DILEMA MELAYU
SIRI 2173
TUN M, ANWAR
SIAPA TUNGGANG SIAPA?
(Yahaya Ismail)
Selepas langkah kiri jatuh tangga ditimpa tangga Tun M kembali mengasap keris tua berlok sembilan, tikam ke laut ikan terkangkang, tikam ke darat setahun padi tak menjadi. Selagi nadi berdenyut dia akan bersilat, berkuntau dalam gelanggang memburu tuah yang sudah hilang..
Barangkali Allah hendak menyedarkan Mahathir dalam usia 94 tahun sekarang, mata semakin kabur, tenaga semakin kurang, langkah silat agak sumbang.
Dia kembali berpaut harapan dengan Anwar, dua kali penghuni Sg Buloh, hampir Yusof Rawther hendak disentuh, sahabat karib Rumah Putih, Zionist berkuasa sahabat mayapadanya.
Kini Anwar kembali tunjuk keris tuanya lok tujuh berkarat.Kembali meraung, menyalak bakal PM dalam mimpi ngeri. Dia tahu tanpa sintuk limau Mahathir tuah tidak akan menghampiri menjadi bakal PM walaupun mempunyai 40 orang pecacai MP.
Kemenyan sudah dibakar, keris tua lok sembilan diasap, tapi MP setia laih berdiri. Bagaimana dia hendak kembali berkuasa? Terpaksa kembali membenam sengketa antara dia dengan Zionist lover. Siapa tunggang siapa?
Apakah rakyat yang siuman akan menerima peliwat tua sebagai bakal PM? Apakah muslihat Mahathir, hilang kuasa ditimpa bala, sanggup menyokong peliwat tua kembali? Apakah dia sudah lupa sumpah lama tidak mahu menanggung dosa menyokong peliwat jadi PM?
Mahathir mungkin lupa sebab terlalu tua hendak kembali berkuasa. Rakyat masih ingat mereka tidak mahu bala menimpa kalau puak Nabi Luth berkuasa. Mahathir jangan buat-buat lupa. Allah Ta'ala Maha Kuasa. Sokong peliwat bala menimpa rakyat dan negara, juga dia.
Inilah mainan politik Melayu. Tikam menikam, khianat mengkhianati, baling batu sembunyi tangan. Punahsihat iblis dengan puaka, mantra bomoh, sami Hindu dan Budha gila kuasa punya angkara. Rakyat jadi buah catur. Bagi BRIM mereka akur.
Rakyat mesti bangkit. Muntah dan muak menonton para pelakon tua berlakon sendiwara. Kalau mahu perubahan kuasa orang muda jadi pahlawan, PRU 15 ada pilihan.
Saya pun sudah penat nak ikut perkembangan politik negara kita
ReplyDeleteParodi anak cucu import
ReplyDeleteCucu import : Ehh kenapa atok termenung..!?
Atok : Atok rasa atok nak buat come back
Cucu import : Atok nak come back apa..!?
Atok : Atok ada buat mistake ari tu.. kalu tak mistake suma dah ok.. Tu pasal atok nak come back..
Cucu import : Atok buat mistake apa, atok..!?
Atok : Mistake sket sebab salah strategi itu pasai tak berapa nak mengena ari tu...
Cucu Import : Salah strategi apa tu atok.!? cerita lah sket atok.!!
Atok : Kaluu.. Bulan lepas strategi atok tak berapa menjadi, itu pasal atok tertebuk muka atok sendiri
Cucu import : Oohh..!! Pasal atok letak jawatan PM ari tu yeekk..!!
Atok : Yer cu.!! atok akan cuba buat come back nak jadi PM semola...!!
Cucu import : Atok nak kencing apa pulak kali ni..!?
Atok : Haahh..!??@$*+@#?!@@$!!£%π..!!
Cucu Import : kikikikiki..
siapa tunggang siapa ? kita sedang ditunggang langgang oleh makhluk bertopengkan islam..renung renung kan lah..jgn fikir semua yg berjubah mengheret tanah menyapu taik itu semua ulamak.. mereka itu ibarat tali barut zionis
ReplyDeleteSape terang2 penyokong negara zionist Israel? ;p
Delete