Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.
Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada.
Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.
Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dicuba, namun tiada.
Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan.
Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya... Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu.
Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu...
Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang.
Kepada jiranku juga harus diberikan.
Selebihnya barulah aku jualkan.
Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperolehi.
Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan...
Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan.
Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran.
Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.
Maka, ikan itupun dibawa pergi... 😥😥
Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas.
Kepada siapa hendak dia mengadu..?
Hanya kepada Allah Tuhan yang satu.
Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.
Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.
Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya.
Lama kelamaan mula bernanah.
Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya.
Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan.
Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya.
Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal.
Seorang tabib dari luar di bawa.
Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi.
Ketika itu, akurlah sang raja.
Lantas betisnya itu pun dipotonglah.
Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya.
Namun, kesedihannya tidak tamat di situ.
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah.
Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.
Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.
" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.
" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.
" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.
Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan.
Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan..
" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.
Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.
" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.
" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.
" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.
Akhirnya nelayan itu pun berkata... ;
"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..."
"Apa doamu?", soal raja
Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...
“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.
.
.
.
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :-
“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa
~ Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan
Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga
~ Dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.
Wallahua'lam
Petikkan Dari Ustaz Ahmad Nasir
Alfatihah
ReplyDeleteSemoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah kepada ahli keluarga, semoga tabah menghadapi ujian ini,” kata Wan Rosdy.
Abu Bakar pernah dilantik sebagai exco Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar Adnan Yaakob, antara 2013 hingga 2018.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini yang disandangnya dalam saingan 3 penjuru dengan majoriti 4,622 undi apabila mendapat undi 10,027.
Dalam pertembungan itu, beliau menewaskan wakil PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon Pakatan Harapan diwakili PKR, Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.
Beliau menjadi wakil rakyat DUN Chini sejak 2004.
DUN Chini berada di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri Najib Razak@Bossku
Doa dan sumpah laknat orang yang terzalimi insyallah nyata sekarang ini
Pastikan Sejarah PRK di Tg Piai berulang kembali di Chini. Malu apa bossku..!!
Inalillah..
Rakyat Indonesia Puji Malaysia Rakyatnya Sangat Berdisplin...
ReplyDeleteYuhanis Azam:
Semalam saya saja 'berjalan' di media sosial jiran kita, Indonesia. Niat nak cari info Covid19 di negara tersebut.
Lain dicari, lain pula yang saya jumpa. Rata-rata media di sana mengeluarkan berita " Malaysia longgarkan lockdown bermula 4 Mei"..
Bukan hanya satu, hampir majoriti page berita dari sana mengeluarkan tajuk yang hampir sama.
Saya sengaja membelek satu persatu komen-komen rakyat Indonesia. MasyaAllah, rata-rata mereka memuji kita, rakyat Malaysia.
Mereka katakan kita adalah rakyat yang berdisplin, sebab itu wabak di negara kita mampu dikawal.
Mereka mengatakan kita adalah rakyat yang patuh pada pemerintah.
Mereka kata pemimpin kita bijak membuat perancangan, dan juga turut sama membantu rakyat di setiap lapisan, walaupun kepada mereka yang tidak terkesan.
Setiap barisan hadapan Kita, daripada seorang tukang cuci hingga kepada petugas kesihatan sangat displin dan teliti.
Mereka kata kita semua berani untuk lockdown, dan kini kita sedang menikmati hasilnya.
Saya letakkan disini, komen-komen mereka, yang saya tidak ubah langsung struktur ayat mereka :
" Rakyat Malaysia patuh pada arahan pemerintah, tidak ngenyel"
"Saya liat sampai plosok kampung dikasih sumbangan walaupun gak terdampak"
"Mulai dr cleaning service hingga tenaga medis semuanya disiplin waktu dan sangat teliti dlm tupoksi mereka."
"Kebijakan Malaysia PKP cicilan 6 bulan di tangguhkan benar benar jadi rakyatnya lebih siap."
"Keren Malaysia, berani lockdown dan kelihatan hasil nya"
"Memang gak jauh beda sama kita...cuma kedisiplinan masyarakat disana lebih bagus"
"Di Malaysia sudah makin membaik. Kasus baru setiap hari semakin sedikit dan kebanyakan tempat sudah tak ada kasus.
Beberapa sektor ekonomi mulai beroperasi 4 mei, tapi tak semua."
Kawan-kawan, orang luar memandang tinggi pada kita, memuji kita, tapi kenapa kita sendiri suka berkata yang bukan-bukan? Ohhh ini Ternyata merrka dari kolompok tertebuk muka sendiri dongg..!!
Terima kasih kerana berkongsi...
ReplyDeleteDon't angry with 'idiot'cracy. Malaysia with idiot'crazy berisah tiada - Najib
ReplyDeletePagi semalam, ADUN DAP mengeluarkan kenyataan media yang tuduh tindakan Speaker Parlimen untuk tolak usul undi percaya pada PM7 dari Shafie Apdal adalah tidak masuk akal.
ADUN DAP ini kena faham bahawa Speaker Parlimen yang kamu tuduh tak masuk akal ini adalah ahli parti PAN yang korang lantik sebagai speaker manakala anak dia kerja sebagai setiausaha media boss DAP kamu, Guan Eng.
Korang suka lantik orang yang kononnya buat keputusan tak masuk akal untuk jadi speaker ke?
“Aziz Bari: Mind-boggling reason to reject motion of confidence”
Lagipun, usul Shafie Apdal yang ditolak Speaker adalah usul percaya pada PM7 – bukan usul tidak percaya pada PM8.
Lagi pelik ialah orang yang bekap tindakan Speaker parlimen untuk tolak usul percaya pada PM7 pula ialah peguam bagi PM7.
“Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat keputusan Mohamad Ariff betul kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan usul undi percaya atau usul undi tidak percaya terhadap seorang perdana menteri sahaja.
“Sebelum ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri diluluskan, tidak boleh ada usul undi percaya terhadap mana-mana ahli Parlimen lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.”
(Lain erti ialah PM7 bukan lagi PM. Buat apa ko buat undi percaya pada dia dalam parlimen?)
8 Mei 2020: Speaker betul tolak usul Shafie, wajar benarkan usul Dr M, kata peguam
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/243850
Tak habis-habis kewayangan dan perebutan kuasa dari depa ni.
Tunggulah krisis Covid berakhir. Tunggulah sehingga kes Covid jatuh ke sifar.
Masa itu, tuntutlah parlimen untuk bubar jika korang berani dan kita turun ke padang untuk lawan.
FB
Perodi ucapan Tun semasa memperingati kemenangan PH
ReplyDeleteDemi Boboi andai masa mencemburui kita dan masa tiada lagi bersama ako...
Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam keadaan terancam, dalam kes ini, bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH.
Kedudkan boboi di kedah seperti teloq dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh pecah, jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka apak mu akan buat perangai lagi.
Itu je yang sebenarnya, kenapa apak mu meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan tinggi baik dalam negeri atau negara.
Perjuang Apak hanya untuk boboi je, tak ada sebab lain, kalau apak mu kata dia berjuang kerana rakyat, itu bullshit, masa apakmu jadi pm ari tu, apak suruh rakyat di suruh ikat perut, sedangkan kroni apak dan anakcucu apak anugerah kan projek berbillion-billion, kalau apak kata apak nak berjuang nak lawan rasuah, sebenarnya apaklah segala kepala rasuah yang ada kat negara ni, habis semua kes-kes rasuah pemimpin PH apak arahkan AG untuk buang kes, kemudian apakmu akan buat-buat terkejut.
Apa apa yang berlaku jawab 'tatau'
sekian
Boboiku
dari ApakMu