Saturday, 31 August 2019

Melayu masih tak berubah

Masalah utama orang melayu masuk persatuan ialah untuk cari makan.

Terlalu banyak persatuan yang ditubuhkan tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Manakala yang berfungsi pula terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.

Ini amat berbeza dengan persatuan cina dimana mereka lebih berdikari dan mampu membuatkan kerajaan tunduk kepada desakan mereka.

Mereka tidak perlu terjerit jerit secara terbuka sekiranya mahu memprotes atau memboikot.

Cukup sekadar persatuan mengadakan satu mesyuarat tergempar maka seluruh orang cina akan bersatu hati dan mengikut keputusan mesyuarat.

Ini berbeza dengan kita dimana dalam satu persatuan pun asyik bercakar.

Nampaknya sikap orang melayu ini mustahil untuk di ubah...

Kita mungkin tidak mampu untuk mengubah orang lain tetapi kita mampu untuk mengubah diri kita sendiri...

Namun untuk mengubah diri sendiripun adalah satu tugas yang teramat berat sama beratnya untuk mengubah sikap orang lain...

Maka melayu sampai kiamat pun takkan berubah maka jadilah sambutan kemerdekaan ini menjadi satu upacara tahunan semata mata sepertimana kita menyambut hari ulangtahun kelahiran kita.

Selamat menyambut hari kemerdekaan...

MELAYU DAP PUTRAJAYA KECAM DR P RAMASAMY DAN BELA DR ZAKIR NAIK

Baru pagi tadi saya menanyakan sama ada akan ada Melayu DAP yang akan mengecam Dr P Ramasamy, petang ini Setiausaha DAP Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria, tiba-tiba seolah-olah menyahutnya dengan mengeluarkan kenyataan media yang bukan sahaja mengecam Dr P Ramasamy, malah membela Dr Zakir Naik yang bukan sahaja dimusuhi oleh Dr P Ramasamy, tetapi juga yang didesak diambil tindakan dalam mesyuarat kabinet oleh M Kula Segaran dan Gobind Singh.

Tidak dinafikan bahawa Mohamad Nazir Zakaria hanyalah umpama "ikan bilis" dalam "lautan" DAP, tanpa apa-apa jawatan di peringkat Negeri mahu pun Pusat.

Sementara saya boleh tabik dengan keberanian Mohamad Nazir Zakaria, kita perlu tunggu apakah Dr P Ramasamy yang akan dinasihati oleh DAP Pusat atas sikap perkaumannya ataukah Mohamad Nazir Zakaria sendiri yang akan dinasihati atau diambil tindakan oleh DAP Pusat atas keberaniannya ini.

Nampak gayanya, berdasarkan kenyataan-kenyataan media beliau, Mohamad Nazir Zakaria seperti akan menjadi "melukut di tepi gantang" malah mungkin sahaja tidak akan mampu bertahan lama di dalam DAP.
Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku ke atas beliau nanti.

KENYATAAN AKHBAR DAP PUTRAJAYA
RESPON KENYATAAN TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG P RAMASAMY
ISU: MEMPERSOAL PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR DAN MENTERI BELIA DAN SUKAN SYED SADDIQ TERHADAP DR ZAKIR NAIK

DAP Putrajaya mengambil sikap jalan "Malaysia Baru" yang dibawa oleh Tun M di mana Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India. Sebagai Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq haruslah mengambil sikap senada dengan PM. Sikap ini seharusnya diambil sama oleh P Ramasamy sebagai anggota kerajaan.

P Ramasamy seharus tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan seharusnya beliau mewakili semua bangsa di Malaysia.

Hasil kajian dan penilaian DAP Putrajaya berpendapat Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghina mana-mana bangsa atau agama rakyat Malaysia. Setiap kemunculannya di khalayak, beliau hanya menyatakan fakta tertulis sama ada dari kitab mana-mana agama yang original.

Sikap yang diambil oleh P Ramasamy boleh membuatkan sokongan rakyat terhadap PH terutama beragama Islam di Pulau Pinang dan seluruh negara akan berkurangan. 

P Ramasamy mesti membawa ideologi Malaysia Baru yang diperkenalkan oleh PH.
DAP Putrajaya menggesa DAP Pusat menasihati P Ramasamy berhati-hati dan tidak lagi bersikap perkauman. Profesional dalam bertindak terhadap debat yang berpegang kepada fakta dari originaliti.

*"Malaysia negara kita bersama manakala India adalah negara luar jelas tidak berlaku adil."*

Mohamad Nazir Zakaria
Setiausaha DAP Putrajaya


Friday, 30 August 2019

Melayu dan Dajjal

Nabi pesan kalau umat islam bergaduh maka kembalilah pada quran dan sunnah.

Tapi nampaknya masing2 taksub kepada parti dan pegangan masing2 maka kita sudah dapat menduga orang2 beriman apa nasibnya nanti apabila dajjal turun.

Sudah pasti pentaksub ini akan memerangi dajjal kerana dajjal tidak menyokong parti mereka.

Pening dajjal camneh....

Agaknya bila dajjal turun nanti, para pengikut dajjal akan menasihati dajjal supaya tidak mencampuri urusan politik malaysia dan jangan sesekali menyentuh sensiviti kaum dan agama di dalam negara ini.

Kalau dajjal berdegil maka terimalah akibatnya untuk dikecam didalam facebook.

Tahun 2020 adalah tahun untuk yahudi menyiapkan haikal sulaiman menanti turunnya dajjal... 

Malaysia juga tidak ketinggalan menanti ketibaan dajjal dengan menterbalikkan bendera bagi memberi signal bahawa ketibaan dajjal sudah dipersiapkan.

Di malaysia mempunyai banyak rumah rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong dan tidak ketinggalan juga lodge freemason yang berjumlah 40 buah di seluruh negara.

Kita dok bergaduh didalam dan di luar masjid tetapi mereka menguasai negara dengan hanya perlu mencucuh percikan api perkauman dan agama.

Namun begitu orang melayu tidak pernah serik walaupun pernah dijajah beberapa kali.

Malah pemimpin melayu juga tidak pernah mahu belajar dari sejarah.

Menasihati orang melayu ni susahnya seperti mahu menasihat jebat agar jangan derhaka dan menasihat raja agar jangan zalim.

Yang lebih malang lagi datang pula hang tuah membunuh hang jebat...

Kes nayer....

Terjerit jeritlah dengan kata kata keramatnya...

Akhirnya...
Hidup melayu... Hidup melayu...
Hang tuah mati tak berkubur
Hang jebat mati terbunuh
Raja pula selesa disinggahsana...
Rakyat bertekak di kedai kopi tak habis habis pasal hidup melayu...

Kita perlu akui bangsa kita sememangnya bangsa yang lemah berbanding bangsa bangsa lain. 

Bangsa eropah bukan sahaja dominan di negara mereka sendiri malah dapat mempunyai benua lain sebagai negara mereka seperti benua amerika dan australia.

Malah bangsa cina dan india dapat menguasai ekonomi di semua negara yang mereka tinggal.

Berbeza dengan bangsa kita, sudahlah negara kita menjadi semakin kecil malah terpaksa berkongsi dengan ramai orang.

Namun begitu kita masih lagi beranggapan bangsa kita adalah bangsa yang baik dan menerima kemasukan bangsa lain walhal orang mengatakan kita adalah bangsa yang bodoh sehinggakan pepatah melayu sendiri berkata...

Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan....

Thursday, 29 August 2019

Siapa yang sebetulnya Paria?

Yang teruk sangat berpolitik siang malam untuk saling jatuh menjatuh sampai tak boleh nak berbaik baik semula ni cuma orang melayu...

Ini berbeza dengan kaum lain, yang tidak begitu taksub kepada parti politik mereka. Mereka hanya menyokong parti yang mampu perjuangkan nasib kaum mereka sahaja...

Dalam bab berpolitik kaum cina adalah matang. Mereka tidak begitu menonjolkan mereka adalah penyokong mana mana parti cina setiap kali celik mata tetapi sewaktu pru barulah kita tahu siapakah yang mereka sokong.

Kaum cina juga hanya berani bersuara apabila mereka benar benar kuat. Ini berbeza dengan kaum melayu yang sentiasa berbuat bising tidak kira masa dan hanya berpura pura kuat...

Untuk menjadi kuat kaum melayu perlu belajar untuk bersifat lunak sesama sendiri dan tegas kepada kaum lain.

Tapi nampaknya kaum melayu ini sudah terbalik. Mereka begitu garang menyerang sesama sendiri tapi terlalu lunak dengan kaum lain...

Melayu juga terlalu suka menyalahkan orang lain, mereka tidak mahu memperbaiki diri sendiri setiap kali mereka melakukan kesalahan.

Ini membuatkan kaum kaum lain semakin berani memaki hamun melayu kerana mereka tahu melayu akan turut serta untuk memaki hamun orang melayu sendiri...
Kekalahan kerajaan melayu  perlu diambil sebagai satu pengajaran...

Pemimpin melayu perlu belajar dari kesilapan...
Bila ada kuasa jangan angkuh dan bongkak...
Bila ada kuasa jagalah melayu dengan baik...
Bila ada kuasa jangan menjual maruah...
Bila ada kuasa jangan makan rasuah hinggakan habis kedaulatan negara tergadai...

Namun nampaknya kekalahan itu bukannya mahu diambil sebagai pengajaran tetapi menjadi semakin berpecah belah pula...

Masing2 pengikut mereka saling ungkit mengungkit seolah olah tidak boleh bertaut semula....

Yang menang menjadi bongkak manakala yang kalah pula menjadi dendam...
Inilah akibatnya apabila tiada iman di dada...

Dulu pun sama juga sebenarnya.
Apabila rakyat bersuara mereka terus membenamkan suara rakyat dengan perbagai alasan untuk menafikan kemungkaran mereka.

Tetapi kerajaan hari ini lebih mudah sedikit dalam memberi alasan dengan hanya menudingkan jari kearah kerajaan lama...

Kita adalah rakyat dan juga pengundi...
Kita dok perhati je pendedak di kedua dua pihak bercakaran...

Kengkadang nak ketawa pun ada bila tengok kedua dua belah pihak saling tuduh menuduh walhal sebenarnya kalau kita tengok sama sahaja perangai mereka...

Teorinya mudah...

Kita ikut saja quran dan sunnah sebagai jalan tengah...

Namun semua pihak merasakan mereka yang lebih betul dari yang lain malah quran dan sunnah pun di tafsirkan mengikut acuan mereka sendiri...

Kita sudah boleh mengagak bahawa akhirnya nanti orang orang beriman akan tersepit ditengah tengah diantara kedua dua puak munafiq...

Kedua dua nya tak mau mengalah dan tak mau bertolak ansur demi perjuangkan agama dan bangsa sendiri...

Betul betul paria la.... Hingar bingar saja yang lebih...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS)

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap mereka lima tahun lalu.

Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu.

“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang Syariah berada di bawa bidang kuasa negeri,” katanya.

Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa bahawa SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam pada 17 Julai 2014.

Fatwa berkenaan kemudiannya digazetkan pada 31 Julai tahun sama.

Wednesday, 28 August 2019

Dap sudah melampau

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib menggesa pihak Dap menyerahkan kuasa pengadilan berhubung kes ADUN Dap Tronoh, Yong Choo Kiong kepada mahkamah.

Bidasnya, tidak perlu Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Ko Ham merendahkan martabat dan institusi Speaker hanya semata-mata disebabkan mahu membela seorang yang telah dituduh dan akan dibicarakan.

“Masyarakat sebenarnya mahu tahu perkara pokok yang amat penting – betulkah Exco Dap Perak telah merogol wanita pembantu rumahnya seorang warga Indonesia?

“Janganlah cuba mengubah fokus ini. Taktik Dap sebegini sudah basi,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Khusairi, Ngeh bertindak tidak wajar, merendahkan institusi Speaker dengan beliau sendiri membuat laporan polis berkaitan kes rogol melibatkan seorang Exco kerajaan negeri.

Tambahan pula ujar Khusairi, laporan tersebut dibuat di waktu malam seolah-olah Speaker sudah terlalu terdesak mahu mempertahankan satu kes yang menambahkan cemar parti Dap.

“Kenapa tidak Nga Kor Ming saja yang membuat laporan polis itu, sesuai dengan jawatannya selaku Pengerusi Dap Perak? Malah Nga turut hadir ketika Ngeh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh malam tadi.

“Bukankah Menteri Besar (MB) Perak, Faizal Azumu (Datuk Seri Mohd Faizal Azumu) sebelum ini melabelkan jawatan Speaker itu satu institusi dan perlu dihormati?

“Dalam soal meminta ADUN mengisytihar harta kepada Speaker, kami diminta menghormati institusi Speaker, tetapi nampaknya Speaker sendiri tidak menghormati ‘institusi’ yang diamanahkan kepadanya,” tambahanya.

Jelas Khusairi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau percaya bangunan IPD Ipoh dikawal rapi oleh kamera litar tertutup (CCTV).

“Pihak polis boleh siasat dengan mudah jika benar ada lelaki menemani amah Indonesia itu ketika wanita berkenaan membuat laporan yang dirinya dirogol oleh Exco Dap berkenaan.

“Jika benar ada lelaki yang dimaksudkan Ngeh itu, pihak polis juga perlu siasat identiti lelaki berkenaan sama ada berkemungkinan dia telah dirasuah oleh Dap untuk berbohong kononnya menerima RM100,000 supaya membawa amah itu membuat laporan polis dan diacukan pistol oleh lelaki lain agar tidak membongkar perkara sebenar,” katanya lagi.

Pagi tadi, Yong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia 7 Julai lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Wakil rakyat Dap itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa warga Indonesia berusia 23 tahun antara 8.15 malam hingga 9.15 malam 7 Julai lalu di sebuah bilik di tingkat atas rumah di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Tuesday, 27 August 2019

Kenapa dan mengapa?

Yang sebenarnya kaum kaum lain tak perlu membuat terlalu banyak permintaan kepada kerajaan kerana kami orang melayu juga mempunyai terlalu banyak permintaan yang belum ditunaikan oleh kerajaan semenjak merdeka lagi.

Dari dulu sampai la skarang permintaan kami masih belum ditunaikan maka pastinya kami akan berkecil hati sekiranya permintaan tetamu   yang tidak diundang ini dilayan pula.

Dulu mereka pernah berarak angkat penyapu sebagai simbol mahu menghalau kita, kemudian mereka kata kita pendatang, skarang mereka mahu halau saudara se islam kita yang berdakwah....

Agak agak mereka ada niat tak untuk betul betul menghalau kita dari tanahair ini...?

Melayu liberal mungkin berasa selamat sebab mereka bersahabat baik dengan puak kafir ini tetapi muslim sejati nampak gerak geri mereka amat mencurigakan dan merbahaya.

Mana mana pemimpin negara pun akan mengalihkan isu kelemahan dan kegagalan pentadbiran mereka kepada isu lain yang boleh menjadi besar. Pilihan Isu besar biasanya ialah agama dan perkauman.

Ini juga berlaku di negara india dan china. Kerajaan mereka sebenarnya gagal untuk menyelesaikan masalah rakyat mereka yang mengalami kebuluran dan negara mengalami masalah bencana alam.

Untuk tidak dijatuhkan dengan kebangkitan rakyat diatas kegagalan mereka maka mereka mengalihkan isu kepada isu agama.

Namun begitu melihat kepada bencana alam yang mereka sedang hadapi ini rasanya negara mereka akan disapu bersih oleh bencana tersebut.

Penduduk islam disana sewajarnya berpindah kerana negara mereka bakal musnah akibat bencana alam.

Negara kita masih belum teruji dengan bencana alam yang berskala besar. Ujian yang diturunkan masih lagi diperingkat geli geli sahaja.

Namun begitu ada yang mengatakan bencana itu sedang on the way dalam bentuk kemarau.

Kemarau dan cuaca panas telah mula menyinggah di negara negara lain. Ribuan  nyawa telah mati dan tumbuh tumbuhan juga tidak lagi mekar disana.

Cuma sahaja berita tersebut tidak sampai kepada kita kerana mungkin kerajaan tidak mahu kita panik dan membiarkan kita lali dengan permainan dan hiburan yang amat kita gemari yakni masalah perkauman.

Kalau difikir fikirkan dengan akal yang waras sebenarnya amat mudah bagi sebuah kerajaan yang mempunyai kuasa tentera dan polis untuk menghalang isu perkauman dan agama dari merebak.

Mereka hanya perlu tegas tapi kenapa mereka seolah olah membiarkan sahaja rakyat didalam negara ini riuh rendah dan  terus lali dengan permainan ini?

Ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara ini dan pastinya ia bersebab dan sebabnya mungkin adalah lebih besar dari menjadikan negara ini aman damai...

Monday, 26 August 2019

Malaysia jangan tunduk pada tuntutan dan fikiran nafsu penjenayah!

BUKAN sekali dua, bahkan acap kali didapati media perdana, termasuk yang pro-Islam yang mempromosikan ajaran al-Quran melayan nafsu penjenayah yang pernah disabitkan mahkamah kerana jenayah memukul Anwar Ibrahim yang ditutup matanya hingga pengsan dan berminggu matanya lebam.

Penjenayah itu menjaga undang-undang tetapi tidak menggunakan undang-undang terhadap Anwar bahkan menghukumnya dengan nafsu. Mahkamah telah menghukumnya sebagai penjenayah, dan hukuman itu mengeluarkannya dari orang-orang mulia.

Jika media melayan pandangannya adalah melayan pandangan nafsu. Media berpahala tetapi memuliakan fikiran nafsu penjenayah mencacatkan pahalanya.

Terakhir ketika Islam di Malaysia berdepan dengan cabaran paling getir atas isu Dr. Zakir Naik, media membesar fikiran nafsi penjenayah itu supaya Dr. Zakir diusir, serahkan kepada negara yang memburunya dan menempelak umat Islam menyambutnya sebagai tetamu dihormati seolah-olah kita tidak ada ulama dan ahli ilmu hingga menggunakan pakar asing.

Pakar Islam lahir di benua mana dan dari kabilah mana adalah milik Islam. Dia bukan orang asing. 

Kita tidak lihat Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali sebagai Arab Quraisy tetapi mereka kepunyaan Islam seluruhnya. Yang mengira Zakir pakar asing adalah fikiran asing bagi orang Islam yang diselaputi nafsu jenayahnya.

Mengapa kita dulu selalu mengundang Buya Hamka? Tidak adakah ulama kita sendiri? 

Tunku dan Tun Razak selalu mengundang ulama luar untuk muslihat tertentu sedang kita sendiri ramai ulama. Hamka tidak dilihat sebagai orang Indonesia, tetapi beliau ada kelebihan tertentu. 

Malaysia acap memanggil Bill Gate dan teknologis Jepun untuk berkongsi pengalaman demi kemajuan kita.

Nafsu penjenayah mahu Dr. Zakir dihantar pulang untuk menghadapi tuduhan terhadapnya. Kononnya dia sanggup buat, dia mesti tanggung sendiri. Menghantarnya pulang menyerahkan kepada keadilan nafsu. Dia tidak dapat adil. 

Samalah seperti menyerahkan Nabi Musa kepada Firaun. Nabi Musa pernah membela kaumnya berbalah dengan seorang Kibti. Ditumbuknya si Kibti lalu mati. Baginda dikehendaki oleh mahkamah Firaun. 

Mahkamah Firaun menjalan hukum nafsu. Musa tidak akan dapat keadilan.
Nabi Musa melarikan diri ke Madyan mendapatkan perlindungan dari Nabi Syuaib. 

Musa dikira salah kerana membunuh dengan satu tumbuk. Nabi Syuaib melindunginya, tidak menyerahkannya kepada Firaun.

Kerana dakwahnya Nabi Muhammad SAW menghadapi tekanan di Mekah. Antara tindakan mengurangkan tekanan baginda mengirim Jaafar Abu Talib dan pasukannya hijrah ke Habsah. 

Musyrikin Quraisy menghantar wakil minta Raja Najasyi memulangkan mereka kerana mereka dikatakan banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat Mekah.

Najasyi beragama Nasara enggan menunaikan tuntutan sama seperti kerajaan Islam Malaysia sebelum ini enggan menunaikan tuntutan India memulangkan Zakir Naik. 

Jika Nasara Najasyi enggan memulang pelarian Islam yang datang minta perlindungan, maka mengapa kerajaan pro-Islam Malaysia tidak boleh melindungi Zakir.

Nabi Muhammad diancam bunuh di Mekah. Baginda SAW tidak menyerah untuk diadili nafsu Quraisy. 

Allah mengarahkan baginda SAW hijrah ke Madinah. Nabi SAW itu sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Dalam keadaan demikian melarikan diri dari keadilan nafsu adalah pilihan.

Nabi Musa memilih lari ke Madyan, Baginda Rasul memilih hijrah ke Madinah. Zakir bukan nabi seperti Musa dan Muhammad SAW. 

Musa AS disambut dan dilindungi di Madyan, Nabi Muhammad SAW disambut dan dilindungi di Madinah, mengapa Malaysia tidak boleh belajar dari sejarah melindungi Zakir sedang Allah muliakan Malaysia dengan Islam sebagai agama umat?

Subky Latif

Sunday, 25 August 2019

Bila buat salah yang penting alasan, bukan lawyer

Ekoran penyebaran video seorang lelaki mirip Mustafa Ali,mempertahankan suaminya,Isteri Mustafa Ali berkata ia kenal suaminya dan suaminya tidak pernah memakai seluar dalam.

Dalam kes video china doll dengan seorang lelaki seiras Anwar Ibrahim,sahabat-sahabat dan penyokong-penyokong Anwar Ibarahim bersungguh-sungguh menyakinkan audian dengan berkata,mana mungkin Anwar sebagai pelaku kerana Anwar memgalami sakit belakang.

Kes mantan MB dituduh mencabul seorang remaja diperlis",tak logik" kerana beliau mengatakan hubungan itu umpama ayah dan anak.

Terbaru,seorang YB DAP mengatakan ia merupakan fitnah.Doktor mengesahkan burungnya sudah tidak boleh terbang lagi aka mati pucuk.

Ya tuan-tuan dan puan-puan,ini semua drama,drama politik negara,tuan-tuan...

Sedar kah Kita? Tiada Pemantauan Terhadap Ceramah Agama Lain

Perasan tak kita orang Islam, teks khutbah Jumaat kita disediakan oleh Pejabat Agama Islam tiap negeri...
Penceramah-penceramah agama disurau dan masjid kena dapatkan tauliah Pejabat Agama Islam tiap negeri...
TETAPI...
Adakah teks ucapan paderi-paderi di gereja Kristian ada badan pemantaunya?
Sami-sami dikuil-kuil yang dikatakan kebanyakannya diimpot dari India, adakah ajaran dan pidato ceramahnya dipantau?
Apakah paderi-paderi dari luar negara dipantau ucapannya?
Adakah ucapan paderi-paderi pada tiap hari Ahad digereja, disediakan oleh kawalan kerajaan?
Agama lain bebas sebebas-bebasnya beraktiviti  tetapi Islam Agama Persekutuan serba dikawal..
Maka sebab itu kebencian penganut agama lain terhadap Islam bertambah-tambah...
Siapa ajar mereka benci Islam?
Siapa provok mereka hina Rasulullah?
Adakah dari gereja dan kuil?
Ada kita dengar paderi tugasnya digantung sebab provokasi terhadap Islam?
Ada kita dengar sami-sami dikuil diperiksa oleh Imigresen?
Agama mereka bebas!!!
Agama kita dibelenggu!!!
Ucapan pendakwah Islam dipantau oleh org bukan Islam dan dianggap mengahasut...
Apakah ada tangan-tangan ghaib merasa mereka sudah begitu kuat hingga mencampuri hal ehwal Agama Rasmi Persekutuan?

GARIS SEMPADAN ANTARA RAHMAH DAN DAYUS

Bila saya banyak membaca dan mengkaji tentang sejarah dan tamadun di Alam Melayu, saya merasakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia ini adalah satu hikmah yang besar yang Allah kurniakan pada kita.

Dahulu, pendakwah Islam dari Arab dalam jumlah yang sedikit, belayar beribu batu dengan penuh payah dan mujahadah, datang ke Alam Melayu untuk mengislamkan nenek moyang saya yang beragama Hindu-Buddha.

Untuk mengislamkan penganut Hindu-Buddha dari kalangan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah. Orang Melayu dulu berpegang dengan agama Hindu-Buddha sangat kuat. Ibarat menggigit daging dengan gigi geraham. Lihat saja pada orang-orang Bali. Mereka adalah cerminan akidah nenek moyang kita suatu ketika dahulu.

Maka sudah pasti pendakwah-pendakwah Arab itu datang ke rantau ini dengan perasaan rahmah dan kasih sayang. Sebab itu proses pengislaman di Alam Melayu berlaku dengan penuh kasih sayang dan tanpa berlakunya sebarang perang.

Setelah orang Melayu yang rata-ratanya beragama Hindu-Buddha masuk Islam sehingga Islam itu sebati dalam hidup orang Melayu, pendakwah-pendakwah Arab telah membentuk bangsa Melayu menjadi bangsa pendakwah. Dengan itu, lahirlah kerajaan dakwah seperti Samudera Pasai dan Melaka.

Sultan Samudera Pasai dan Melaka telah membentuk jemaah-jemaah dakwah hingga pendakwah-pendakwah Melayu ini bertebaran di setiap pelusuk gugusan kepulauan Alam Melayu. Mereka juga datang berdakwah kepada saudara-saudara serumpun mereka dengan penuh rahmah dan kasih sayang.

Saya sendiri pernah ditunjukkan oleh seorang ketua kampung di pedalaman Kalimantan kubur seorang pendakwah Islam yang dikatakan berasal dari Kesultanan Melayu Melaka. Saya juga pernah sampai ke makam Dato' Tiro, Dato' Patimang dan Dato' Ri Bandang di Sulawesi. Mereka adalah antara pendakwah yang diutuskan oleh Sultan Aceh untuk berdakwah ke Sulawesi.

Di zaman penjajahan, Allah telah mentakdirkan penjajah British telah membawa jutaan orang-orang bukan Islam ke tanah air kita. Jadi ini sebenarnya adalah peluang untuk orang-orang Islam di sini menjalankan usaha dakwah.

Jika pendakwah Arab dulu sanggup belayar ribuan batu jauhnya mencari mad'u (orang yang akan didakwahkan) yang beragama Hindu-Buddha. Kita pula tidak perlu belayar bersusah payah begitu. British telah menghantar orang-orang yang beragama Hindu dan Buddha untuk kita dakwahkan.

Sebab itu kita mesti melihat orang-orang Cina dan India yang bukan Islam dengan penuh kasih sayang, seperti mana pendakwah-pendakwah Arab yang melihat Melayu Hindu-Buddha suatu ketika dulu dengan penuh kasih sayang. Kita mesti ada fikir dan risau bagaimana nak selamatkan mereka dari seksaan neraka. Mereka juga keturunan Nabi Adam AS seperti kita. Jadi mereka saudara kita yang perlu diselamatkan.

Sebab itu juga, saya sangat tidak bersetuju jika ada seruan untuk mengusir  mereka. Apatah lagi seruan melancarkan perang. Ini sangat tidak patut dan wajib dielakkan. Mereka harus didakwahkan. Untuk berdakwah, wajib ada perasaan kasih sayang. Wajib dibuang perasaan benci dan perkauman.

Namun, di saat sebahagian orang-orang bukan Islam ini menunjukkan rasa permusuhan terhadap Islam, mendakwa serangan samseng sebagai serangan pengganas Islam, mendakwa tulisan Jawi umpama tahi lembu, mempersoalkan syiar ibadat korban, menghina mufti, ulama, Sultan, askar, tidak menghormati kedudukan bahasa kebangsaan dan seterusnya, adakah wajar kita berdiam diri dan meraikan sikap mereka atas sebab rahmah?.

Sikap berdiam diri dan meraikan pandangan begitu bukanlah rahmah, melainkan bersikap dayus semata-mata. Sesungguhnya antara rahmah dan dayus itu ada garis sempadannya.

Rasulullah SAW yang merupakan suri tauladan kita adalah insan yang paling rahmah dan bertoleransi. Antara bukti toleransinya baginda SAW terhadap orang-orang bukan Islam ialah penggubalan Piagam Madinah. Namun Rasulullah SAW juga sangat tegas. Buktinya ialah tindakan baginda SAW terhadap orang-orang Yahudi yang melanggar Piagam Madinah. Betapa tegasnya Nabi SAW hingga berlakunya kisah Ghazwah Bani Quraizah dan pengusiran Bani Nadhir dan Bani Qainuqa'.

Maka jika ada orang-orang Islam yang keras melawan sikap permusuhan orang-orang bukan Islam dengan melakukan tindakan-tindakan yang masih mengikut undang-undang seperti tunjuk perasaan, laporan polis dan membuat kenyataan di FB, saya yakin mereka bukannya mahu melancarkan perang dan bersikap mencetuskan permusuhan. Mereka hanya tidak mahu bersikap dayus. Mereka juga mahu menepati hadis Nabi iaitu mencegah kemungkaran dengan apa yang termampu.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Saturday, 24 August 2019

ISU ZAKIR NAIK DEDAHKAN KUASA ISLAM DI MALAYSIA

1. Imam Al-Ghazali pernah memberi amaran: agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan. Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung. Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.

2. Allah s.w.t. juga memberi ingatan keras dalam tiga surah berikut: ‘Surah As-Saff ayat 9: Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.

3. Surah Al-Fath ayat 28: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu)’.

4. Surah At-Taubah ayat 33: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’.

5. Kontroversi serangan ke atas pendakwah perbandingan agama terkemuka iaitu Dr. Zakir Naik membawa seribu satu hikmah di bumi Malaysia.

6. Dalam keadaan rejim di seluruh dunia berusaha untuk menindas umat Islam – seperti rejim pelampau Hindu di Kashmir, rejim junta tentera dan pengganas Buddha Myanmar ke atas umat Islam Rohingya, rejim komunis China ke atas umat Islam Uighur di Xinjiang, dan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin – kontroversi Dr. Zakir Naik sebaliknya membangkitkan arus kuasa Islam di Malaysia ke segenap pelosok warga.

7. Bangkitnya umat Islam Malaysia mempertahankan dakwah Dr. Zakir Naik bukan sahaja diterajui parti politik seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO, bahkan juga didukung kuat oleh para Mufti dan pendakwah muda dan badan bukan kerajaan.

8. Paling membanggakan kita tentulah keberanian para pendakwah muda seperti saudara Firdaus Wong Wai Hung (Multiracial Reverted Muslims), Dr. Kamilin Jamilin (pakar kajian Hadis), dan juga saudara Yusuf Azmi (Pertubuhan Pengguna Semboyan 1Malaysia) yang tidak gentar dengan gerakan anti-dakwah Dr. Zakir Naik – meski pun menyedari betapa sebahagian daripada pembenci tersebut memegang kuasa yang bukan sedikit dalam kerajaan.

9. Hakikat ini cukup jelas kerana meski pun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang penceramah dari India, Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya, namun suara-suara sumbang yang bencikan dakwah Islamiah Dr. Zakir Naik tetap terus bergema.

10. Tun Dr. Mahathir sendiri bahkan menegaskan beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti: “Masalahnya sekarang (untuk hantar Zakir pulang) kita bimbang beliau akan dibunuh”.

11. Sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendekatan Dr. Zakir Naik dan mendakwa Dr. Zakir Naik memberi masalah: “kita nak tolong dia tapi dia beri masalah pula”.

12. Pendirian Anwar Ibrahim ini selari dengan desakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang mendesak agar Dr. Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia dan dihantar balik ke India.

13. Pendirian sebegini turut disokong oleh Menteri Agama Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Wanita Parti Amanah Negara Dr. Siti Mariah Mahmud.

14. Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa: “Kalau tanya saya, saya kira cara pemyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia. Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain.  Tetapi kita perlukan kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain”.

15. Kenyataan Menteri Agama ini tentulah berpunca daripada fahaman salah yang beliau pegang tentang ‘Hifz-ad-Din’ iaitu ‘menjaga SEMUA agama’ sedangkan ijmak (kesepakatan) para Ulama muktabar jelas mengatakan bahawa konsep berkenaan HANYA bertujuan melindungi agama Islam.

16. Menteri Agama seolah-olah apologetik dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan susulan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971:

"Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini".

17. Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim antara yang terkehadapan mencadangkan Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan dialog dan pertemuan secara harmoni dengan Dr Zakir Naik sebelum membuat sebarang dakwaan.

18. Beliau berkata, dakwaan Mujahid bahawa kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai kerana menggunakan perdebatan yang mencaci agama lain perlu diiringi dengan bukti yang kukuh secara objektif.

19. Menurut beliau: “Selalunya Dr Zakir akan mendahulukan orang bukan Islam untuk bertanya mengenai Islam, majlis beliau (Dr Zakir) beri peluang kepada orang bukan Islam untuk memahami Islam.

20. Dr. Siti Mariah yang juga ADUN Sri Serdang pula mendakwa, negara kita mempunyai ramai pendakwah yang uruf dan waqi: “Apakah lumpuh dakwah di negara kita tanpa seorang pendawkah yang kontroversi ini. Pergilah bersuaka di negara Islam lain. Kita masih boleh mengikuti dakwahnya di YouTube”.

21. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, Mujahid Yusof, dan Siti Mariah yang apologetik, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebaliknya berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam melindungi Dr. Zakir Naik.

22. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terkehadapan dalam mempertahankan dakwah Dr. Zakir Naik dengan menegaskan bahawa terdapat tiga asas penting yang perlu dihormati dan diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah pihak berkuasa, parti politik, NGO dan pengamal media, serta Dr. Zakir Naik sendiri, bagi menjernihkan keadaan iaitu:

“Pertama, budaya debat dan dialog adalah ruang demokrasi yang perlu dihormati: Semua pihak perlu bersedia untuk bersemuka dan berdialog secara ilmiah dan berhikmah, demi mencari ‘kebenaran dan kebersamaan’. Pihak RTM dan kerajaan Negeri wajar memberikan ruang supaya budaya dialog ini dapat disuburkan, sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan tempoh hari”.

“Kedua, perpaduan masyarakat majmuk adalah kerukunan hidup yang perlu dipelihara: Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama dalam negara. Siasatan juga perlu dilakukan terhadap pemimpin politik dan pengamal media yang menjadi ‘makhluk perosak’ yang mencetuskan kegelisahan ini. PAS dan pendukung DHPP sentiasa komited membela perpaduan kaum di negara ini, dan terbuka untuk berdialog dengan semua pihak di atas prinsip kebenaran”.

“Ketiga, jaminan keselamatan yang perlu dijaga tanpa mengira agama dan bangsa, sebagaimana yang terkandung di dalam Surah At-Taubah ayat 6”.

23. Pendirian Presiden PAS turut diterjemah secara tidak langsung melalui program Himpunan Tiga Menteri Besar Pantai Timur di Terengganu semalam.  Program tersebut menyaksikan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar, Menteri Besar Terengganu dan YAB Dato’ Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang berkongsi pentas menegaskan mesej berikut:

“Perpaduan dan kesatuan mestilah meletakkan agenda Islam sebagai keutamaan. Ini kerana apabila meletakkan Islam sebagai keutamaan barulah wujudnya nikmat kesatuan”.

“Pertalian atas tali keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat yang saling tolong menolong diantara satu sama lain”.

“Umat Islam perlu mengambil pengajaran daripada pembentukan Kerajaan Islam Madinah yang berteraskan Sahifah Madinah yang mengutamakan Keadilan Untuk Semua Rakyat hidup dalam harmoni tanpa ada perbezaan walau pun berlainan agama dan kepercayaan”.

24. Saudara Firdaus Wong Wai Hung dari Multiracial Reverted Muslims (MRM) pula secara realistik menjentik pihak-pihak yang apologetik:

“Dakwah yang mengikuti cara Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam pastinya akan menjadikan mad’u (prospek dakwah) kita merasa tidak selesa. Tidak selesa dengan kekufuran dan pegangan mereka. Kemudian diterjemahkan menjadi kemarahan kerana pegangan selama ini tergugat dengan hujah mantap dan logikal. Kalau mad’u merasa selesa maksudnya kita sekadar mengajak kepada yang baik tetapi tidak mencegah yang mungkar. Syirik dan kemaksiatan yang lain”.

25. Beliau turut menyerang balas: “Bila nak usir Kula Segaran yang mengatakan Melayu adalah bangsa pendatang? Bila pula mahu mengusir Koon Yew Yin yang menghina tentera kita? Bila pula nak usir Lee Kim Yew yang menghina jalur gemilang? Bila pula nak usir Waythamoorthy yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara?”

26. Rakyat Malaysia boleh membantu menyokong usaha dakwah & kebajikan saudara Firdaus Wong dengan menyalurkan sumbangan dan zakat ke akaun-akaun berikut:

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor: 5648 1052 0353.

AFFIN ISLAMIC
Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims: 1065 8000 9580.

CIMB ISLAMIC
Mrm Consultancy and Services: 8600 38 9006.

BANK RAKYAT
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims: 1109 6100 1084

27. Dr. Kamilin Jamilin pula secara terbuka membuat kenyataan berikut:

“Hari ini kita menyaksikan seorang tokoh pendakwah terkenal telah berjaya ditutup mulutnya dari pentas terbuka negara. Betapa sedihnya kita yang mengenali beliau dan betapa gembiranya mereka yang memusuhi beliau.  Hari ini kita sedar, betapa sukarnya tugas menyeru manusia ke jalan Allah & Rasul.  Betapa sukarnya melakukan dakwah tauhid berbanding dakwah akhlak.  Hari ini kita faham, dakwah yang berkonsep menyingkap kebatilan itu lebih sukar dari menyeru ke arah kebenaran.  Betapa sukarnya mencegah kemunkaran itu berbanding menyuruh kemakrufan.  Saya yakin dugaan ini barangkali ringan sahaja bagi DZN yang masih memiliki pentas lain dalam menyampaikan dakwah, dan beliau tidak akan sesekali berhenti selagi nyawa tidak terpisah”.

28. Semoga akan lebih ramai lagi para ilmuwan dan pendakwah muda dari pelbagai latar bidang lahir untuk menegakkan kuasa Islam di bumi Malaysia seperti mana Dr. Kamilin, saudara Firdaus Wong, dan juga Yusuf Azmi.

29. Hakikatnya, gelombang raksasa kehadiran di Program pidato Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada 9 Ogos lalu – yang dihadiri oleh lebih daripada 70,000 orang – serta kehadiran ribuan warga Pantai Timur ke Himpunan Tiga Menteri Besar di Terengganu semalam membuktikan ingatan Allah s.w.t.

“Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut mereka, Allah tetap menyempurnakan cahaya Islam ini walaupun dibenci oleh musuh-musuhnya.” (Surah As-Saff: 8)

“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)” (Surah Ali Imran: 54).

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Benarkah Anwar Penyelamat?

Berbaloi Pak Syeikh Hj Nuar Brahim melakukan beberapa kali tarian bersama-sama dengan klon MGR. Hanya dengan satu panggilan ,  himpunan anti Zakir dibatalkan esok.
Pergh!!!Sentuhan DSAI masih berbisa........
Halang sebelum kejadian tiada efek politik,
halang selepas kejadian, dipuncak permainan politik.
Bilalah kerja kerja PM akan berjalan lancar.
Kritik ZN org tafsir sebagai sokong, tiba tiba TUN   x hantar balik,  DSAI kelam kabut.
Ibarat Ultraman datang menyelamatkan keadaan,,,,jeng jeng jengggggg......
Sendiri rancang, sendiri telefon, sendiri angkat diri kata penyelamat keadaan.....kelakor.....
C & P...
Antara komen terbaik...mmg lawak

Friday, 23 August 2019

FRU telah mula memasuki Brickfields petang ini

Polis memberi amaran keras kepada
orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan Bantahan Tulisan Khat
Sekolah Tamil dan himpunan
‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To
Indians dan Other Races’, malam ini dan esok di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur.




Tun Tertekan

ARIF ATAN

Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Firdaus Abdullah berpendapat kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berdepan tekanan politik peras ugut dan provokasi yang bersifat anti Melayu Islam.

Menurutnya, hal tersebut dapat dilihat pada desakan berterusan pihak tertentu termasuk dari pemimpin kerajaan supaya menghantar pulang pendakwah Dr. Zakir Naik ke India.

“Sekarang secara halus, seakan-akan Tun (Mahathir) dan pemimpin PH (Pakatan Harapan) sedang terjebak dalam politik peras ugut.

“Kerajaan juga seolah-olah terpalit dalam politik provokasi oleh sebahagian pemimpin dalam Pakatan Harapan yang cenderung memusuhi Melayu Islam,” ujar bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu.

Dr. Firdaus, 75, berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline semasa riadah pagi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, bekas Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu berkata, desakan yang dialami Dr. Mahathir termasuk dari DAP.

“Sekarang yang mendesaknya (Mahathir) dari dalam (kerajaan) termasuk DAP yang saya rasa sangat kuat dan terbuka suara mereka.

“Tambahan pula, rata-rata pemimpin muda dan veteran DAP sangat terlatih dalam politik lempar batu sembunyi tangan.

“Hal inilah yang terpaksa ditanggung oleh Tun Mahathir sekarang termasuk gejala lain di mulut, lain di hati atau dengan bahasa mudahnya, cakap tak serupa bikin oleh pemimpin di sekeliling Tun Mahathir,” tambahnya lagi.

JANGAN HINA DR ZAKIR NAIK

DILEMA MELAYU
SIRI 1084
JANGAN HINA DR ZAKIR NAIK

Kalau ilmu agama sekangkang ayam jagoh kampung jangan samakan status  kamu dengan dunia ilmu Dr Zakir Naik yang pakar di bidang perbandingan agama. 

Dia bukan ahli politik yang bercawat minda memperaga diri sebagai 'pejuang' keadilan dan kebebasan beragama untuk meraih sokongan palsu  dari pemeluk agama lain.

Para politikus pansiunan, uzur minda, dangkal ilmu agama, jangan celupar mulut meluah kenyataan memperlekehkan pendakwah Islam bertaraf global ini.

Sebagai orang Islam kita patut berbangga beliau menjadi penduduk tetap di negara tercinta ini. Apakah kalian buta matahati dan jahil agama bahawa Zakir Naik digeruni oleh para militan Hindu yang menguasai kerajaan India sekarang? 

Apakah kalian tidak tahu umat Islam minoriti di India menjadi mangsa keganasan dan penginayaan kaum Hindu fanatik?

Para pemimpin agama lain gerun dan benci terhadap Dr Zakir kerana mereka tidak mampu menentang hujah-hujah beliau yg dapat menyebut segala ayat dan makna dari berbagai kitab  agama Hindu Vedas, Opanisyat, Puranas dan berbagai versi dari Injil Kristian.

Dari berbagai kitab asli agama Hindu dan Kristian beliau membuktikan bahawa agama-agama mereka juga percaya Allah Yang Maha Esa, dan akan lahir seorang Nabi bernama Ahmad atau Muhamad kelak. Ini buat para pemimpin agama-agama lain terkedu, mati angan-angan, menyerah kalah.

Dengan ilmu bandingan agama ini Zakir telah menggugat keyakinan agama-agama itu yang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu dalam tafsiran agama-agama mereka. Mitos yang dicipta oleh agama-agama itu didedahkan oleh Zakir melalui kajiannya yang mendalam agama-agama Kristian dan Hindu.

Hasil dari dakwah beliau berjuta orang memeluk Islam di seluruh pelusuk dunia. Ini yang membimbangkan para pemimpin agama-agama Kristian dan Hindu.
Umat Islam mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kerana Tun Mahathir lebih bijak dalam penilaiannya terhadap keilmuan Dr Zakir Naik.

Kekalkan  taraf penduduk tetap beliau di sini. Bantu beliau dalam urusan dakwah kerana ini tuntutan Islam, bukan  tuntutan politik keduniawian. Hanya Melayu yang jahil agama, khayal dengan kuasa politik sahaja yang tidak tahu menilai ilmu kepakaran pendakwah yang tersohor seperti Dr Zakir Naik.

Yahaya Ismail

Thursday, 22 August 2019

Dong Zong Bukan baru buat hal tetapi dah lama


Oleh: Anuar Ahmad
Mel:  bicarabangi@gmail.com

Anda jangan ingat isu bantahan Dong Zong  terhadap tulisan Jawi  baru-baru ini adalah yang paling besar. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961.

Tetapi syukurlah kerana ketika itu Menteri Pelajaran adalah Abdul Rahman Talib dan Pengarah Pelajaran pula Dr Aminuddin Baki maka sistem pendidikan negara dapat dipertahankan sebaiknya.

Kalau ketika itu Menteri Pelajaran jenis 'lembik', sibuk kejar populariti dan asyik main politik, memang sistem pendidikan negara dah lama rosak.

Jangan harap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar lagi seperti sekarang. Mungkin negara kita dah lama amalkan sistem pendidikan pelbagai bahasa pengantar.

Sebenarnya tahun 1961 adalah antara tahun yang bersejarah dalam sistem pendidikan negara ini.

Inilah ketikanya di mana pengasas Dong Zong, Lim Lian Geok telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia oleh kerajaan kerana tindakan beliau membantah keputusan kerajaan berkaitan Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

Ini berikutan bantahan keras beliau khususnya terhadap Perkara 21 (2) yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan mana mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)  menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya.

Beliau juga 'mengamuk' bila Abdul Rahman Talib telah berjaya memujuk 53 buah Lembaga Pengelola sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) untuk menjadi sekolah menengah Jenis kebangsaan Cina (SMJKC).

Hanya 16 buah sekolah pensendirian Cina sahaja yang bertegas menolak tawaran beliau.

Sekolah persendirian Cina yang pertama bersetuju menjadi sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ialah Penang Chung Ling High School.

Pengetua Chung Ling High School, Mr. Wang Yoon Nien dan Pengerusi Lembaga Pengelola, Mr. Ong Keng Seng telah digelar sebagai pengkhianat besar pendidikan Cina oleh para pemimpin dan penyokong Dong Zong di seluruh negara.

Jadi jangan kita lupa, ramai juga tokoh pendidikan Cina yang turut menjadi 'mangsa' sifat perkauman Dong Zong sejak dulu.

Selain mereka berdua, dua tokoh masyarakat Cina yang menjadi ahli jawatankuasa Laporan Rahman Talib iaitu Mr. Leong Yew Koh dan Mr. Ong Yoke Lin juga digelar pengkhianat oleh penyokong Dong Zong.

Orang Melayu kena tahu sejarah ini. Ramai orang Cina yang mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi.

Mereka sanggup menerima berbagai kejian dari kumpulan Dong Zong semata-mata ingin bersama pemimpin Melayu membina sebuah sistem pendidikan kebangsaan di negara ini. Pengorbanan mereka ini jarang didendangkan.

Kesabaran kerajaan ada hadnya. Ada ketikanya ketegasan perlukan tindakan.  Akibat bantahan berterusan Lim Lian Geok yang ketika itu memimpin Dong Zong, kewarganegaraan beliau telah dilucutkan pada 19 Ogos 1961.

Selepas beliau, tiada seorang pun pimpinan kanan Dong Zong berani menawarkan diri sebagai pemimpin Dong Zong yang baru.
Mr Huang Yun Yue, seorang editor dalaman Dong Zong untuk buletin Teachers' Journal dan tidak memegang apa apa jawatan kanan Dong Zong telah dilantik menjalankan tugas Pengerusi Dong Zong.

Mungkin mereka yang lain mula takut akan menerima nasib yang sama seperti Lim Lian Geok.  Mereka nampaknya sudah dapat isyarat jelas dari kerajaan, "kalau berani, cubalah...'

Begitulah ketegasan kerajaan ketika itu khususnya Menteri Pelajaran dalam memastikan sistem pendidikan negara ini tidak diganggu gugat oleh mana mana pihak yang mempunyai kepentingan kaum masing masing.

Jadi janganlah anda ingat tidak ada orang yang pernah dilucutkan kewarganegaraan kerana isu membantah sistem pendidikan negara.

Selain Lim Lian Geok, penasihat Dong Zong ketika itu bernama Yan Yuan Zhang juga turut menerima tindakan.
Disebabkan beliau menetap di Singapura, beliau telah diharamkan masuk ke Tanah Melayu atas arahan kerajaan.

Sistem pendidikan adalah 'jiwa negara' ini. Kerajaan bertanggungjawab memastikan 'jiwa negara' ini dipelihara. Menteri Pelajaran adalah 'guardian' sistem pendidikan negara.

Malaysia bertuah kerana pernah mempunyai pemimpin yang tegas dalam mempertahankan sistem pendidikan negara pada tahun-tahun yang mencabar dulu.

****

p/s: semua fakta di atas telah dipetik dari bahan bacaan ilmiah dan kajian Phd. Boleh rujuk:

Ang Ming Chee, (2014) Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia 1951-2011 (mukasurat 54)

Kua Kia Soong (2010), Lim Lian Geok: Soul of The Malaysian Chinese (mukasurat 45)

Wednesday, 21 August 2019

Memang Bajang Orang Politik Ni

Orang islam takkan kalah dengan puak kafir. Org islam akan jatuh kerana perang dan bergaduh sesama sendiri.

Untuk konteks politik malaysia, Dap guna orang umno utk jatuhkan umno. Mereka serang anwar dari kes aljuburi dulu. Kemudian mereka pula jadi hero selamatkan anwar.

GAGAL untuk jatuhkan umno. Guna Mahathir lak. Dan kali ini Berjaya.

Diorang berjaya kerana umno alpa dan leka bermandikan duit semasa ada kuasa.

Kita yang marhaen jadi mangsa. Betul betul bajang mereka ni. Memainkan masa depan agama dan bangsa.

Macamana lah nasib anak cucu kita di masa depan.

Apakah Motif Mengibarkan Jalur Gemilang Secara Terbalik?

Memasang jalur gemilang secara terbalik semakin berleluasa. Sekiranya diperhalusi ia bukanlah dilakukan secara tidak sengaja tetapi ia adalah seperti satu signal kepada seseorang atau satu satu pihak di luar negara.

Signal atau isyarat rahsia seperti ini banyak dilakukan oleh pihak komunis didalam bandar suatu masa dahulu bagi memberi isyarat bahawa mereka adalah ahli komunis juga dan bersedia membantu apabila diperlukan bantuan.

Malah di dalam gereja juga salib terbalik juga dipasang sebagai tanda dajjal sudah menguasai gereja.

Dan yang lebih menghairankan tidak ada satu badan kerajaan pun yang mempunyai kuasa untuk menegur atau menghukum kesalahan memasang bendera terbalik.

Mungkinkan pemimpin pemimpin negara kita juga sebahagian daripada mereka?






Tuesday, 20 August 2019

MELAYU PUNYA TANAHAIR TAPI TAK PUNYA TANAH

Pendedahan dibuat oleh seorang pengkaji hal tanah milik Melayu mengejutkan, membimbangkan, kerana Melayu ditipu hidup-hidup oleh penjajah British dan juga oleh para pemimpin politik Melayu sendiri.

Rupa-rupanya dalam diam-diam  penjajah British telah memberi kira-kira sejuta ekar tanah kepada Cina waktu penjajah berkuasa, dan Melayu masih khayal dengan  seruling bambu di atas belakang kerbau.

Segala tanah yang bernilai komersial di bandar diberi kepada kaum Cina pendatang, Juga tanah lombong emas dan bijih tapi Melayu masih menanam padi, jadi nelayan bersabung nyawa dan punya tanah sekangkang kera di kampung.

Maklumat ini diperolehi dari dokumen-dokumen kerajaan penjajah British yang diperolehi dari  simpanan arkib selepas 50 tahun dalam simpanan kerajaan.

Strategi penjajah melemahkan ekonomi Melayu sebagai bumiputra supaya mereka kekal dalam kemiskinan, dan  selamanya menjadi pengemis pada kerajaan.

British bermanjakan pendatang asing kerana kepentingan politik dan ekonomi. British memperkayakan Cina  dengan pemberian tanah berjuta ekar untuk memperkayakan mereka.  British dan  Cina menguasai ekonomi negara dan Melayu hanya menjadi petani, nelayan, buruh di luar bandar hidup dalam kemiskinan di bumi sendiri. 

Cina menggantikan penjajah British menguasai ekonomi dengan tujuan aklhirnya menguasai politik  di negara tercinta ini. Ini strategi politik penjajah British untuk menjadikan Melayu Islam hamba di bumi mereka sendiri.

British juga mempengaruhi  rombongan kemerdekaan Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman untuk memberi kerakyatan sejuta pendatang asing. Tunku akur dan akhirnya pendatang asing dengan mudah, tanpa menguasai Bahasa Melayu, menjadi warganegara.

Akibatnya pada 13 Mei, 1969, pendatang asing yang menjadi warganegara inilah yang mencetuskan rusuhan kaum untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Melayu.

Bila Melayu berkuasa para pemimpin Melayu juga turut bangsatkan Melayu. Tanah Rezab Melayu peninggalan British berjuta ekar juga ditelan oleh kerakusan para perompak, koruptor Melayu dengan  sogokan kaum pendatang untuk memiliki tanah hak Melayu.

Waktu PAS dan DAP berkuasa di Perak tanah TOL Kampung Baru Cina diberi hak 999 tahun oleh kerajaan Pakatan Rakyat campuran PAS, DAP dan PKR.

Hari ini nampaknya DAP dan PKR cuba menyingkirkan Tun Mahathir untuk menguasai kerajaan, dan melaksanakan agenda mereka iaitu menghapuskan hak istimewa Melayu/Bumiputra dalam perlembagaan.

Cita-cita DAP dan PKR sama saja, iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik, hak sama rata, dan institusi Raja Melayu dihapuskan, Islam bukan agama rasmi negara, dan percayalah kegiatan LGBT akan berleluasa kelak.

Melayu Islam mesti bersatu. Jangan emosi melulu. Berpegang pada tali Allah, hapuskan hasad dengki. Berjuang atas nama Melayu Islam menuntut hak kita yang sah. Jangan fikir tentang kepentingan parti masing-masing tapi berjuang membela nasib bangsa Melayu/Bumiputra dan Islam. Ini afdhal.

Umat Melayu amat berharap Raja-raja Melayu turut menyokong perjuangan rakyat yang menuntut hak mereka di bumi bertuah ini. Kalau DAP dan PKR berkuasa besar kemungkinan institusi Raja Melayu pun mungkin terancam.

Waktu penjajah British hendak menjadikan Raja-raja Melayu sebagai boneka Raja British melalui 'Malayan Union' pada tahun 1946 rakyat Melayu dari kalangan petani, nelayan, gjuru-guru sekolah, ustaz-ustazah dan pegawai-pegawai kecil, golongan marhein, membela nasib raja mereka.

Akhirnya penjajah British batalkan 'Malayan Union'. Hari ini Melayu Islam digugat oleh pendatang asing yang menjadi warganegara Malaysia. 

Menjadi tanggungjawab moral dan agama Raja-raja Melayu mesti menyokong perjuangan bangsa Melayu dan Islam. 

Allah-hu-Akhbar!

Yahaya Ismail

Monday, 19 August 2019

Amaran buat Umno dan Pas


Pada 14 September depan ikatan kasih antara UMNO, PAS akan berlangsung di KL. Luka lama antara kedua parti kembali terubat. 

Masing-masing insaf, muasabah bahawa perpecahan Melayu Islam menyebabkan Melayu terhakis kuasa, punya tanahair tapi tak punya tanah, punya mimpi tapi tak punya negara lagi kalau  syaitan dan puaka menjadi punahsihat dalam percaturan politik memburu kuasa.

Para pemimpin kedua pihak diingatkan jangan lidah berputar sama ligat dengan serban jatuh menjatuhkan antara satu dengan lain. 

Pegang pada tali Allah, berjuang membela rakyat, agama dan tanahair tercinta,  perangi hasat dengki, kerakusan dan korupsi yang menggoda.

Ingat, kalau kalian mungkir janji, gigit menggigit sama sendiri alamat Melayu Islam  hilang taring dan gigi hanya tinggal gusi di bumi bertuah ini.

Hari ini Melayu Islam dihina. Malaysia Baru melahirkan para puaka yang gila kuasa, meroyan menyalak langit, menjaja janji yang tak ditepati, melepas kentut busuk dihidu rakyat. 

Teringat pada peristiwa 13 Mei 1969. Si pendatang tiba-tiba menjadi helang di padang asing melanggar sempadan, gairah semangat hendak jadi Yang Dipertuan.

Kalau kamu bernama Melayu, bara semangat Islam kental, jiwa patriotis, pahlawan terbilang, gembeleng tenaga raksaksa Melayu kampung, Melayu bandar, Melayu pantai, Melayu gunung, Melayu miskin, Melayu kaya, benam perselisihan, bersatu tekad, membela  bangsa, agama dan tanahair tercinta.

Dalam perjuangan suci jangan bicara atas nama parti, taksub membuta tuli, tapi hidupsubur jatidiri, maruah Melayu Islam sejati. Ikatan kasih UMNO, PAS hilang kesaktiannya kalau tidak ada bulatan mufakat, Himpun rasa kasih rumpun Melayu Islam dengan parti-parti Melayu/Bumiputra lain, memperkasakan Melayu menghadapi cabaran gelombang dunia tanpa sempadan.

Belajar dari sejarah malang bangsa. Pilih barisan pemimpin terbilang dari berbagai bidang kehidupan, bina kekuatan baru, semangat baru, pengorbanan tanpa sempadan dengan ilmu bekalan dunia dan akhirat, agar Melayu Islam tidak merempat.

Kamu bangkit sebagai pahlawan. Cabar gelombang, tentang taufan. Jangan gentar masuk gelanggang. Tentang mereka yang lupa budi, menjadi tuan di tanah orang. Jangan kau tanam lalang mengharapkan padi. Tanamlah padi menguning emas di ibu pertiwi.

Yahaya Ismail

Sunday, 18 August 2019

Surat Rayuan Bekas Tentera Kepada YAB Perdana Menteri

Rayuan kepada PM Malaysia dari Veteran2 ATM Dan Pesara2 awam.

Semua rakyat Malaysia akan pasti menyokong Rayuan ini.

Salam YAB PM,

Lakukan perubahan ini dan saya Pasti negara akan ikhtiraf kepimpinan YAB.

Pencen seumur hidup yang di berikan kepada ahli politik yang hanya menjalankan tugas sepenggal di Parliament atau DUN adalah satu ketidakadilan yang amat ketara jika di bandingkan dengan Anggota Tentera dan kakitangan awam kerajaan yang telah berkhidmat tidak kurang dari 20 tahun perkhidmatan.

Ini adalah satu perbendaharaan yang amat hina kepada kakitangan kerajaan.

Tidak ada seorang pun yang boleh beri penerangan atau menyangkal kenapa anak2 muda mudi yang telah berkhidmat di dalam Tentera Dan Polis selama 20 tahun atau lebih, risikokan diri mereka semata2 untuk memberi kebebasan dan kemerdekaan kepada rakyat tetapi hanya mendapat 50%  gaji pokok terakhir mereka apabila bersara dan pegawai tentera tauliah jangka pendek dan anggota Lain lain pangkat ATM yang berkhidmat antara 10 ke 20 tahun TIDAK DAPAT PENCEN Langsong. 

Mereka juga telah merisikokan nyawa mereka. Mereka di ibaratkan sebagai hampas oleh kerajaan.

TETAPI MP dan ADUN yang hanya berkerja di tempat yang selesa dan selamat dan yang dikawal oleh anggota Tentera dan Polis yang sama dapat pencen penuh selepas berkhidmat 5 tahun sahaja.

ADAKAH INI MASUK AKAL???

YAB PM, UBAHLAH PERATURAN INI DAN NEGARA AKAN MENGHARAGAI YAB SAMPAI BILA2....

Hapuskan pencen seumur hidup ahli2 politik Yang jadi MP Dan ADUN.

Samalah seperti YAB memotivasikan rakyat biasa untuk melepaskan subsidi kerajaan, motivasikanlah MP dan ADUN untuk melepaskan imbuhan2 dan subsidi2 yang keterlaluan yang tak sepatutnya diberi pada mereka termasuk pencen.

Kami harap ianya bermula dari YAB PM sendiri... 

YAB adalah seorang pakar motivasi yang hebat...

Terima kasih saya ucapkan jika YAB setuju dengan Pendapat saya ini.

~ Yang Ikhlas~
Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)

Saturday, 17 August 2019

MELAYU BERGABUNG BAWAH TUN M

DILEMA MELAYU
SIRI 1077
MELAYU BERGABUNG
BAWAH TUN M
Jangan terkejut beruk kalau semua parti politik Melayu/Bumiputra dibawah satu bumbung, dan Tun M jadi pemimpinnya. Hasil risikan dari beberapa pemimpin berbagai parti politik Melayu mereka bersetuju di bawah satu bumbung, dan Tun M jadi presiden merangkap PM.

Reaksi yang menggalakkan ini tercetus bila DAP, PKR dan berbagai organisasi bukan Melayu cuba menggugat kepimpinan Tun M. DAP dan PKR menjadi besar kepala, besar nafsu serakah hendak menguasai kerajaan PH, menyingkirkan Tun M supaya ajenda 'Malaysian Malaysia'  dan LGBT bebas diamalkan.

Sekarang orang Melayu/Bumiputra  panik kerana mereka menentang DAP dan PKR yang dikuasai homosek kelas antarabangsa yang dilaknati Allah. Ada pihak harap Tun M mati cepat supaya peliwat dengan mudah, tanpa halangan, jadi PM ke8.  DAP dan PKR kini mabuk kuasa, dan menjadi semakin gelojoh untuk menyingkirkan Mahathir.

DAP dan PKR sudah ada ikatan batin untuk berkongsi kuasa. Jangan terkejut beruk kalau peliwat jadi PM dan TPM mungkin Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng. Macai-maca, dan badut-badut yang mengipas pemimpin-pemimpin ini akan dilantik sebagai menteri kelak.

Besar kemungkinan semua parti politik Melayu/Bumiputra mahu bergabung bawah pimpinan Tun M. Mereka berpendapat Tun M mendapat sokongan majoriti orang Melayu/Bumiputra untuk menjamin hak dan kepentingan mereka kekal diabadikan dalam perlembagaan negara.

Besar kemungkinan Majlis Raja-raja Melayu akan menyokong gabungan parti-parti politik Melayu yang mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan hak-hak Melayu/Bumiputra. Pihak istana juga maklum kalau DAP dan PKR berkuasa besar kemungkinan masa depan institusi Raja Melayu akan terancam.

Waktu MacMichael, pesuruhjaya British, berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu menandatangani 'Malayan Union;' menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British orang Melayu menentang 'Malayan Union' dan menyelamatkan raja-raja Melayu dari menjadi 'hamba' Raja British. Ini berlaku pada tahun 1946. Cina dan India serta Benggali tidak terlibat dalam tunjuk perasaan ini. Hanya orang Melayu menyelamatkan raja mereka.

Kali ini, kata beberapa orang pemimpin Melayu dari beberapa parti politik Melayu, menjadi tanggungjawab raja-raja Melayu menyokong perjuangan orang Melayu/Bumiputra mempertahankan kuasa politik Melayu/Bumiputra yang tergugat sekarang. Menjadi tanggungjawab moral dan agama bagi semua umat Islam menyokong gabungan parti-parti politik Melayu/Bumiputra nanti.

Yahaya Ismail

Jakarta Bakal Tenggelam, Presiden Mahu Berpindah Ke Borneo

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini secara rasminya mencadangkan kepada Parlimen rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan di pulau Borneo.
Jokowi menyatakan cadangan itu ketika berucap di Parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74.

“Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” kata Widodo yang bakal mengangkat sumpah untuk penggal kedua Oktober ini selepas memenangi pilihan raya April lalu.

Jokowi bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar ibu negara baharu itu.

April lalu, kerajaan mengumumkan rancangan pemindahan ibu negara dari Jakarta, bandar raya sesak yang mempunyai populasi lebih 10 juta penduduk.

Salah satu faktor keputusan itu dibuat adalah kerana kawasan ibu negara tersebut yang berdataran rendah terdedah kepada banjir dan berisiko tenggelam.
Difahamkan, rancangan tersebut pernah disuarakan buat pertama kali pada 1940-an.

Sebelum ini, pakar telah memberi amaran langkah itu akan menelan kos berbilion Dolar, namun Menteri Perancangan, Bambang Brodjonegoro memaklumkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian 100 trilion Rupiah (RM29.5 bilion) akibat kesesakan trafik di Jakarta.

Dalam kempen pilihan raya baru-baru ini, Jokowi berjanji untuk melebarkan pembangunan ekonomi secara lebih meluas di luar Jawa.

Kerajaan bagaimanapun belum mengumumkan butiran logistik utama langkah tersebut. - Kompas/Reuters

Friday, 16 August 2019

Politik melayu, pandai atau Memandai mandai

Untuk memecat dan reshuffle kabinet adalah tidak begitu praktikal buat masa ini kerana sebahagian menteri yang dipecat pastinya akan menghasut penyokong2 mereka untuk melakukan demonstrasi dan mengaitkan isu perkauman.

Jalan yang paling baik ialah bubarkan parlimen dan berikan rakyat membuat keputusan samada kerajaan sediada perform atau perlu ditukar kembali kepada kerajaan lama.

Tapi masalahnya ialah sekiranya ditukar kepada kerajaan lama nanti orang umno kata mereka di pihak yang benar pada masa lampau.

Pening juga ni...

Rakyat sedikit serba salah dalam memilih parti mana yang sesuai untuk dijadikan kerajaan pada pru akan datang.

Kalau pilih umno nanti zahid hamidi pula yang menjadi perdana menteri.
Kalau pilih PH nanti anwar pula yang menjadi perdana menteri.
Rata rata ahli pkr dan umno pula tidak mahu Tun menjadi Perdana menteri lagi.
Manakala kesemua parti tidak mahu Haji Hadi  menjadi perdana menteri.

Betul betul bercelaru dan memeningkan kepala untuk menyatukan pemimpin pemimpin melayu ini...

Kadang kadang terfikir juga apakah formular canggih yang mampu menyatukan seluruh umat melayu ini...

Fikir punya fikir memang mustahil untuk melayu ini bersatu kerana dok dalam masjid pun melayu bergaduh...

Orang tua ni bukan bisyer bisyer....
Dia punya pisau depan belakang boleh menghiris. Dia lantunkan isu jawi je tapi dap pening, persatuan cina pening, muhyidin pening dan anwar pun pening.

Isu jawi ni sebenarnya bukan isu agama tapi sebenarnya isu yang digunakan untuk tunjuk ajar kepada nama nama yang disebutkan diatas apa yang boleh dilakukan oleh seorang perdana menteri....

Tun Mahathir ni semenjak dari dulu lagi jarang menembak satu burung sahaja menggunakan satu peluru.

Kebiasaannya dia mesti menembak dua tiga burung dengan hanya satu peluru.
Tapi kadangkala dia tak perlu tembak burung pun. Dia cuma suruh seekor burung patuk burung burung yang lain.

Cara Tun bermain politik memang best dan penuh berseni. Kadangkala kita ingat Tun mengundur ke belakang tapi rupanya Tun sedang memukul musuh yang berada di belakang.

Dan kadangkala juga di akhir episod barulah kita tahu siapakah sebenarnya yang cuba jatuhkan Tun dan Tun berjaya pertahankan dirinya dengan seni politik halusnya....

Ph memang berpecah 2 dari segi sokongan...
Pro dap
Pro Tun M

Mengikut pendapat beberapa orang politik  kiraan jumlah pro dap adalah 2/3 manakala 1/3 pro Tun M...

1/3 adalah penentu kepada penubuhan kerajaan kepada PH...

Ada yang mahukan 1/3 ini bergabung dengan pas dan umno dan ini ada sedikit bermasalah kerana umno 100% menolak Tun kerana dendam mereka terhadap Tun masih belum reda lagi...

Apa yang boleh dilakukan hanyalah bertahan sehingga pembubaran parlimen.
Sebelum parlimen dibubarkan amat perlu dilakukan pembersihan besar besaran didalam umno agar kerajaan baru nanti tidak dipegang oleh perasuah dan pemimpin lemah yang tunduk kepada tokeh tokeh cina.

Anwar agak bijak juga kerana berjaya menyimpan sedikit kukunya di dalam pimpinan umno. Dan ini membuatkan pengaruh Tun agak seimbang.

Namun begitu dengan kuasa yang ada memberikan sedikit kelebihan kepada Tun untuk bertahan dari di singkirkan oleh Anwar dengan lebih awal.

Cuma Muhyidin dilihat kurang mahu memberi kerjasama dan ini mungkin disebabkan Mukhriz dilihat begitu rakus mahu naik ke atas.

Seandainya Tun mampu memberi sedikit insurans kepada Muhyidin mungkin kita akan dapat lihat KDN akan menjadi sebuah kementerian yang paling digeruni oleh dap...

Permainan politik negara ini lebih berkisar kepada 3 figura ini saja... Mereka adalah player kepada suasana politik negara. Mereka kalau berdehem pun bisa memeranjatkan ramai orang....
Tun
Anwar
Lim Kit Siang

Figura figura yang lain cumalah mengambil kesempatan sahaja diatas permainan ketiga tiga ikon tersebut....

Tun dikenali sebagai the game changer... Suasana politik tanahair banyak dipengaruhi oleh tindak tanduk dan kata kata beliau...

Namun begitu sekiranya pemimpin melayu yang lain lebih banyak mengikut dan taat kepada Tun besar kemungkinan negara ini tidak menghadapi banyak masalah...

Masalah utama dalam politik negara ini bukanlah kerana kekurangan orang bijak pandai tapi masalah utamanya ialah terlalu ramai orang yang memandai mandai....

Istilah perkauman di Malaysia

Perkauman di Malaysia hanya apabila Cina dan India disentuh!!!

Manakala apabila Melayu dan Islam dicaci serta dihina dengan pelbagai rupa bentuk itu adalah kebebasan bersuara bagi mereka yang turut disokong oleh Melayu yang tali barut.

Thursday, 15 August 2019

Akhirnya Menteri Pendidikan Tunduk Layu






KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI MENGENAI ISU PENGENALAN TULISAN JAWI

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 sekali lagi telah membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mulai tahun 2020.

2. Dalam perbincangan terkini, Jemaah Menteri telah membuat keputusan mengekalkan keputusan Jemaah Menteri pada minggu lalu supaya pengenalan tulisan Jawi ini diteruskan, tetapi dilaksanakan hanya jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan akan teruskan seperti biasa.

3. Jemaah Menteri turut mengekalkan keputusan untuk pengenalan tulisan Jawi ini dimuatkan sebanyak 3 muka surat di dalam buku teks.

4. Jemaah Menteri juga secara sepakat mengekalkan keputusan agar pengenalan tulisan Jawi ini tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.

5. Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan Jawi ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan jawi dan bukannya khat, dan hanya diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid Tahun 4 mulai tahun 2020, murid Tahun 5 pada tahun 2021 dan murid Tahun 6 pada tahun 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan.

6. KPM berharap melalui keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri ini, isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

7. KPM dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak demi kebaikan dan manfaat sistem pendidikan negara.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14 OGOS 2019


Wednesday, 14 August 2019

The Chinese Dilemma

YE LIN SHENG pemegang PhD, Penulis buku THE CHINESE DILEMMA. Kalau tak sempat baca bukunya, baca dan sebarkanlah rumusan bukunya seperti berikut...

APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA:

1. Pandangan ini adalah dari Ye Lin- Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di:
- Malaysia,
- Hong Kong,
- Australia,
- Thailand,
- Singapura,
-.Britain dan
- Amerika Syarikat.
Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysia lah yang paling :
- tidak bersyukur,
- kejam, serta
- mengkhianati perjanjian ataupun
- tidak mahu rujuk perlembagaan Malaysia

Dalam buku Ye Lin- Sheng The Chinese Dilemma - East West Publishing, Australia, 2003, Ye Lin- Sheng menulis:

2. Pengiktirafan orang Cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang- orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.
Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana- mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik"

3. Keangkuhan orang Cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.

Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka.

Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina"

4. Perkauman orang Cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu.

Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia daripada orang Melayu. Apa yang ada di minda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. 

Sebab itu orang Cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini.
Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis"

5. Penghinaan orang Cina : "Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah "Menghina" terhadap orang Melayu.

Dalam dialek Cina yg tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. 

Maknanya, Bangsa yang tidak Bertamadun..

Malahan orang Cina yang memeluk Islam dikatakan telah ‘masuk Melayu’.
Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi Askar atau Polis kerana anggap itu kerja kotor dan hanya Eksklusif kepada kaum Melayu sahaja.. 

Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan Tamadun Cina lebih tinggi berbanding Budaya dan Tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun.. 

Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘Ketuanan orang Putih’ kerana menganggap tamadun dan Budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap Tamadun Melayu -Bumiputera."

6. Sikap negatif orang Cina :
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan Kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka.

Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan Usahawan atau Syarikat2 Melayu.. di mana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang Cina berniaga. 

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka.

Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat"

7. Isu Tuan Rumah:
"Siapakah Tuan Rumah Negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku Tuan Rumah, dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah sbg tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat.
 
Orang Cina Malaysia sepatutnya berasa malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi Kerakyatan.... 

Akhirnya mereka cuba hendak merampas serta menindas Tuan Rumah - Bangsa Melayu. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar dan ramai.

Jika saya: Ye Lin Sheng, penulis Buku, adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan Perlembagaan dan Sosial Kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar"

8. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah oleh Cina :
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah satu Bangsa yang bersopan santun dan kaya dengan kesabaran...

Sudahlah mereka bersusah payah Berjuang bermati- matian untuk membebaskan diri dari Jajahan Barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di Tanah airnya.. 

Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana mereka sudah diberi peluang utk mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap Bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia. 

Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras, Ekstrim serta Perkauman.
Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis sehingga kini.. 

Sebenarnya jujur saya mengatakan orang Cina Malaysia sedang Menjajah Orang Melayu... 

Mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata"

Rujukan Buku:
The Chinese Dilemma
*LIN-SHENG*


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...