.
Sebenarnya umno faham apakah kehendak Tun. Tun mahukan insuran akan nasib parti PPBM pada pru akan datang.
Selagi tiada satu ikatan diantara parti umno, pas dan PPBM tentang pengagihan kerusi pilihanraya maka selagi itu PPBM tidak berada di dalam situasi selamat.
Umno terlalu faham apa yang dihajati oleh Tun namun tidak mahu memberi talian hayat kepada PPBM.
PPBM hanyalah parti rapuh yang mengharap kepada kekuatan parti parti lain untuk memenangi pilihanraya.
Umno dilihat lebih rela menerima Muhyidin masuk ke dalam umno daripada memberi kekuatan kepada PPBM.
Berkongsi kerusi dengan PPBM hanya akan membuatkan umno menjadi semakin lemah pada pru akan datang.
Namun menerima kemasukan Muhyidin akan membuatkan team Azmin pula tercicir.
Politik malaysia dalam dilema...
Pi mampuih la depa...
ReplyDeleteTajuk besoo Laman Reformasi dan Blog Bodin Barua Bang Non... fuyoooo..!!
ReplyDelete"SETELAH TIADA LAGI PENGKHIANAT, ADU DOMBA, BODEK, GANDINGAN ANWAR DAN MAHATHIR PASTI LEBIH KUKUH"
Sebahgian dlm Boku Doc In The House...
Dr M tak mau Anwar Ibrahim menjadi PM. Jangan lupa kata-kata Dr M dalam buku A DOCTOR IN THE HOUSE:
“I MAY HAVE MADE MANY MISTAKES BUT REMOVING ANWAR WAS NOT ONE OF THEM.”
Mat Sabu kan dah kata dulu yang Dr M ni Bapak Pelingkup Negara. Gobind Singh Deo kata Mahathir No 1 Hantu di Malaysia.
Tapi mereka sokong Dr M untuk lawan Najib. Okaylah. Sekarang, selepas dah kena game dengan Dr M, depa masih tak faham-faham lagi, masih sokong Dr M lagi.
Sebab itu saya tanya, penyokong-penyokong PH ini makan taik kah apa?
Haahh topukkk...!!
Ini pula dari sumber Bossku bersama wartawan Reuters
Najib: PN dah dibincang berbulan-bulan - Laporan
Diterbitkan 6 Mar 2020, 5:04 am
Dikemaskini 6 Mar 2020, 5:08 am
Perbincangan mengenai pembentukan Perikatan Nasional telah dilakukan lebih awal, menurut bekas perdana menteri Najib Razak, lapor Reuters.
Najib dipetik Reuters pada Rabu berkata "perbincangan mengenai gabungan baru telah berlangsung selama berbulan-bulan."
Reuters turut melaporkan perancangan politik yang membawa kepada Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri telah bermula beberapa bulan dahulu dengan 'pengetahuan' beliau@atok kau orang faham tak..!! ) yang juga pengerusi Bersatu.
Rancangan itu menyasarkan untuk menyekat Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri, menurut sumber yang memberitahu Reuters.
Lu Fikir la Sindrii..Makan taik walaun PKR@PH..!!
Haahhh topukkkk...!!!
Tindakan keluar dari Pakatan Harapan dibuat gara gara Mahathir meletakkan jawatan (tanpa dipaksa olih sesiapa) sebagai Perdana Menteri yang mewakili Pakatan Harapan ketika itu.
ReplyDeleteKini Mahathir sudah mula meroyan macam orang gila.talak.
Mula mula dia letak jawatan lepas tu dia jaja sana sini tuduh Muhyiddin hijacked jawatan PM dari diri dia.
Alasan yang dijaja Mahathir, Muhyiddin tidak cukup sokongan majoriti dari Ahli Ahli Parlimen.
Itu lah ayat yang dizikirnya berulang ulang.
Kalau dizikirkan 'subhanaallah' , tenang juga hati rakyat mendengarnya. Ini tidak, balik balik tuduh 'orang tikam belakang.dia'.
Siapa tikam belakang?????
Allah SWT yang mencabut jawatan tu dari diri kau!!!
Masih tak puas hati lagi, buat pulak "undi tak percaya' terhadap Muhyiddin.
Apa punya kaulu hati "Mamak" Ni!!!
Kesian tengok Mahathir ni...
Jawatan hilang sekelip mata, salahkan orang lain...
Anwar Ibrahim yang kempunan jawatan PM atau satu saja lagi tangga kepersada jawatan PM pun tidak selancang mulut dan tindakanya nak buat 'undi tak percaya' terhadap Muhyiddin walaupun partinya mempunyai lebih kerusi Parlimen berbanding parti Mahathir.
Apa niat sebenar Mahathir ni?
Adakah dia tidak mahu anak jati Melayu dari negara ini menjadi Perdana Menteri?Atau dia takut kes Forex yang melibatkan diri nya yang telah di RCI diangkat semula untuk dimuktamadkan keputusanya??
Walauapapun buat rakyat semua bersedialah untuk mendengar satu berita sedih tak lama lagi.
Atok meroyan walau siksa sakarat menjemput pulang... hahhhh tepokkkk...!!!
MANA DAP?
ReplyDeletePertama, baharu sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, nampaknya tidak sabar-sabar pemimpin Pakatan Harapan (PH) mahu merebut kuasa. Malah mereka tidak menyoroknya. Mereka mahu memberitahu bahawa untuk kesekian kalinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hairannya, kali ini tiada pula pemimpin DAP di dalam gambar. Amanah pun entah ke mana. Bagi penganalisis politik, ia jelas menunjukkan `perang seterusnya’ ialah memenangi undi orang Melayu yang disedari PH tidak akan berjaya, jika mereka memaparkan wajah DAP.
Menurut penganalisis lagi, semasa pentadbiran PH selama 22 bulan, DAP telah berjaya menjarak-jurangkan orang Melayu daripada terus menyokong PH dengan segala keputusan dan perbuatan.
Persoalannya, apakah `sudah terlambat’ atau `masih sempat’ untuk Mahathir dan Anwar menyakinkan rakyat bahawa mereka berdua adalah sebaik-baik gandingan untuk menyingkirkan Muhyiddin sekarang ini?
Sejak itu, Mahathir terus-menerus enggan mengesahkan bila hendak melepaskan jawatan seperti dijanjikan, menyebabkan Anwar semakin membara, konco-konconya di dalam PH sama membara. Itu rakyat tahu. Pada zaman digital ini, benda-benda tak puas hati mana boleh disorok.
Atok rakyat bukan bodoh atok. Hari pertama tertebuk muka sendiri, atok mula pertikai jumlah undi yang Muhyuddin dapat, sekarang atok kata mungkin sekarang jumlah undi akan berubah sebab ada pemimpin atok yg kononya disogok dengan jawatan. Atok jangan jadi bodoh masa atok jadi PM berapa ramai pemimpin UMNO diugut dan disogok dengan jawatan untuk tinggalkan UMNO. Sekarang pemimpin yg diugut dan disogok belah atok atau Mahyuddin..!?
Ayok dah nyanyok, balik lah dari meratib berzikir 'asyik kena tikam belakang' elok bulan puasa ni atok meratib zikir 'subahanallah' banyak banyak.
Netizen sekarang dapat maklumat celah jari ajer bukan 22 tahun dulu suma berita darang dari celah kroni atok...
Sudah sudah la atok... mungkin ini ramadhan atok yang terakhir.. sudah sudah lah tu..!!