Friday, 29 May 2020

Zaman untuk berjimat cermat

Orang kita masih dlm *"honey moon"* mood dan mood festival. Masih seronok cuti lama.

Kita tengok lepas 6 bulan ni, macamana keadaan yang dibuang kerja, yang freelance..great depression diseluruh dunia akan sampai awal tahun depan. 

*Sektor pelancungan dah mula terkesan, airlines rugi USD500 billion di seluruh dunia, hotel dah mula tutup,* Air BNB pun dah mula di lelong, Lepas 6 bulan, kereta, rumah, akan mula dilelong.  *Ramai yang akan muflis.*

Sektor perumahan, "sejuk" sangat skrg. Kereta motor sales jatuh teruk dalam 2 bulan lepas.

SME banyak yang tak boleh nak sambung meniaga. Restoren income separuh atau kurang separuh.

Di China, kilang dah dibuka, order tak ada, di US 32 juta hilang pekerjaan.

*Hutang isi rumah orang Malaysia, tinggi dan simpanan rendah.* 
Orang Malaysia masih dalam mood happy.. lagi lama PKP ,lagi ramai akan dibuang kerja. Kerajaan nak buat apa? Kalau SME memang dah tak berupaya sambung meniaga.

Genting Berhad pun dah mula buang pekerja, (konglomerat besar tu) di panggil MSS, bukan sektor perhotelan dan gaming sahaja, sektor hartanah pun di buang (MSS)

Jadi, berjimat cermat lah...jangan kerap sangat serbu IKEA, Poh Kong, AEON bila bantuan RM1600 di beri...belanja utk keperluan asas dulu.

Reality great depression  ini akan menjurus kepada jenayah, merompak, pecah rumah ,ragut dan lain lain.

Brace for it...bukan sekadar penyakit Covid-19, the aftermath is far greater than we think.

Thursday, 28 May 2020

Tun Mahathir beserta Kuncu kuncunya dipecat dari PPBM

Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipecat daripada parti itu.

Mahathir merupakan pengerusi Bersatu, manakala Mukhriz merupakan timbalan presiden parti itu.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipecat.

PH Bakal Merampas Kuasa?

Hamdan Taha

Semalam bekas Menteri Wilayah dan pakar strateji parti Amanah iaitu Yb Khalid Samad buat kenyataan bahawa PH telah cukup jumlah MP dan bersedia membentuk kerajaan PH semula dengan Calun PM yang telah di tetapkan dan terpulang kepada Dato Seri Anwar untuk menerimanya......

Begitu juga tulisan sahabat sekampung saya sdr shahbudin hussin juga menulis ayat yang sama iaitu PH telah cukup jumlah MP untuk membentuk kerajaan PH semula....malah shabudin lebih berani menyebut PH dah ada 128...

Persoalannya....

Siapakah bakal PM dari PH itu tidak sukar untuk kita tau dan faham siapakah orang itu. Sudah tentu hanya ada dua nama sahaja. Tun Dr M atau pun Dato Seri Anwar Ibrahim dan mustahil selain dari dua nama ini. Dari dua nama itu sudah tentu nama Tun Dr M yang akan di angkat kerana dia tidak mungkin pula membenarkan Dato Seri Anwar pulak menjadi PM kerana jika dia bersetuju AI jadi PM dari tahun 98 lagi kemelut politik malaysia tidak akan menjadi ribut dan carca marba seperti sekarang .....semuanya kerana Tun Dr M tak mahu AI jadi PM....

Tetapi siapakah Khalid Samad yang begitu berani dan lantang membuat kenyataan begitu. Selama 21 bulan PH memerintah Khalid Samad ini hanya jadi bahan lawak dan Menteri yang kerap membuat kenyataan salah dan maklumat yang kerap salah dan tidak tepat. Kenapa perlu Khalid Samad yang buat pengumuman siapakah dia di dalam PH...apabila Khalid yang buat kenyataan tidak ada pihak yang ambil serius sangat kerana orang anggap ini masih lawak jenaka....

Jika betul PH dah ada cukup jumlah MP yang menyokong mereka Khalid samad....dan PH tidak dapat membantu apa apa pun dan di kalangan pimpinan Dap...PKR dan Amanah tidak ada seorang pun yang mampu menambah jumlah MP untuk menyokong mereka. Dato Seri Anwar pun tidak cukup mampu untuk mencari tambahan undi dari MP yang ada selain PH....

Siapakah yang mampu buat jika betul ada MP yang sudah bertambah dari jumlah 109 dari jumlah yang ada. Ada dua orang sahaja yang mampu buat kerja kerja tambahan ini jika dia terlibat dan campur tangan. Orang itu ialah Tun Daim Zainuddin dan pasukannya sahaja yang boleh bekerja ke arah itu jika benar dia bergerak untuk menjadikan Tun M sebagai PM kembali....itu pun kerana bukan sebab kasih sayangnya kepada Tun Dr M tetapi kerana ada pihak dari PN telah mendesak supaya SPRM siasat Tun Daim....sudah pasti dia marah dan geram...

Tambahan pula hubungan Tun Daim dengan Tan Sri Muhyudin tidak begitu mesra. Semasa kerajaan PH terbentuk Tan sri muhyuddin tidak di angkat menjadi Menteri Kewangan timbul perbalahan antara Tan sri muhyuddin dan Tun Daim juga Tun Dr M dan ini bukan satu rahsia lagi....ianya telah di dedahkan oleh pimpinan Bersatu dalam berapa siri tulisan....Tan Sri Muhyuddin merajuk dan ugut untuk letak jawatan sebagai menteri dalam negeri ketika itu sebab terasa jawatan itu terlalu kecil untuk beliau. Tun Daim Lah tempat luahan rasa amarah ketika itu....

Persoalannya sekarang jika PH dan Tun Dr M telah cukup jumlah MP pun kemana arah yang mereka nak bawa. Sidang parlimen ada dua bulan lagi iaitu Julai. Apakah PH akan menukar kerajaan dengan membuat undi tidak percaya di parlimen. Jika PH menang sekali pun ketika itu Tan Sri Muhyuddin masih lagi PM dan beliau masih boleh memberikan nasihat juga pandangan kepada DYMMDPA supaya Parlimen di bubarkan. Apakah PH yakin boleh menang PRU ke 15....dalam keadaan sekarang ini....apakah Khalid Samad telah buat kajian mendalam bahawa mereka boleh menang lagi sekali dalam keadaan rekod 21 bulan PH memerintah yang tidak begitu popular di kalangan rakyat....

Apa pun buat masa ini pandangan peribadi saya...jika melibatkan Tun Dr M rakyat melayu nampak kurang berselera tidak seperti sebelum pru 14....bukan orang melayu saya yakin mereka boleh bersama PH lagi....itu pun kajian perlu di buat secara detail juga...

Kita lihat kejatuhan kedah Mukriz sebagai MB nampak rakyat kedah boleh terima dengan baik. Tidak seperti kejatuhan kali pertama Mukriz semasa di zaman BN ada rakyat kedah bangkit dan menyatakan ketidak puas hatian mereka kejatuhan Mukriz....sehingga pru mereka menang dan pas juga menang. Umno kalah teruk....kali ni jatuhnya mukriz tidak memberi impact yang kuat pada politik PH...

Bukan saja Mukriz tetapi kejatuhan Tun Dr M sebagai PM juga tidak di iringi air mata...dan kesedihan oleh mana mana pihak...kecuali LGE dan Mujahid juga Khalid samad sahaja....malah ramai yang lega dan sedekah pisang ke masjid bila tun dr m letak jawatan

Saya ketepikan soal AI di sini kerana kejatuhan PH ramai orang PKR dan penyokong AI marah kepada Tun dr M sehingga sekarang...mereka tidak percaya kepada Tun Dr M lagi.....dan kebencian mereka di zahirkan dengan jelas....

Pokoknya jika Tun Dr M juga calun PM dari PH di manakah tempat Dato seri Anwar Ibrahim.....tak kan nak di sebut Bakal Penganti PM lagi....nanti akan jadi bahan ketawa...bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.....

Jadi tulisan saya ini sekadar hairan kenapa Khalid Samad terlalu kedepan dan ghairah buat kenyataan yang tidak pun untung kepada mereka....

PH dan Khalid juga jangan lah menolak bahawa Tan sri muhyuddin sekarang ini.adalah PM malaysia dan ada kelebihan yang banyak untuk beliau gunakan bagi mengekalkan kekuasaan. Dalam banyak ahli politik dua orang sahaja di Malaysia ini berjaya Memperbodohkan Tun dr m sehingga Tun Dr M tak boleh mati dalam.keadaan tenang....

1. Pak Lah BBadawi
2. Tan Sri Muhyuddin Yassin...

Dua tokoh ini lah yang mampu membangkitkan kemarahan melampau tun dr m.....setakat ini dato seri anwar dan najib berjaya di.sekat oleh tun dr m....tapi tidak dua tokoh di atas.....dua dua tokoh itu masa di bawah ketiak tun dr m sentiasa yes sir....dan tak tunjuk mereka itu bijak...sentiasa nampak mereka bodoh dan tak cerdik..

Tapi....dua dua tokoh itu lah berjaya tumbangkan tun dr m dalam keadaan tak sedar...

Wednesday, 27 May 2020

Berakhirnya Empayar Singa Tua

Pengakhiran kepada sebuah kehidupan.  Gambar seekor singa jantan tua yang berada di ambang kematian ini diambil oleh jurugambar Larry Pannell. 

Singa jantan apabila ia meningkat tua, pasti akan berdepan cabaran dalam mempertahankan kawasannya daripada singa jantan muda yang akan cuba merampas kawalan ke atas kawasan.  

Sekiranya singa tua tersebut berjaya dalam pertarungan dan menghalau singa jantan muda, kawasan itu masih miliknya. Manakala apabila ia gagal, singa jantan tua akan dihalau dan akan hidup bersendirian.  

Mungkin hari ini kita sedang berada di puncak kegemilangan. Namun siapa yang dapat jangka apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.  

Tragik.. segagah atau sekuat mana hidupan itu, pasti tidak akan mampu melawan masa dan takdir yang telah ditetapkan.  

Tuesday, 26 May 2020

PM Yang Disayangi Majoriti Orang Melayu

PERDANA MENTERI PERMATA NEGARA

Bermulanya era kerajaan ph, rakyat sangat mengharapkan "satu sinar baru". 

Tapi apa yang diharapkan tidak kunjung tiba. malah kenyataan awal yang keluar ialah.

1. kerajaan tiada wang
2. sukar membaiki kesilapan kerajaan lama (diulang-ulang)
3. manifesto bukan kitab suci
4. rakyat jangan bersikap malas dan harapkan bantuan kerajaan.
5. e-wallet rm30
6. negara mahu muflis
7. kewangan negara hanya 450 juta dalam 5 bulan


Dan macam-macam lagi alasan supaya rakyat menyumbang derma.

Tiba-tiba kerajaan ph dirosakkan oleh ph sendiri.
Perebutan jawatan pm, pm letak jawatan, pm interim seminggu dan akhirnya agong melantik pm baru.
muncullah kerajaan baru.

Muhyidin diangkat menjadi pm. 
di kala musibah melanda negara.
di kala rakyat menjangka negara tiada kewangan kerana lakonan ph.
di kala saham jatuh. 
di kala banyak aset negara telah dijual.
umpama jerat dan umpan bagi dia. 

kerajaan ini sering diprovok dengan statement 
kerajaan tiada manifesto. 
kerajaan pintu belakang.
kerajaan tebuk atap. 
tapi hanya dalam beberapa hari saja kerajaan ini berdiri beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku.

1. pm sekali-kali tidak keluarkan statement yang membuat rakyat gusar walau disepit oleh masalah covid19.

2. kerajaan yang dikatakan tiada wang telah membantu sebilangan rakyat yang memerlukan. sehinggakan rakyat pula yang naik bimbang dan kasihan dengan tindakan kerajaan ini. 

3. sikap prihatin pm dan jentera kerajaan sangat jelas dan terbukti dari segi ketegasan melakukan amanat menjaga keselamatan rakyat dari covid19.

4. selama mendepani isu covid19, pm sama sekali tidak menyentuh isu politik dan masalah yang sedang berlaku sebab pm tahu bukan masanya untuk mempersoalkannya.

5. harga minyak beberapa kali diturunkan walaupun ada yang mengejek "tindakan yang tidak masuk akal" kerana rakyat dalam pkp.

6. semua pihak diperhatikan agar sikap "win-win situation berlaku". perihal pinjaman, hutang dan sebagainya diteliti solusi yang terbaik walau tidak semuanya berpuas hati tapi terbukti adanya tindakan yang baik dilakukan. 

7. pilihan menteri-menterinya adalah tepat yang saling membantu dan dapat menjalankan amanah.

Walau tiada manifesto tapi nampak hasil. Walau dikecam dari pintu belakang tapi berjaya memikul rintihan rakyat.

Walau baru 2 bulan namum lebih baik dari pemerintahan ph 22 bulan.
itulah pm dikata permata. 

Punya pengalaman yang sangat luas. 
sentiasa merendah diri.

Sentiasa tersenyum.

Santai bila bicara. 

Meminta maaf bila perlu.
beliau membawa malaysia di dalam pentadbiran yang tenang dan baik.

Jangan sesekali menolak permata negara.

MAHA HEBAT percaturan ALLAH
sebagai hambaNYA berjalanlah dengan kebenaran kerana setiap daripada ALLAH itu adalah yang terbaik.

Takbir!
ALLAHUAKBAR!
WA LILLAHIL HAMD


Saturday, 23 May 2020

Nak bagi tau skit kat orang dalam gambar tu

Nak bagi tau kat dia ni... Musuh melayu ni ramai... Sebenarnya kita dah dikelilingi oleh musuh termasuk lah dap dan orang yang dia katakan tu...

Skang ni kita nak buat musuh musuh kita ni bercakaran sesama sendiri.

Kalau dorang tak bercakar teruk kita nanti kena lanyak kalau dorang combine...

So nak bagi dorang jangan combine kita kena join dengan musuh yang faham cakap melayu...

Setidak tidaknya kita tahu dorang perlukan kita juga lambat laun nanti...

Friday, 22 May 2020

Biarkan Politik Negara Stabil

Kita dah banyak buang masa dengan politiking dalaman maka ada baiknya kesemua parti yang bertunjangkan melayu islam ini berbaik baik dan bersatu hati menumpukan kepada gerakerja untuk menguatkan ekonomi melayu.

Kuasa dah dapat balik maka apa lagi tunggu???

Dulu dah buat silap sebab terlalu angkuh sampai hilang kuasa dan skang dah dapat balik kuasa.

PH dah tumbang tapi yang didalam PN masih berantakan ni kenapa?

Susun la semula penyatuan orang melayu dan bukannya masih mencari sebab untuk berpecah belah...

Tak habis habis dengan sifat bongkak inilah yang menyebabkan mereka kalah pru lepas.

Kita mendapat semula kuasa ini bukanlah kerana kehebatan bermain facebook tetapi disebabkan Allah swt masih memberi peluang untuk kita perbetulkan kesilapan yang lepas.

Setiap pengerusi parti negeri dan bahagian perlu perkemaskan semula pentadbiran dan pengurusan mereka. 

Kalau ada ahli yang merajuk cepat pergi pujuk dan bukannya membiarkan mereka bergelandangan membawa isu yang boleh menjatuhkan parti...

Sesama komponen pula hentikan saling ejek mengejek. Perlu belajar dari kesilapan yang lepas dan perlu belajar dari kejatuhan PH.

Sokongan kita adalah terhad kerana kali ini kita hanya mengharapkan undi orang melayu.

Jangan biarkan orang melayu merajuk dengan parti terlalu lama.

Seni memujuk lebih didambakan daripada seni menghina dan memaki hamun diwaktu ini.

Dari segi keterampilan nampaknya Muhyidin dan Ismail Sabri mendapat perhatian daripada rakyat... 

Ini petanda baik dimana kedua tokoh ini boleh dijadikan satu kombinasi untuk memimpin perikatan pada pru akan datang.

Kedua mereka ini boleh diterima kerana kurang bercakap dan hanya bercakap bila perlu sahaja.

Orang politik di akhir zaman ini lagi banyak bercakap lagi banyak keluar bodohnya dan makin menyakitkan hati rakyat.

Dan ini tidak dilakukan oleh kedua tokoh tersebut.


Monday, 18 May 2020

Betul ke kerajaan Tebuk Atap?

PH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah. 

Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH. 

1. Sabah.
BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. 
Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI?

2. Kedah. 
PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar. 
Kerajaan ini kerajaan apa? 
TEBUK DINDING??? 

3. Perak
Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak. 
Apa nama sesuai utk Kerajaan ini? 
Kerjaan TEBUK LANTAI???

Selepas 22 bulan PM7 pun penat atau tersilap perkiraan atau tersilap perkataan. PM7 letak jawatan. Bila PM letak jawatan maka dg sendirinya semua Jemaah Menteri secara otomatik meletak jawatan dan kerajaan terbubar. 

PAS dan UMNO persembahkan kpd YDPA utk bubar parlimen. YDPA tolak dan minta MP2 buat keputusan. Demi menyelamatkan negara PAS + UMNO + MCA + MIC + MP bebas (x-PKR) bersetuju menamakan TSMY sebagai PM dan YDPA berpuashati TSMY memiliki sokongan majoriti ahli parlimen lalu berkenan melantik TSMY menjadi PM. Terbentuklah kerajaan PN. (Ada tebuk mana2 dinding? Atap? Masuk Istana ikut pintu belakang?) 

Yg rasional dan faham perlembagaan tentu tersenyum. Kerajaan PERIKATAN NASIONAL adalah kerajaan yg sah dan kini terbukti sebuah kerajaan yg PERIHATIN terhadap RAKYAT,  bukan macam kerajaan 30 ringek.

Sunday, 17 May 2020

Dap atau Mca?

Agak sedikit pelik bila kita kritik dap mereka terus bercakap pasal mca.

Agaknya mereka mahu mengalihkan perhatian kita kepada parti yang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh tersebut agar kita melupakan agenda dap yang lebih merbahaya.

Mengkritik mca yang tidak mempunyai pengaruh adalah seperti menendang tin kosong yang tiada hasil.

Lagi pun mca bukannya mampu menang pilihanraya pun.

Baik mca mahupun dap mereka mempunyai warna hati yang sama. Cuma kelebihan kerajaan PN ialah mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyamak mca kerana mca berada diluar rumah manakala dap berada didalam bilik tidur.

Dari segi logiknya PN ialah kerajaan majoriti orang melayu. Buktinya semua kerusi kerajaan PN adalah kerusi orang melayu.

Sukar nak dinafikan begitu walaupun  cuba dihujahkan dengan perbagai alasan.

Dulu kita menyokong PH dengan niat nak mengajar umno agar jangan terlalu bongkak dan sombong kepada rakyat apabila kita menegur.

Sepanjang 22 bulan takde kuasa diharap mereka insaf dan pulangkan segala harta samunan kembali kepada rakyat.

Kalau dah pakai banyak pun, pulangkan lah baki yang sedikit tinggal tu pun tak mengapa.

Kita sesama melayu bukannya mahu berkira sangat tapi janganlah buat lagi.

Bila kita hentam dap, mereka terus melenting seolah olah kita mengganggu periuk nasi mereka. 

Mereka pun balas dengan menghentam mca. 

Macamlah kita nak terasa bila mereka hentam mca.

Memang kita galakkan mereka hentam mca agar mca mengunci mulut mereka dan tidak mengganggu kerajaan melayu ini.

Sebenarnya kita segan juga nak hentam mca... Bila menghentam mca ni ibarat seperti membuli orang OKU.

Maklumlah mca nak menang satu kerusi pun terpaksa mengharapkan sokongan melayu.

Itulah sebabnya kita lebih fokus kepada dap yang tampak lebih garang dan suara dehem nya saja boleh membuatkan pemimpin melayu didalam PH menggeletar lutut dan penyokong melayunya melompat lompat kemarahan.

DAP dpt kuasa terus kerja keras utk masa depan kaum CINA. BERSATU dpt kuasa masih bernostalgia dengan kejayaan & kehebatan PM 4. PKR dpt kuasa hari2 puja Anwar. AMANAH dpt kuasa masih berhibur lawak jenaka Mat Sabu. Sekarang semua dah tersungkur. 

UMNO masih memuja Jibby. Sekarang tengah selongkar lubuk duit. PAS hudud dah senyap. Dari Viva dah upgrade Mercedes. Apa yg org Melayu biasher2 dpt? Cina & India konsisten undi DAP. Melayu pecah 10. Sedih.

Sokonglah Muhyiddin Yassin. Asal bukan DAP.

Saturday, 16 May 2020

Rakyat sedang memerhati performance Pakatan Nasional

Antara penyebab kejatuhan kerajaan Islam lampau adalah kerana pemimpinnya lalai dari ajaran Islam.

Mereka zalim kepada rakyat sendiri dan berlaku pemberontakan.

Apabila berlaku peperangan masing masing pihak meminta sokongan dari orang kafir untuk mengekalkan kuasa yang akhirnya orang kafir yang memerintah negara mereka.

Apa agaknya yang tak kena dengan orang melayu ini? Selagi boleh mereka akan terus berbalah dan mencari titik perbezaan...

Sehina hina bangsa yahudi sekalipun mereka mempunyai satu adab dimana tidak akan berperang pada hari sabtu, namun ini berbeza dengan orang melayu bertelagah tidak kira waktu walaupun di bulan romadan.

Sebenarnya tidak perlu risaukan penyokong pakatan harapan kerana mereka akan terus terusan menyerang kerajaan melayu ini sehingga akhir zaman.

Yang perlu dikhuatirkan ialah persefahaman diantara sesama komponen didalam Pakatan Nasional.

Allah telah memberi peluang buat kali kedua kepada orang melayu untuk memerintah secara total maka gunakanlah peluang ini sebaik baiknya.

Jangan terlalu taksub kepada parti melebihi tanggungjawab dan amanah kepada agama.

Sejak sebelum Pru lagi PH tak habis habis dengan isu najib.

Isu najib punya pasal sampai isu melayu dan agama di kesampingkan.

Orang kafir dok hentam agama islam, orang kafir mabuk dok langgar sampai mati orang islam tapi isu najib juga yang digembar gemburkan.

Dulu rakyat sudah bagi peluang kepada BN dan mereka kecewa...

Kemudian rakyat bagi peluang kepada PH dan mereka terus juga kecewa.

Dan kini rakyat mahu memberi peluang pula kepada PN...

Moga PN menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Sekiranya mereka perform maka next pru mereka boleh masuk putrajaya mengikut pintu depan...

Friday, 15 May 2020

DILEMA MELAYU SIRI 2173 TUN M, ANWAR, SIAPA TUNGGANG SIAPA?(Yahaya Ismail)

DILEMA MELAYU
SIRI 2173
TUN M, ANWAR
SIAPA TUNGGANG SIAPA?
(Yahaya Ismail)

Selepas langkah kiri jatuh tangga ditimpa tangga Tun M kembali mengasap keris tua berlok sembilan, tikam ke laut ikan terkangkang, tikam ke darat setahun padi tak menjadi. Selagi nadi berdenyut dia akan bersilat, berkuntau dalam gelanggang memburu tuah yang sudah hilang..

Barangkali Allah hendak menyedarkan Mahathir dalam usia 94 tahun sekarang, mata semakin kabur, tenaga semakin kurang, langkah  silat agak sumbang. 

Dia kembali berpaut harapan dengan Anwar, dua kali penghuni Sg Buloh, hampir Yusof Rawther hendak disentuh, sahabat karib Rumah Putih, Zionist berkuasa sahabat mayapadanya.

Kini Anwar kembali tunjuk keris tuanya lok tujuh berkarat.Kembali meraung, menyalak bakal PM dalam mimpi ngeri. Dia tahu tanpa sintuk limau  Mahathir tuah tidak akan menghampiri menjadi bakal PM walaupun mempunyai 40 orang pecacai MP. 

Kemenyan sudah dibakar, keris tua lok sembilan diasap, tapi MP setia laih berdiri. Bagaimana dia hendak kembali berkuasa? Terpaksa kembali  membenam sengketa antara dia dengan Zionist lover. Siapa tunggang siapa?

Apakah rakyat yang siuman akan menerima peliwat tua sebagai bakal PM? Apakah muslihat Mahathir, hilang kuasa ditimpa bala, sanggup menyokong peliwat tua kembali?  Apakah dia sudah lupa sumpah lama tidak mahu menanggung dosa menyokong peliwat jadi PM?

Mahathir mungkin lupa sebab terlalu tua hendak kembali berkuasa. Rakyat masih ingat mereka tidak mahu bala menimpa kalau puak Nabi Luth berkuasa. Mahathir jangan buat-buat lupa. Allah Ta'ala Maha Kuasa. Sokong peliwat bala menimpa rakyat dan negara, juga dia.

Inilah  mainan politik Melayu. Tikam menikam, khianat mengkhianati, baling batu sembunyi tangan. Punahsihat iblis dengan puaka, mantra bomoh, sami Hindu dan Budha gila kuasa punya  angkara.  Rakyat jadi buah catur. Bagi BRIM mereka akur. 

Rakyat mesti bangkit. Muntah dan muak menonton para pelakon tua berlakon sendiwara. Kalau mahu perubahan  kuasa orang muda  jadi pahlawan, PRU 15 ada pilihan.

Monday, 11 May 2020

Grand Master Bermain Politik

Tindakan Tun mengusulkan undi tidak percaya kepada Muhyidin sebenarnya bukanlah mahu menjatuhkan Muhyidin tetapi sebaliknya satu signal berbentuk amaran buat umno, agar jangan terlalu mengugut  PPBM.

Sebelum ini semasa PH menjadi kerajaan Tun telah diugut oleh PKR dan Dap untuk melepaskan jawatan kepada Anwar, dan hasilnya Tun buat magik dan kerajaan PH tumbang.

Nampaknya umno tidak mahu belajar dari situasi tersebut.

PPBM adalah satu parti rapuh, mereka perlu bernafas dengan dengan serba sedikit kuasa yang ada dengan cara menjadi penentu kepada 2 pihak yang bertelagah.

Mereka tidak mempunyai ramai penyokong seperti parti parti lain. Malah kemenangan mereka pada PRU lepas hanyalah sebagai penambah kerusi sahaja kepada pakatan harapan.

Satu strategi grand design perlu dibuat untuk membuatkan parti PPBM ini mampu bernafas walaupun agak menyesakkan sedikit.

Caranya ialah kekuatan parti perlu dibahagi dua. Satu ke pihak umno dan satu ke PH.

Sekiranya umno dilihat terlalu mendesak dan mengugut maka Tun akan memainkan peranannya disebelah sini pula.

Sekiranya ini berlaku umno dan pas akan kehilangan kuasa dan kali ini tiada lagi kepercayaan PPBM untuk bersama umno lagi hingga kiamat.

Dan pastinya sekiranya PH menjadi kerajaan semula umno akan dikuburkan buat selama lamanya.

Sebenarnya umno faham apakah kehendak Tun. Tun mahukan insuran akan nasib parti PPBM pada pru akan datang.

Selagi tiada satu ikatan diantara parti umno, pas dan PPBM tentang pengagihan kerusi pilihanraya maka selagi itu PPBM tidak berada di dalam situasi selamat.

Umno terlalu faham apa yang dihajati oleh Tun namun tidak mahu memberi talian hayat kepada PPBM.

PPBM hanyalah parti rapuh yang mengharap kepada kekuatan parti parti lain untuk memenangi pilihanraya.

Umno dilihat lebih rela menerima Muhyidin masuk ke dalam umno daripada memberi kekuatan kepada PPBM.

Berkongsi kerusi dengan PPBM hanya akan membuatkan umno menjadi semakin lemah pada pru akan datang.

Namun menerima kemasukan Muhyidin akan membuatkan team Azmin pula tercicir.

Politik malaysia dalam dilema...

Sunday, 10 May 2020

Nikmat Sedih

Ramai orang yang mencari Allah dan berjaya menemui Allah ketika sedih. Tak ramai yang mencari Allah ketika dia gembira...

Walaupun kita tak disuruh mencari sedih namun sedih berjaya membawa kita menemui Allah.

Ramai orang yang tak pernah ingat Allah tapi mula mengingati Allah apabila berlaku perkara sedih kepadanya.

Ramai orang sombong dan bongkak menjadi tunduk dan tawaduk kerana berlaku perkara sedih kepadanya.

Sekiranya bukan kerana Allah campakkan perasaan sedih itu mungkin ramai yang mati sebagai ahli neraka.

Mahasuci Allah... Allah sentiasa berulangkali mengenakan perasaan sedih kepada insan agar dia kembali kepada Allah.

Thursday, 7 May 2020

DOA ORANG YANG DIZALIMI

Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.

Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada. 

Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.

Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.

Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. 
Beberapa kali dicuba, namun tiada. 

Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. 
Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya... Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu. 

Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu...

Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. 

Kepada jiranku juga harus diberikan. 

Selebihnya barulah aku jualkan. 

Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperolehi.

Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan...

Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan. 

Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran. 

Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.

Maka, ikan itupun dibawa pergi... 😥😥

Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas. 

Kepada siapa hendak dia mengadu..? 

Hanya kepada Allah Tuhan yang satu. 

Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.

Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.

Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya. 

Lama kelamaan mula bernanah. 

Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya. 
Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. 

Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya. 
Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal. 

Seorang tabib dari luar di bawa. 

Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi. 
Ketika itu, akurlah sang raja. 
Lantas betisnya itu pun dipotonglah.

Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. 
Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. 
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah. 

Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.

Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.

" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.

" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.

" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.

Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan. 

Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan..

" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.

Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.

" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.

" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.

" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.

Akhirnya nelayan itu pun berkata... ;

"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..." 

"Apa doamu?", soal raja 

Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...

“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.
.
.
.

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :-

“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa
~ Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan

Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga
~ Dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.

Wallahua'lam

Petikkan Dari Ustaz Ahmad Nasir

Wednesday, 6 May 2020

#BREAKING NEWS: KITA HAMPIRI KEMENANGAN DI LAUT CHINA SELATAN



1. Alhamdulillah! Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia.  Meski pun diganggu hebat oleh kapal-kapal China, kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bulan Petronas menjalankan kerja eksplorasi di sana.

2. Sejak Disember 2019 lalu, Petronas melalui kapal West Capella telah menjalankan kerja eksplorasi di dua lapangan minyak dan gas iaitu Arapaima-1 di blok ND1 dan Lala-1 di blok ND2. Kronologi ini dicatat rapi oleh portal Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI).   

3. Kemenangan pertama kita terhasil pada Mac lalu selepas kita berjaya menyelesaikan kerja eksplorasi di Arapaima-1.  Perlu diingat, ketika itu China mengirim kapal raksasa (Monster) sebesar 4,000-tan iaitu Zhaoduan-class 5305 dan juga kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203 untuk menghancurkan usaha kita.

4. Tentera kita telah bertindak balas dengan luar biasa apabila mengerahkan KD Jebat sebesar 2,270-tan yang berjaya menghimpit kapal China ke sudut sukar pada Januari 2020.

5. KD Jebat telah dibantu oleh KD Kelantan serta kapal 45 meter milik Maritim Malaysia iaitu KM Bagan Datuk.

6. Akibat kegagalan mereka untuk memusnahkan usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1, China telah menjadi berang dan menghantar kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) serta meningkatkan gangguan ke atas kapal-kapal kita di blok Lala-1 pula melalui Haiyang Dizhi 8 dan juga kapal pengawal pantai CCG 1105 dan 4203.

7. Tidak hairanlah apabila dengan segera, Amerika Syarikat telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 ke wilayah kita - malah Kapal Frigat Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta turut serta.

8. Hari ini, data menunjukkan kapal TLDM KA Bunga Mas Lima terus memberi sokongan melindungi kapal West Capella yang dikontrak oleh Petronas, meski pun terus diasak hebat oleh gangguan kapal China.

9. Kita kini semakin hampir dengan kemenangan. Sebaik sahaja eksplorasi Petronas di blok Lala-1 selesai seperti mana yang dijadualkan dalam bulan Mei 2020 ini juga, sejarah akan tercipta bahawa sesungguhnya kita telah berjaya mempertahankan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan meski pun cuba diganggu dan dimusnahkan oleh kuasa besar!

Sama-sama kita doakan semoga Allah terus perkasakan dan peliharakan para perwira kita yang tidak gentar mempertahakan kedaulatan dan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan ini: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas.

Kalian wira negara, Semoga Allah peliharakan kalian semua!

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

#KedaulatanNegara
#TanahTumpahDarahku

Sunday, 3 May 2020

Kita sudah tertipu sejak sebelum merdeka lagi

Dalam dua pru yang terakhir kita disajikan dengan satu pemikiran baru dalam membuat keputusan untuk memilih parti politik didalam pilihanraya.

Pemikiran kita telah di doktrin secara tidak langsung dengan beranggapan rakyat tidak punya banyak pilihan dalam memilih parti.

Kita diberi hanya dua pilihan sahaja....

Yakni dua duanya adalah syaitan tetapi pilihlah syaitan lebih baik dari syaitan yang satu lagi.

Maka samada kita pilih yang mana satupun ia tetap adalah syaitan kerana tugas syaitan bukanlah untuk menguatkan agama Islam...

Maka jangan hairan siapa pun yang menjadi kerajaan, agenda islam tetap bukan prioriti dalam agenda mereka.

Skrip sudah diberi kepada kita sejak awal lagi rupanya..

Semuanya ada didalam quran dan hadis akan apa yang terjadi di akhir zaman.

Bertahun tahun kita membuang masa dengan menyokong parti politik sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak.

Walau siapa yang memerintah agenda mereka bukanlah untuk memartabatkan agama Islam.

Kita sebenarnya sedang di lalikan dengan kerenah politik yang perbagai ragam agar tidak fokus kepada agenda Islam yang sebenar.

Akhirnya kita bertelagah sesama sendiri dan agama islam terus ditekan kebawah tanpa mampu kita pertahankan.

Yang paling digeruni oleh pengikut dajjal ialah apabila ada ulamak yang mampu menyatukan umat islam.

Untuk mengelakkan ulamak ini berpengaruh maka perlu diwujudkan ramai ulamak selebriti agar pengaruh tersebut mendatar dan tidak terfokus kepada satu pihak saja.

Maka jangan hairan sekiranya sesama ulamak dan sesama ustaz pun berbalah sesama sendiri.

Ini adalah kerana ejen ejen dajjal sudah menyerupai ulamak bagi memastikan umat islam tidak bersatu dibawah satu payung.

Maka elemen kafir mengkafir dan sesat menyesatkan adalah salah satu agenda mereka juga...

Macam manalah nak satukan bangsa melayu ni kalau parti politik melayu pun masing masing bertelagah sesama sendiri.

Saturday, 2 May 2020

ISU MORATORIUM



1. Pada 25 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia.

2. Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion. Sebab itu pakej Stimulus kedua PRIHATIN berjumlah RM250 bilion kerana hampir separuh daripadanya adalah daripada nilai moratorium. 

3. Kita diberitahu bahawa bank-bank mempunyai kecairan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar ini. Tambahan pula, bank turut dibenarkan beroperasi di bawah kadar minima 100% Liquidity Coverage Ratio (LCR).

4. LCR merupakan satu 'quantitative requirement' yang memerlukan bank memegang aset-aset yang berkualiti tinggi dan cair bagi menempuh tekanan kecairan yang tinggi selama 30 hari. Jadi bank tidak terikat untuk memegang aset-aset tersebut untuk memenuhi piawaian 100% LCR. 

5. Bank Negara berjanji akan memastikan wujudnya kecairan yang cukup kepada bank-bank melalui operasi pasaran terbuka, seperti jual beli reverse repo.

6. Pinjaman Perumahan, pembelian saham dan amanah saham akan turut dilonggarkan.

7. Ini bermaksud kesemua langkah ini dapat mengurangkan kesan kepada pendapatan bank ekoran perlaksanaan moratorium 6 bulan kepada jutaan rakyat Malaysia. 

8. Lebih-lebih lagi moratorium ini bersifat automatik. Orang ramai tidak perlu apply. Hanya duduk rumah diam-diam. Mak cik Kiah boleh menarik nafas lega. 

9. Bagaimana pula dengan kadar faedah selama 6 bulan moratorium ini? Untuk pinjaman kereta, tidak ada bayaran faedah tambahan manakala pinjaman perumahan bergantung kepada bank.

10. Selepas sebulan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan bahawa moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman produk Islamik tidak lagi automatik dan orang ramai perlu memohon kelulusan dari bank.

11. Mereka yang ingin terus menangguhkan pembayaran akan dikenakan bayaran faedah. Bermaksud peminjam akan bayar lebih. Ini berbeza dengan pengumuman sebelum ini. 

12. Jika peminjam tidak mahu membayar faedah lebih, mereka boleh membuat bayaran sederap 6 bulan pada bulan ketujuh selepas tamat 6 bulan moratorium.

13. Ini tidak masuk akal. Hanya orang kaya yang berpeluang mengambil pilihan ini. Yang golongan kebanyakan, marhaen? Tidak ada pilihan selain bayar lebih. 

14. Asas kepada langkah moratorium untuk memastikan rakyat boleh bernafas dan terus berbelanja apabila pendapatan mereka hilang kerana perintah berkurung.

15. Bagi mereka yang masih ada kerja dan gaji masih sama, bolehlah mereka menabung dan menyimpan hasil daripada duit 6 bulan tak perlu bayar pinjaman.

16. Kini nampaknya situasi sudah berbeza. Kerajaan melalui BNM telah membuat pusingan u-turn. 

17. Sama ada mereka tidak kaji masak-masak sebelum membuat dasar ini ataupun mereka tunduk kepada desakan bank-bank di Malaysia.

18. Untuk makluman, hari ini saham Maybank naik 2.16%, CIMB naik 2.37% dan RHB 2.59% selepas pengumuman ini dibuat. Nampaknya pasaran melihat pendapatan bank akan lebih masyuk meskipun ada 6 bulan moratorium. 

19. Tahniah bank. Kasihan Mak Cik Kiah.

- Mat Rodi -

Friday, 1 May 2020

Senarai Nama Ahli Perang Badar

Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut :

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Utsman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tholib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Ya Allah, himpunkanlah kami bersama mereka di akhirat kelak. Aameen.


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...