Sunday, 3 May 2020

Kita sudah tertipu sejak sebelum merdeka lagi

Dalam dua pru yang terakhir kita disajikan dengan satu pemikiran baru dalam membuat keputusan untuk memilih parti politik didalam pilihanraya.

Pemikiran kita telah di doktrin secara tidak langsung dengan beranggapan rakyat tidak punya banyak pilihan dalam memilih parti.

Kita diberi hanya dua pilihan sahaja....

Yakni dua duanya adalah syaitan tetapi pilihlah syaitan lebih baik dari syaitan yang satu lagi.

Maka samada kita pilih yang mana satupun ia tetap adalah syaitan kerana tugas syaitan bukanlah untuk menguatkan agama Islam...

Maka jangan hairan siapa pun yang menjadi kerajaan, agenda islam tetap bukan prioriti dalam agenda mereka.

Skrip sudah diberi kepada kita sejak awal lagi rupanya..

Semuanya ada didalam quran dan hadis akan apa yang terjadi di akhir zaman.

Bertahun tahun kita membuang masa dengan menyokong parti politik sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak.

Walau siapa yang memerintah agenda mereka bukanlah untuk memartabatkan agama Islam.

Kita sebenarnya sedang di lalikan dengan kerenah politik yang perbagai ragam agar tidak fokus kepada agenda Islam yang sebenar.

Akhirnya kita bertelagah sesama sendiri dan agama islam terus ditekan kebawah tanpa mampu kita pertahankan.

Yang paling digeruni oleh pengikut dajjal ialah apabila ada ulamak yang mampu menyatukan umat islam.

Untuk mengelakkan ulamak ini berpengaruh maka perlu diwujudkan ramai ulamak selebriti agar pengaruh tersebut mendatar dan tidak terfokus kepada satu pihak saja.

Maka jangan hairan sekiranya sesama ulamak dan sesama ustaz pun berbalah sesama sendiri.

Ini adalah kerana ejen ejen dajjal sudah menyerupai ulamak bagi memastikan umat islam tidak bersatu dibawah satu payung.

Maka elemen kafir mengkafir dan sesat menyesatkan adalah salah satu agenda mereka juga...

Macam manalah nak satukan bangsa melayu ni kalau parti politik melayu pun masing masing bertelagah sesama sendiri.

1 comment:

  1. sememangnya demokrasi diasaskan oleh penyembah berhala berbangsa greek. Apakah kita perlu menuruti sistem sedemikian? cukuplah kita ditindas dan ditipu.

    Kata-kata Tuan amat tepat sekali." Bertahun tahun kita membuang masa dengan menyokong parti politik sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak. Walau siapa yang memerintah agenda mereka bukanlah untuk memartabatkan agama Islam. "

    Jom kita berkiblatkan pemerintahan cara Islam

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...