Saturday, 16 May 2020

Rakyat sedang memerhati performance Pakatan Nasional

Antara penyebab kejatuhan kerajaan Islam lampau adalah kerana pemimpinnya lalai dari ajaran Islam.

Mereka zalim kepada rakyat sendiri dan berlaku pemberontakan.

Apabila berlaku peperangan masing masing pihak meminta sokongan dari orang kafir untuk mengekalkan kuasa yang akhirnya orang kafir yang memerintah negara mereka.

Apa agaknya yang tak kena dengan orang melayu ini? Selagi boleh mereka akan terus berbalah dan mencari titik perbezaan...

Sehina hina bangsa yahudi sekalipun mereka mempunyai satu adab dimana tidak akan berperang pada hari sabtu, namun ini berbeza dengan orang melayu bertelagah tidak kira waktu walaupun di bulan romadan.

Sebenarnya tidak perlu risaukan penyokong pakatan harapan kerana mereka akan terus terusan menyerang kerajaan melayu ini sehingga akhir zaman.

Yang perlu dikhuatirkan ialah persefahaman diantara sesama komponen didalam Pakatan Nasional.

Allah telah memberi peluang buat kali kedua kepada orang melayu untuk memerintah secara total maka gunakanlah peluang ini sebaik baiknya.

Jangan terlalu taksub kepada parti melebihi tanggungjawab dan amanah kepada agama.

Sejak sebelum Pru lagi PH tak habis habis dengan isu najib.

Isu najib punya pasal sampai isu melayu dan agama di kesampingkan.

Orang kafir dok hentam agama islam, orang kafir mabuk dok langgar sampai mati orang islam tapi isu najib juga yang digembar gemburkan.

Dulu rakyat sudah bagi peluang kepada BN dan mereka kecewa...

Kemudian rakyat bagi peluang kepada PH dan mereka terus juga kecewa.

Dan kini rakyat mahu memberi peluang pula kepada PN...

Moga PN menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Sekiranya mereka perform maka next pru mereka boleh masuk putrajaya mengikut pintu depan...

4 comments:

  1. Aku tak pernah kecewa pun selama 60 tahun BN perintah. Aku org biasa-biasa, tak terlibat politik. Bagi aku, BN lebih baik drp PH atau PN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebenaran walaupun dicurah jutaan kepalsuan...ianya TETAP TERSERLAH!!
      Kerana apa...kerana kebenaran akan tetap MENGATASI kepalsuan.!!

      Delete
    2. Betul. Aku pun tak perah kecewa dengan BN dan tak pernah percaya dengan DAP.

      Delete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...