Saturday, 2 May 2020

ISU MORATORIUM



1. Pada 25 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia.

2. Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion. Sebab itu pakej Stimulus kedua PRIHATIN berjumlah RM250 bilion kerana hampir separuh daripadanya adalah daripada nilai moratorium. 

3. Kita diberitahu bahawa bank-bank mempunyai kecairan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar ini. Tambahan pula, bank turut dibenarkan beroperasi di bawah kadar minima 100% Liquidity Coverage Ratio (LCR).

4. LCR merupakan satu 'quantitative requirement' yang memerlukan bank memegang aset-aset yang berkualiti tinggi dan cair bagi menempuh tekanan kecairan yang tinggi selama 30 hari. Jadi bank tidak terikat untuk memegang aset-aset tersebut untuk memenuhi piawaian 100% LCR. 

5. Bank Negara berjanji akan memastikan wujudnya kecairan yang cukup kepada bank-bank melalui operasi pasaran terbuka, seperti jual beli reverse repo.

6. Pinjaman Perumahan, pembelian saham dan amanah saham akan turut dilonggarkan.

7. Ini bermaksud kesemua langkah ini dapat mengurangkan kesan kepada pendapatan bank ekoran perlaksanaan moratorium 6 bulan kepada jutaan rakyat Malaysia. 

8. Lebih-lebih lagi moratorium ini bersifat automatik. Orang ramai tidak perlu apply. Hanya duduk rumah diam-diam. Mak cik Kiah boleh menarik nafas lega. 

9. Bagaimana pula dengan kadar faedah selama 6 bulan moratorium ini? Untuk pinjaman kereta, tidak ada bayaran faedah tambahan manakala pinjaman perumahan bergantung kepada bank.

10. Selepas sebulan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan bahawa moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman produk Islamik tidak lagi automatik dan orang ramai perlu memohon kelulusan dari bank.

11. Mereka yang ingin terus menangguhkan pembayaran akan dikenakan bayaran faedah. Bermaksud peminjam akan bayar lebih. Ini berbeza dengan pengumuman sebelum ini. 

12. Jika peminjam tidak mahu membayar faedah lebih, mereka boleh membuat bayaran sederap 6 bulan pada bulan ketujuh selepas tamat 6 bulan moratorium.

13. Ini tidak masuk akal. Hanya orang kaya yang berpeluang mengambil pilihan ini. Yang golongan kebanyakan, marhaen? Tidak ada pilihan selain bayar lebih. 

14. Asas kepada langkah moratorium untuk memastikan rakyat boleh bernafas dan terus berbelanja apabila pendapatan mereka hilang kerana perintah berkurung.

15. Bagi mereka yang masih ada kerja dan gaji masih sama, bolehlah mereka menabung dan menyimpan hasil daripada duit 6 bulan tak perlu bayar pinjaman.

16. Kini nampaknya situasi sudah berbeza. Kerajaan melalui BNM telah membuat pusingan u-turn. 

17. Sama ada mereka tidak kaji masak-masak sebelum membuat dasar ini ataupun mereka tunduk kepada desakan bank-bank di Malaysia.

18. Untuk makluman, hari ini saham Maybank naik 2.16%, CIMB naik 2.37% dan RHB 2.59% selepas pengumuman ini dibuat. Nampaknya pasaran melihat pendapatan bank akan lebih masyuk meskipun ada 6 bulan moratorium. 

19. Tahniah bank. Kasihan Mak Cik Kiah.

- Mat Rodi -

2 comments:

  1. BNM tak u-turn dalam isu moratorium – Najib Razak

    Saya pelik kenapa ramai yang kata BNM u-turn dan bank-bank tetap akan mengenakan faedah ke atas pinjaman walaupun mereka memberikan moratorium ataupun tangguhan bayaran 6 bulan.

    Saya tak tengok ini sebagai U-turn kerana dari mulanya pakej prihatin diumumkan, perkara ini sudah dimaklumkan.

    "Rakyat Malaysia nak dengar Degree in Arts from UM bercakap , Kulinari Holder ITM, Fake Accountant dari PH atau Degree in Accountant dari Nottingham PN. Pilihan ada ditangan kamu..!!"

    “Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang. Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.”

    “26 March 2020: COVID-19: Soalan lazim Bank Negara – Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Individu, PKS, Korporat”

    https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669531/covid-19-soalan-lazim-bank-negara-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman

    Saya dah dua kali tulis tentang isu ini serta menjelaskan kenapa bank-bank tetap perlu mengenakan faedah:

    Berikut adalah penjelasan saya pada 26 Mac juga:
    https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10156863701000952

    Saya juga tahu ramai yang kurang puas hati bahawa bank-bank akan terus mengira dan mengenakan faedah dalam tempoh penangguhan bayaran.

    Kita perlu faham bahawa faedah ke atas pinjaman adalah pendapatan utama bank.

    Bank masih ada kos operasi serta kos kakitangan mereka sepanjang tempoh penangguhan ini.

    Pada masa yang sama, mereka masih perlu membayar faedah kepada pendeposit akaun simpanan dan simpanan tetap/Fixed Deposit.

    (Jika kita paksa bank untuk mengecualikan faedah bulanan pinjaman, nanti bank kata mereka juga akan kecualikan bayaran faedah kepada pendeposit pulak! Masa itu ramai lagi yang susah – terutama pesara yang bergantung kepada bayaran faedah dari simpanan usia tua mereka untuk kelangsungan hidup.)

    Penangguhan ansuran ini juga memberi sedikit sebanyak impak kepada bank kerana ianya juga mengurangkan keupayaan untuk memberi pinjaman baru.

    Bank adalah amat penting bagi ekonomi negara. Jika bank-bank runtuh, ekonomi kita turut runtuh.

    Sebab itu kita perlu faham dan bertolak-ansur.

    Jika kita mampu bayar ansuran dalam tempoh penangguhan 6 bulan ini, bayar sahaja untuk kurangkan faedah terkumpul.

    ReplyDelete
  2. Di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan Syariah untuk setiap perubahan yang dibuat pada syarat perjanjian ini, termasuk perubahan pada jadual pembayaran atau jumlah bayaran bulanan akibat moratorium ini.

    Secara dasarnya ia tidak mengubah apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan atau BNM mengenai inisiatif moritorium dalam Prihatin Nasional yang diumumkan oleh kerajaan pada 25 Mac yang lalu.

    Sehubungan dengan perkara di atas, ramai yang keliru dan cuba di "keliru" kan oleh pihak-pihak tertentu tanpa ada fakta dn bukti menyokong cakap nya di dalam FB...!?

    Pihak yang suka buat keliru ini selalu disambut oleh walaun unta yang selalu keliru hingga akhir hayat.

    Yang pelik macam mana walaun unta ini selali di kelirukan oleh seorang yang kerjaya nya sepanjang masa selalu ber 'pa chu chengg' di dalam FB...!!??

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...