Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan PM. Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga PM marah benar kepadanya.
"Kemana kamu pergi?" herdik PM, "Sudah 2 jam saya menunggu."
"Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan PM, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam."
PM menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!" teriaknya. "Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?"
"Betul, Tuan PM."
"Tolol dan bengong!!" teriak PM lagi lebih keras, "Mengapa kamu tidak duduk saja??"
Terdapat juga satu pendapat berkenaan senario politik yang sedang berlaku semasa ini.
Pendapat itu berkenaan usaha membentuk kerajaan pintu belakang dimana Azmin, Hisham dan Mukriz terlibat secara senyap.
Beliau berpendapat konspirasi itu adalah persediaan untuk menjatuhkan anwar dan bukannya untuk mempertahankan Tun.
Tun hanya bertindak sebagai pengadil sahaja dimana akan memberikan jawatan perdana menteri kepada calon yang mempunyai sokongan yang paling ramai di kakangan Ahli Parlimen.
Mereka hanya meminta jasa baik Tun untuk menahan seketika penyerahan kuasa bagi membolehkan mereka mengumpul sokongan ahli parlimen dan seterusnya setelah cukup jumlah kerusi barulah Tun melepaskan jawatan.
Dan ahli parlimen akan bertindak mengadap Tuanku untuk memberikan nama calon Perdana Menteri pilihan mereka.
Perbagai teori muncul diwaktu ini dan rakyat masih lagi susah namun orang politik masih juga berebut kuasa.
Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.
Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami."
Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".
Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan."
Dinasaur dinasaur politik atau muka muka lama hanya mewariskan perkelahian dan perbalahan sahaja kepada generasi politik muda.
Rasanya mereka ini wajar dijatuhkan dari persada politik negara.
Ahli ahli parti politik perlu berfikir dan mula mengenengahkan pemimpin baru didalam parti masing masing.
Kenapa agaknya sehingga sekarang Anwar masih menyembunyikan calon TPM pilihannya?
Dalam 4 parti komponen PH, Dap nampaknya begitu bersungguh mahukan Tun melepaskan jawatan.
Adakah ini bermaksud sudah ada perjanjian tersembunyi antara Anwar dan Kit siang?
Rupa rupanya jemputan Azmin terhadap beberapa Ahli Parlimen umno dan PKR di kediamannya adalah bagi tujuan "Head Count" untuk mengira jumlah sokongan ahli parlimen yang mahukan Tun terus kekal menjadi PM hingga akhir tempoh.
Ramai yang dijemput tapi hanya 22 yang hadir.
Kem Anwar mengatakan Azmin hanya mempunyai 99 sokongan sahaja sedangkan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang Azmin memerlukan minimum 112 kerusi parlimen.
Ugutan Tun untuk merombak kabinet rupa rupanya adalah untuk mendesak menteri menteri dikalangan parti Amanah agar menyokongnya dan berpaling tadah kepada Anwar.
Menurut Kem Anwar ugutan tersebut membuktikan Tun masih kekurangan sokongan dikalangan ahli parlimen.
Sekiranya Anwar membuat undi tidak percaya terhadap Tun didalam parlimen nanti peluang untuk menjatuhkan Tun amat cerah.
Anwar nampak selesa dengan jumlah sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya.
Cuma mereka hairan kenapa Anwar masih ragu ragu untuk meneruskan konspirasi menjatuhkan Tun secara terbuka.
Di satu sudut negara, MB perak pula terus bermaharajalela melakukan onar kerana beliau tahu Tun tidak mampu untuk menegurnya kerana nilai satu undi Ahli Parlimen adalah tersangat penting diwaktu Anwar sedang berkira kira mahu mengadakan undi tidak percaya kepada Tun.
Perbalahan Anwar vs Tun akan membuatkan nilai ahli parlimen melonjak naik.
Ada yang mengatakan kini nilai satu maruah ahli parlimen sudah mencecah 25juta.
Untuk mengetahui kebenarannya maka tunggu lah di hujung tahun kita akan dapat melihat ahli ahli parlimen bercuti beramai ramai di tempat yang sama atau mungkin menuju ke tempat yang berlainan tetapi akhirnya akan hinggap disuatu tempat yang sama. (Alasan membuat umrah adalah satu idea yang bernas)
Rekod peribadi Tun tertulis bahawa Tun tidak pernah kalah didalam setiap battle yang beliau masuki.
Ini agak menggentarkan Anwar untuk declare war secara terbuka terhadap Tun.
Atas sebab itu kita dapat lihat pertempuran hanya berlaku diantara proksi sahaja.
Malah Kit siang sendiri hanya melakukan baling batu sembunyi tangan dalam serangan terhadap Tun.
Tidak ada individu yang berani melakukan perang secara terbuka dengan Tun.
Makhluk terakhir yang berani melakukannya ialah najib razak dan kita dapat lihat kesannya bagaimana.
Di sebuah negara, seorang Perdana Menteri di undang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina.
Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, "YAB Perdana Menteri, suatu kehormatan besar kerana anda berkenan hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada anda."
"Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya," Perdana Menteri itu menolak dengan halus.
"Tidak apa-apa, YAB. Ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Anda, "sang pengarah meyakinkan.
"Saya faham," kata sang Perdana Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. "
Namun, pengarah tersebut tetap berkeras.
Akhirnya, sang Perdana Menteri mengalah, "Baiklah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda ingin saya bayarkan untuk kereta ini."
Sang pengarah berfikir sejenak, kemudian berkata, "Baiklah, anda hanya membayar kereta ini hanya lima Ringgit saja."
Perdana Menteri tersebut menyerahkan sehelai wang nota 100 kepada sang pengarah.
"Maaf YAB Perdana Menteri, saya tidak punya wang kecil sebagai baki," jelas sang pengarah.
Sang Perdana Menteri tersenyum dan berkata, "Oh, tidak ada masalah Tuan Pengarah, saya akan membeli dua puluh kereta."
Jebor adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta wasiat setelah ayahnya meninggal.
Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.
Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!".
Ternyata temannya yang bernama Si Bedol melihat apa yang dilakukan olehnya.
Setelah lewat tengah malam, Bedol pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Bedol mengganti tulisan yang ditulis dengan ayat
Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak pernah mengeluarkan duit syiling tahun 1976
Ada yang sanggup mencarinya sampai kealam ghaib yang kononnya duit syiling tahun-tahun tertentu sudah ghaib ke alam bunian. Dan kononnya lagi hanya duit-duit syiling tahun-tahun yang tertentu sahaja yang orang bunian perlukan untuk digunakan di alam mereka.
Dan Ramai orang yang tidak tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak mengeluarkan setiap duit syiling itu setiap tahun. Ramai yang masih mencari syiling untuk tahun-tahun tertentu dan sehingga kini masih belum menemuinya.
Ini memberi peluang kepada scammer (penipu) menjual duit-duit yang tidak dikeluarkan oleh BNM dan menyatakan yang duit itu adalah sangat rare,sangat unik dan terlalu susah untuk di dapati.
Sedangkan duit yang dijual mereka itu adalah palsu, sama ada dengan mengubahsuai duit syiling yang sedia ada atau mereka membuat duit palsu yang baru. Namun, mereka ini biasanya menjual duit tersebut pada harga yang sangat mahal, harga yang tidak mampu dibeli oleh pengumpul duit syiling amatur atau yang baru hendak berjinak-jinak sebagai collector duit syiling rare.
Oleh yang demikian, hari ini admin ingin berkongsi senarai duit yang tidak pernah di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Kecuali untuk duit 50 sen 2006. Rasanya tiada lagi duit lain yang tidak dapat dicari oleh pengumpul duit lama.
INILAH SENARAI DUIT SYILING YANG TIDAK PERNAH DIKELUARKAN BANK NEGARA MALAYSIA :
Senarai duit syiling tiada keluaran mengikut tahun :
1 sen: (1969, 1972, 1974 & 1975). Tahun terakhir dikeluarkan pada 2007.
$1 atau 1 ringgit: (1972, 1973, 1974, 1975, 1976, 1977, 1978, 1979, 1983, 1987 & 1988). Sejak 7 December 2005, duit syiling satu ringgit tidak lagi sah digunakan.
Walaupun duit syiling 50 sen tahun 1976 telah disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah di keluarkan, Namun masih ada individu yang memilikinya. Menurut pengirim video ini ianya benar-benar wujud bukanya duit palsu. Namun untuk mendapatkannya bukanlah mudah terlalu banyak syarat-syaratnya.
Menurut pengirim video, Untuk menguji ketulinannya jika diletakkan beras bersamanya beras itu akan melenting. Dan jika di letak air bersama beras, Beras itu akan naik kepermukaan air atau timbul.
Salam, kali ini saya paparkan kisah atau cerita sebenar, dan boleh juga dikatakan sejarah sebenar duit syiling 50 sen tahun 1976 ini.
Syiling ini telah ditemui 5 tahun yang lalu dari seorang pengamal perubatan atau dukun di sebuah kampung. Menurut dukun tersebut syiling ini pernah di gunakan sebanyak 5 kali dalam upacara " Proses " atau tarik duit juga upacara menarik harta karun.
Kata dukun terbabit syiling ini asalnya kosong , tetapi telah ditapa atau dikodikan oleh seorang sami ditanah jawa. Bermaksud syiling ini telah diisi khodam tertentu dan dikhaskan sebagai ibu duit pada asalnya, menurut kata dukun itu lagi setakat ini cuma 2 kali upacara " Tarik " sahaja yang berjaya dan salah satunya mendapat 2 ketul emas lama, dukun itu juga mengatakan yang syiling ini telah 10 tahun dipegang oleh beliau dan telah diuji khodamnya memang ampuh,.
Apa pun yg diceritakan oleh Dukun tersebut jelas membuktikan bahawa syiling ini telah diisi dgn khodam di salah sebuah kuil di Tanah Jawa, dan syiling ini mempunyai khodam penjaganya, bukan tahun yang menjadi ukurannya, jika ia syiling 50 sen bertahun 1976 sekalipun tetapi kosong dan tidak ada isi , maka tiada juga gunanya, sama seperti syiling-syiling biasa juga.
Jadi kepada yang sering memburu syiling 50 sen tahun 1976 ini, bukan semuanya yang berkhodam atau ada isi, ia harus diketahui asal usul dan sejarahnya.
Harap tiada yang bertanya pada saya sama ada hendak menjual syiling ini, kerna saya tidak menjualnya setelah mengetahui sejarahnya. Sekadar Koleksi Peribadi.
Terpulanglah kepada anda samada untuk mempercayainya atau tidak. Apa yang pasti banyak lagi misteri-misteri yang tidak pernah terfikirkan oleh akal manusia. Admin hanya memaparkan artikel ini sekadar untuk menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai duit syiling Malaysia.
Kalau melihat kepada hiruk pikuk politik hari ini saya menjangkakan hanya satu jawapan sahaja punca kepada kemelut yang berlaku ini.
Anwar sudah tidak sabar mahu menjadi PM dan Tun pula cuba melambatkan penyerahan tersebut.
Anwar mahu menjadi PM tetapi masih tidak mahu menyebut siapakah bakal Timbalan beliau.
Ini agak merunsingkan Tun.
Dalam satu segi Muhyidin cuba menonjolkan dirinya sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Wan Azizah namun Anwar seperti tidak mengambil peduli.
Sewajarnya Anwar melakukan perkara yang sama seperti mana janji untuk meletakkan beliau menjadi PM, beliau juga perlu melakukan satu perjanjian untuk menamakan seseorang sebagai bakal Timbalan beliau.
Namun Anwar mendiamkan hal Timbalan dan hanya memutarkan hal peralihan jawatan Perdana Menteri sahaja.
Ini membuatkan satu tandatanya siapakah calon TPM yang mahu Anwar pilih nanti.
Kita tidak mahu Anwar menjadi salesman pula selepas menjadi PM dengan menjaja jawatan TPM kononnya untuk mengelakkan konflik antara parti parti komponen didalam PH dan akhirnya calon Dap yang menjadi TPM.
Lebih baik Anwar umumkan sekarang siapakah bakal TPM nya agar tiada syak wasangka antara penyokong penyokong pakatan harapan.
Dulu orang melayu sanggup bersusah payah bersama sama, waima 10sen pun boleh dikongsi dengan sepuluh orang.
Zaman ini usahkan berkongsi, yang ada 10sen itu pun teruk difitnah oleh sepuluh orang.
Orang melayu sedang sakit jiwa. Mereka tidak mahu berubat. Mereka sebenarnya tahu ubat apa yang perlu diambil tetapi mereka tetap berdegil.
Malah sakit mereka itu amat mudah berjangkit kerana antibodi melayu teramat lemah.
Sakit orang melayu ini hanya sembuh sekiranya mereka kembali kepada agama.
Hampir semua perkara melayu ni kalau tak bergaduh tak sah...
Bukak persatuan mesti berakhir dengan bergaduh, buka parti politik pun bergaduh, kalau berniaga pun mesti bergaduh, main bola pun bergaduh, malah main guli atau main congkak pun kalau tak bergaduh tak sah.
Malah dalam masjid pun melayu boleh bergaduh...
Namun begitu melayu hanya berani bergaduh sesama sendiri sahaja.
Melayu sudah berada jauh dari sifat sebenar mereka. Penjajah telah berjaya menukar mentaliti umat melayu dari bangsa pejuang dan kini menjadi bangsa pejuWang.
Hampir semua bidang, melayu tidak boleh dijadikan contoh.
Malah mualaf pun lebih kuat imannya daripada melayu yang telah menjadi Islam turun temurun.
Melayu masih lagi bergaduh bab feqah manakala mualaf sudah pun bergerak lebih jauh lagi dengan berdakwah membawa ribuan orang masuk islam.
Amat sesuailah melayu minat bermain bola. Ini kerana melayu memang suka berebut.
Zaman dulu melayu terdidik dengan bermain sepakraga yang mengajar menyepak mengikut giliran dan saling beri memberi sesama pemain.
Tapi kini melayu lebih gemar bermain bola sepak kerana boleh merebut dan merampas.
Mengata orang melayu bukanlah satu perkara yang seronok. Ianya sudah menjadi satu tanggungjawab pula di akhir akhir ini.
Orang melayu masih lagi berseronok walaupun mereka sebenarnya bukanlah tengah seronok.
Berseronok dalam keadaan hati tidak seronok bukanlah satu keseronokan sebenarnya.
Beronok ronok lah duhai melayu selagi rasa seronok...
Melayu memang begitu...
Bila mereka menang, mereka akan berseronok sepanjang tahun...
Bila mereka kalah, mereka akan mengamuk bertahun tahun...
Mereka mudah digula gulakan oleh musuh Islam untuk dilarikan fokus dari hal sebenar.
Sebenarnya orang politik ini cumalah bidak bidak catur sahaja.
Tugas orang politik ialah untuk mengalihkan mata rakyat daripada fokus kepada agenda yahudi untuk memerintah dunia.
Sistem demokrasi adalah alat untuk memecah belahkan masyarakat.
Setiap hari umat Islam di lalikan dengan cerita politik hingga mereka tidak pedulikan saudara seislam mereka yang sedang dibantai oleh musuh musuh Islam.
Dalam tubuh badan melayu ada banyak genetik yang bagus bagus.
Dari keturunan Nabi Adam, nabi Noh, keturunan nabi Ibrahim, malah ada yang lebih bernasib baik berasal dari keturunan nabi Muhammad saw.
Itu pun mujurlah anak nabi Noh yang kafir itu tenggelam semasa banjir besar, kalau tidak sudah pasti ramai yang mengatakan kita ini daripada keturunan itu.
Manakala dari keturunan Nabi adam pula kita tidak begitu pasti samada kita dari keturunan Habil atau Qabil...
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.
Suatu hari datang seorang peniaga ingin membe li monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?
Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.
Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.
Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.
Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.
Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...
Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!
Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.
Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...
Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.
Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).
Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.
Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.
Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...
Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.
Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!
Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) atau "MB" ini.
Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini... Terutama masyarakat melayu yang suka skim cepat kaya kerana nak cepat kaya tanpa kuat berusaha.
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakallah kepada Allah, Maha Pemberi Rezeki.
3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Amir seorang pengira tiang letrik yang bertauliah, Bardi pula seorang pencabut uban monyet profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm jawatannya.
Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub.
"Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang pendita tua?"
"Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam."
"Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya," cerita si pencuci batu sungai itu lagi.
Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari.
Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka dengan seorang pendita tua yang sedang menumbuk sambal untuk makan malamnya.
"Lato', kami datang nak makan." sapa Amir.
"Hoi! Makan boleh lain kali la.. kami datang nak jadi kaya raya Lato'" marah Nyot pada Amir sambil memberitahu maksud kedatangan mereka kepada pendita tua tersebut.
"Oooo.. mau jadi kaya hoh? Boree.. borreee.." jawab pendita tua itu dengan bahasa Jepun yang mencurigakan.
"Kamu mesti datang berjumpa dengan aku seorang demi seorang pada hari yang berlainan dengan membawa beberapa biji daripada satu jenis buah sahaja. Pada masa itu aku akan berikan kamu syarat-syarat untuk jadi kaya!" terang pendita tua itu kepada mereka bertiga.
Maka sahabat bertiga itu pun pulanglah ke kampung mereka dan memikirkan buah apa yang akan mereka bawa untuk berjumpa dengan pendita tua setelah tiba giliran mereka nanti.
"Senang je ni.. aku nak bawak buah langsat la," kata Amir dalam hati.
Esoknya adalah giliran Amir untuk berjumpa dengan pendita tua itu. Bersama-samanya di bawa setangkai langsat.
"Baiklah. Sekarang kamu telah penuhi syarat pertama. Syarat kedua dan terakhir sebelum kamu perolehi kekayaan ialah.." pendita tua tu bagi Amir suspen..
"Kamu hendaklah masukkan kesemua buah langsat itu ke dalam punggung kamu. Sekiranya kamu berjaya, 1 jongkong emas akan aku berikan."
Amir yang melopong terus mengikut arahan pendita tua itu. Satu persatu buah langsat itu dimasukkan dengan mukanya yang berkerut-kerut menahan kentutnya.
Akhirnya.. berjayalah Amir memasukkan kesemua DUA BELAS biji langsat kedalam punggungnya. Pendita tua berpuas hati dan memberikannya 1 jongkong emas. Amir pulang dan bercadang untuk membuka bisnes kain kapan yang diidam-idamkannya selama ini.
Hari kedua merupakan giliran Bardi. Apabila dilihatnya Amir sudah mendapat 1 jongkong emas dengan hanya membawa setangkai buah langsat, dia terfikir, "Ada baiknya aku bawa sebakul buah epal. Untung-untung aku boleh dapat 2 jongkong emas."
Maka berlakulah perkara yang sama kepada Bardi. Dia juga berjaya dan pulang membawa 2 jongkong emas sambil terkangkang-kangkang.
Nyot yang hairan bertanya kenapa Bardi berjalan terkangkang-kangkang itu.
"Aku terlupa nak sikat bulu kaki aku tadi," jawab Bardi selamba.
Oleh kerana terlalu gembira melihatkan Bardi yang berjaya membawa pulang 2 jongkong emas dengan bersyaratkan sebakul epal sahaja, Nyot mendapat satu idea yang sungguh memberahikan! "Aku akan bagi pendita tua tu happy gila besok bila aku bawak buah-buah ni semua," katanya Nyot dengan konfidennya dalam hati.
Sesampainya Nyot dengan senyum lebar ke gua tersebut, pendita tua itu pun memberitahunya dengan gembira, "Hari ini kau sungguh bertuah kerana aku nak buat clearance stock. Kau boleh ambil semua jongkong emas di gua ini kalau kau berjaya menyempurnakan syarat ke dua aku.."
Setelah pendita tua itu menerangkan syaratnya kepada Nyot.. dia terus jatuh pengsan.. sambil sempat melihat dengan sayunya kearah BUAH DURIAN yang dibawanya SATU LORI!!!
Pucuk pimpinan PPBM dikatakan menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.
Mereka sudah menduga dari awal lagi bahawa sukar untuk menang dikawasan parlimen yang menjadi penentunya adalah pengundi cina.
Harap mereka mula menghargai tempat tempat dimana mereka menang kerana sokongan padu pengundi melayu.
Hanya melayu yang mengundi mereka dahulu tetapi melayu pula yang mereka abaikan.
Pemimpin pemimpin melayu sebenarnya tak perlu meminta maaf kepada rakyat sekiranya telah melakukan kesilapan.
Cukup bagi mereka berubah dan mula mengambil serius akan keperluan rakyat.
Makin banyak bercakap maka makin banyak yang tersilap.
Alfatihah yang kita baca setiap kali semayang pun kita masih tak faham maknanya, inikan pula janji janji pilihanraya yang diperkatakan 5 tahun sekali.
Kekalahan PPBM bukan sahaja disambut dengan gembira oleh penyokong pembangkang malah diketawakan oleh penyokong pakatan harapan sendiri.
Ini menunjukkan betapa buruknya layanan ppbm terhadap penyokong penyokong mereka selepas berada di puncak kuasa.
Pada pru 14 ramai yang membantu memenangkan pakatan harapan secara percuma dan pada pru akan datang ramai juga yang mahu menjatuhkan mereka secara percuma juga tanpa bayaran.
Rasa meluat rakyat kepada pakatan harapan semakin membuak buak nampaknya.
Melihat rakan mereka kalah teruk di Tg Piai maka makin kuat yang memegang jawatan untuk bekerja.
Tapi bukan kuat bekerja untuk rakyat, sebaliknya lagi kuat untuk menyamun kerana mereka sudah mula nampak nasib mereka pada pru akan datang.
Seperti biasa, selepas menang akan berterima kasih kepada pengundi berbakul bakul pujian.
Mana mana parti pun begitu...
Pagi esok rakyat bangun tetap kena fikir apa yang nak diberi makan kepada keluarga.
Yang menang sudah pasti boleh berkira kira dengan elaun yang bakal mereka perolehi bulan depan.
Seperti biasa..
Yang kalah akan menyalahkan pengundi tidak bijak tetapi bila menang mereka kata jentera mereka pandai bekerja.
Malah jentera pun akan mengungkit ungkit jasa besar mereka memenangkan calon.
Spesis ni ramai...
Kekalahan 0-4 kepada BN didalam PRK sebaik selesai PRU14 sebenarnya tidak menakutkan pihak kerajaan.
Mereka beranggapan mereka masih memegang kuasa sehingga PRU 15 ditetapkan oleh pihak mereka.
Bagi mereka, mereka mempunyai 3 tahun lebih lagi untuk melakukan sewenang wenangnya.
Sekiranya didalam tempoh tersebut kerusi mereka berkurangan maka mereka akan kenakan beberapa tindakan undang undang terhadap ahli parlimen pembangkang.
Ini boleh menambah semula kerusi mereka...
Strategi yang agak menarik dan kelihatan amat bijak namun sekiranya PRK dijalankan semula jangan lah pula mereka masih kalah lagi.
Dan apabila kalah janganlah pula melepaskan geram kepada rakyat dengan mengatakan orang melayu malas atau bodoh.
Kalau kata malas mungkin orang melayu tak terasa sangat tapi kalau kata bodoh, itu boleh mendatangkan marah.
Pada asalnya mempunyai 13 kerusi dan kini mempunyai 12 kerusi parlimen. Dalam 12 kerusi tersebut ada yang menyatakan cuma kerusi Tun dan Tan Sri Muhyidin sahaja yang selamat.
Itu pun sekiranya bertanding didalam PRK tetapi sekiranya didalam PRU 15, besar kemungkinan tiada satupun yang selamat.
Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi panas ini daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU lepas.
Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Azhar Azizan Harun di Pusat Penjumlahan Undi PRK Tanjung Piai. Wakil BN berjaya memperolehi undian sebanyak 25,466 undi mengatasi wakil PH di kedudukan ke-2 yang memperolehi 10,380 undi. Wakil Gerakan memperolehi 1707 undi dan Berjasa 850 undi. Video kemenangan muktamad BN
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Ali: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: "Inikah kapak kamu? "
Pak Ali: "Tidak."
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Ali: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Ali: "Ya, itulah kapak buruk aku."
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Ali: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "Ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears... Kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku.. Aku yang dah tua ni tak mampu nak layan mereka semua...
Tidak berapa lama selepas ditabalkan sebagai Sultan Singapura, Sultan Hussain Syah mula dihina dan diperlekehkan terutamanya oleh kumpulan pendatang dari China yang langsung tidak menghormatinya.
Penjajah Inggeris telah mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing.
Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Tanah Melayu mahupun pulau-pulau sekitar nusantara yang lain untuk tinggal di Singapura hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu supaya hak dan kuasa Melayu di Singapura dapat disingkirkan.
Jumlah penduduk asal iaitu masyarakat Melayu telah menjadi minoriti dan dengan ini kuasa politik mereka terhapus begitu sahaja.
Sultan Hussain Syah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dirinya sekadar digunakan oleh penjajah Inggeris untuk menguasai Pulau Singapura.
Sultan Hussain Syah kemudiannya telah dipaksa untuk menandatangani “Treaty of Singapore” pada tahun 1824 untuk menyerahkan seluruh kekuasaannya di Singapura kepada penjajah British.
John Crawford, Residen British telah mengherdik baginda dengan berkata “Tuan bukan Sultan lagi, tidak perlu tinggal disini”.
Baginda berasa amat sedih hinggakan terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaiki kapal bernama ‘Julia’ yang dimiliki oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun 1834.
Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. Baginda menetap di Melaka kerana dia mempunyai ramai keluarga di sana.
Sultan Hussain Syah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka walaupun penduduk bukan Melayu tidak mengendahkan kehadirannya.
Bagaimanapun, kehidupan baginda di Melaka tidak seperti di Singapura di mana baginda mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kemangkatan baginda lima belas bulan kemudian iaitu pada 5 September, 1835.
Jenazah baginda telah disemadikan di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan kurang dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan baginda adalah watak penting dalam sejarah moden Singapura.
# Sebagai satu peringatan kepada Pemimpin Melayu yang masih tidak belajar dari sejarah.
Di sebuah perkampungan orang asheli berlaku kekecohan di rumah tok banting apabila seorang bapa orang asheli mengadu anak gadisnya telah dirogol beramai ramai.
Beliau mengadu kepada tok banting dan meminta tok banting mengambil tindakan.
Tok banting mahu mendengar penjelasan dan cerita daripada mangsa tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.
Si gadis pun bercerita dari awal kejadian hinggalah ke akhir episod hitam tersebut.
Tok banting terdiam dan tiba tiba berkata....
Nashib baik berair... Kalau berapi tak tau lah apa nashib kamu...
Ketika ejakulasi penis akan mengeluarkan cecair putih yang dipanggil air mani.
Pengeluaran air mani lelaki dalam ejakulasi pertama memiliki volume yang bervariasi.
Bahkan air mani lelaki yang dikeluarkan ketika ejakulasi mengandungi 40 juta hingga 600 juta seperma, bergantung pada volume ejakulasi dan lamanya waktu sejak ejakulasi berakhir.
Melalui mata kasar, air mani lelaki yang normal dapat dikenal pasti daripada bentuk, warna, bau dan rasanya.
Ini adalah kerana untuk mengetahui sihat atau tidak air mani dan sperma secara detail memang seharusnya dilakukan pemeriksaan di makmal.
Berikut ciri-ciri air mani lelaki yang sihat: 1. Bentuk
Air mani yang normal berwarna putih krim. Setelah ejakulasi, air mani akan berubah seperti jelly. Dalam tempoh 30 minit akan sedikit cair dan semakin bening. Tahap kekentalan air mani memainkan peranan penting dalam peranakan.
2. Bau
Air mani berbau seperti klorin dalam air mani adalah normal. Jika air mani berbau busuk, ia merupakan tanda infeksi.
3. Rasa
Air mani memiliki fruktosa cukup tinggi sehingga rasanya sedikit manis. Tapi, rasanya cenderung berubah dan boleh dipengaruhi oleh pola pemakanan. Jika terlalu banyak makan daging merah, bawang dan kopi, air mani akan terasa pahit dan masam.
Air mani terasa manis jika seseorang lelaki itu banyak mengambil buah-buahan seperti epal, pisang, oren atau buah-buahan lain yang mengandungi gula semulajadi.
Sebenarnya kempen yang dilakukan oleh MB perak ditanjung piai sebijik macam yang pernah beliau lakukan semasa PRU lepas di Perak, dimana akhirnya beliau seorang sahaja yang menang di dalam PPBM perak.
Beliau memperalatkan orang orang umno untuk menyokong beliau. Namun begitu beliau lupa bahawa orang Johor bukanlah seperti orang Perak.
Umno Johor agak setia kepada BN.
Ini berbeza dengan parlimen dan Dun yang beliau pernah tandingi semasa PRU dulu kerana beliau banyak dibantu oleh saudara mara dan rakan rakan umnonya.
Nampaknya tektik itu tidak lagi menjadi di Johor, namun kita perlu berikan sedikit pujian diatas usaha menipu tersebut.
Sekurang kurangnya beliau mencuba ...
Harus diingat menipu sekali orang boleh percaya tapi menipu berkali kali orang pun meluat jadinya.
Kempen di Tanjung Piai, Mca berjaya menarik sokongan kaum cina manakala Bersatu dilihat semakin kurang mendapat sokongan melayu.
Nampaknya tektik Barisan Nasional menjadi, kerana meletakkan calon cina diwaktu Bersatu sedang melakukan banyak kesilapan.
Silapnya ialah bersatu suka bergaduh dengan semua orang.
Bergaduh dengan Dap, bergaduh dengan PKR, bergaduh dengan Umno dan yang paling sempoi ialah mereka suka bergaduh dengan ahli sendiri...
Hampir semua negeri, Bersatu masih tidak mampu memujuk ramai ahli ahlinya yang berkecil hati dengan sikap pucuk pimpinan negeri masing masing.
Kesilapan umno dahulu ialah apabila rakyat merajuk, mereka tidak mahu memujuk malah mereka hentam lagi kuat.
Nampaknya Bersatu juga sedang mengalami masalah yang sama hasil dari genetik bongkak dan sombong.
Pemimpin parti politik tidak tahu bahawa orang orang melayu sebenarnya sudah bosan dengan ayat ayat politik yang tak habis habis menipu rakyat.
Kempen saling buruk memburuk hanya memberi kesan kepada penyokong penyokong taksub mereka sahaja dan bukan kepada rakyat.
Rakyat hanya mahu melihat bukti apa yang mereka lakukan setelah mereka menang.
Rakyat berpendapat siapa yang menang pun keadaan mereka tetap tak berubah kerana janji janji orang politik tak boleh dipakai.
Mereka memberi sokongan kepada satu pihak itu hanyalah hendak melepaskan geram kepada pihak yang satu lagi.
Senario di Tanjung Piai benar benar membuatkan pengundi melayu menjadi keliru.
Disatu pihak calonnya digambarkan sebagai boneka Dap manakala disatu pihak lagi adalah sebangsa dengan Dap.
Kali ini memang benar benar memeningkan pengundi melayu.
Nampaknya Barisan Nasional agak bijak kali ini membuat keputusan dengan meletakkan MCA sebagai calon mereka kerana pengundi cina tetap perkauman dalam memilih calon.
Manakala orang melayu pula berfikiran pilih siapapun tetap sama juga kerana pilih melayu pun tetap cina juga yang berkuasa.
Sekiranya Bersatu kalah di Tanjung Piai ini bermakna ada 2 perkara yang perlu dilakukan:
1. Menyamun secepat mungkin selagi masih ada kuasa
2. Cepat cepat selesaikan masalah dalaman dengan memujuk kembali ahli ahli yang mereka telah pinggirkan.
Tapi rasanya mereka akan memilih cara yang pertama kerana ia lebih mudah dan tak merugikan.
Sistem demokrasi ni kalau dari bawah bawak ke atas ia akan jadi kuat.
Tapi malangnya kebanyakan parti parti melayu ni, pemimpinnya yang akan menentukan kesemua perkara tanpa mengambil kira pendapat orang bawahan.
Disini lah kelebihan Dap dimana mereka memandang serius setiap pendapat bangsa mereka dibawah.
Pemimpin mereka bertindak mengikut kepentingan ahli ahli bawahan mereka.
Manakala parti melayu pula, ahli ahli parti perlu mengikut kehendak pemimpin walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan bangsa dan agama.
Zaman dulu mudah sikit kalau jadi melayu. Banyak kemudahan boleh direbut. Bersaing pun sesama melayu. Melayu yang bijak pandai pun agak kurang dan peluang itu agak terbuka.
Tapi zaman sekarang terlalu mencabar. Bukan saja kena bersaing sesama melayu yang pandai malah melayu yang bodoh pun menjadi saingan rapat kerana mereka mempunyai kabel.
Zaman skang adalah persaingan antara melayu bodoh yang ada kabel dengan bukan melayu.
Untuk berjaya perlu berkawan dengan orang yang betul dan berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul.
Namun begitu adalah satu kejayaan sekiranya dapat membetulkan orang yang tak betul di tempat yang tak betul walaupun bukan dimasa yang betul.
Untuk mengharapkan seorang pemimpin berubah menjadi baik adalah satu perkara yang mustahil.
Ianya sama mustahil dengan mahu mengubah diri sendiri agar berhenti mengharap.
Maksud orang yang berjaya adalah terlalu subjektif dan berbeza beza dan akhirnya akan beroleh kekecewaan walaupun orang lain berpendapat dia telah berjaya.
Ada yang mengatakan kejayaan itu ialah apabila berjaya menyimpan harta kekayaan seperti orang lain.
Ada yang beranggapan kejayaan itu ialah apabila berjaya mempunyai segulung ijazah seperti orang lain.
Ada juga yang merasakan kejayaan itu ialah apabila dapat lebih dari pencapaian orang lain.
Namun begitu kejayaan hanya akan dianggap sebagai berjaya apabila kita berada didalam garisan sifar dan apabila kita berusaha untuk bergerak ke hadapan dan sampai ke garisan seterusnya.
Namun boleh juga dianggap telah berjaya sekiranya kita dapat menahan langkah kaki kita untuk tidak bergerak kehadapan yang sedang menuju kehancuran.
Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun.
Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".
Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar".
Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.
Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".
Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut".
Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"
Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil.
Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah.
Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai.
Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.
Proses Penuaan (Aging Process) sudah Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya *Penurunan Fungsi Organ-organ* (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).
Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.
*Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda*.
Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'
*Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan*, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer
5. SD (Sexual Dysfunction).
*APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?*
*1. BERGERAK*.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) dan Hypertension.
*2. SENAMAN NAFAS*
Seperti Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Mengeluarkan CO2.
*3. KURANGKAN KARBOHIDRAT*
Lebihkan Protein, Buah & Sayur.
*4. JAGA BERAT BADAN*
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.
*5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.*
Cek BP Tiap Minggu.
*6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.*
Jadi Periksa Darah Max Tiap 6 Bulan.
*7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.*
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.
*8. ISTIREHAT CUKUP*
- Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERD & Sesak).
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).
*9. KURANGI STRESS*
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- *Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi*
- Sentiasa *Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif*
*Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda, Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2*.
*Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia*.
*Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK tapi BUANG JAUH2 sikap KEDEKUT)*.
*JGN TERLALU BERKIRA TERUTAMA DGN ORANG2 TERDEKAT KITA*..
USIA 45 KE ATAS SEBAIKNYA TIDAK FOKUS MEMBURU MAKANAN... PERBANYAK REKREAKSI SAJA😔😔😔*
Ini pesanan *Prof. Dr. Karim, SpPD-KR*
*Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 40 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan*.
Diwaktu kita sedang marah kerana diprovokasi oleh musuh musuh islam, pemimpin kita pula kononnya mahu mengendurkan keadaan dengan menghentam kita balik.
Akhirnya musuh islam melakukan sewenang wenangnya dan pemimpin kita tidak mahu menegur mereka atas nama menjaga sensitiviti agama dan kaum.
Kalau melihat senario tersebut maka kita sudah boleh meneka situasi yang sedang kita hadapi kini.
Kita bukan sahaja berhadapan dengan musuh yang terang nyata mahu menikam kita didepan dan belakang malah kita dikelilingi oleh musuh musuh yang kita sendiri angkat untuk memimpin kita.
Kita disuruh diam dan menahan perasaan sahaja dan sekiranya kita bertindak mereka akan menggunakan orang yang sebangsa dan seagama dengan kita untuk datang mendiamkan kita.
Kita berada didalam dilema kerana kita tidak mempunyai pemimpin yang benar benar mampu memperjuangkan agama dan bangsa kita.
Akhir zaman memang benar benar mengelirukan pemikiran kita dan kita tidak mampu mengelak fitnah yang datang dari perbagai penjuru.
Dan fitnah yang paling hebat ialah apabila ulamak ulamak islam sendiri saling bercanggah pendapat sesama mereka.
Maka benarlah kata kata nabi kita bahawa akan muncul satu tokoh yang perlu kita berbaiah kepadanya walaupun terpaksa merangkak diatas ais.
Inilah satu satunya tokoh yang boleh kita percayai untuk berjuang demi Islam dan bukan pergunakan perkataan perjuangan dalam bermain politik.
Apabila kita percaya kepada makhluk maka kita akan berasa kecewa kerana tindakan mereka tidak selari dengan apa yang mereka kata.
Namun sekiranya kita yakin dengan Allah swt maka sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji nya.
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mendekatkan diri kepada nya agar semasa janji janji itu ditunaikan kita tidak termasuk didalam golongan yang dikenakan bala tersebut.
Untuk menyatukan orang jahat adalah lebih mudah daripada mahu menyatukan orang baik.
Orang orang baik ini punya perbagai ragam dan pemikiran.
Mungkin itu agaknya begitu sukar mahu menyatukan mereka.
Mungkin juga sebenarnya mereka bukanlah begitu baik dan cuma berpura pura baik dihadapan umum.
Maka itulah sebabnya orang orang alim menyuruh kedua dua pihak kembali kepada quran dan sunnah apabila bertelagah sesama sendiri.
Namun nampaknya tiada pemimpin kita yang mahu kembali. Masing masing merasakan cara merekalah yang paling betul.
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
Hari ini kita belajar sejarah. Supaya rakyat Malaysia dan terutamanya kaum Melayu boleh mengetahui asal usul dan perjalanan sejarah mereka.
Kebanyakkan orang Melayu buta sejarah, mungkin kerana sikap tidak rajin membaca. Jika rajin membaca pun, mungkin hanya membaca berita hiburan atau gossip.
Jika membaca sejarah pun, mungkin lebih berminat tentang kisah cinta Hang Tuah bersama Puteri Gunung Ledang (kisah cinta ini pun tidak wujud di dalam sejarah, ia hanyalah ciptaan para penghibur dan tukang karut sahaja).
Hari ini kita belajar tentang asal usul Raja Berperlembagaan di Malaysia. Bagaimana ia terjadi dan mengapa ia terjadi.
Umum mengetahui bahawa ia tercetus akibat dari tentangan orang Melayu terhadap ‘Malayan Union’ – satu cadangan British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai jajahan takluk mereka selepas Perang Dunia Kedua yang sekaligus mengakibatkan orang Melayu hilang kuasa ke atas negeri masing-masing dan memaksa mereka dan Raja-Raja mereka mengikut telunjuk seorang Governor British.
Di bawah, adalah cerita latar belakang bagaimana idea dan perjanjian Malayan Union mula-mula berlaku. Ramai yang lupa bagaimana tingkah laku raja-raja Melayu dahulukala menyebabkan Tanah Melayu ini telah diserahkan bulat-bulat kepada penjajah sewenang-wenangnya hanya kerana kebanyakkan raja-raja Melayu dahulu terlalu dangkal dan hanya pentingkan diri sendiri.
Kisah Perjanjian Pangkor yang menyerahkan Perak kepada British (1874), kisah Perjanjian Inggeris – Kedah (1786) yang menyerahkan Pulau Pinang kepada British dan kisah perjanjian Temenggong Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada British dalam tahun 1819 menjadi tauladan kepada kita semua. Ini semua adalah fakta sejarah.
Walau bagaimanapun, oleh kerana orang Melayu bangkit melawan Malayan Union pasca 1946, maka ia terpaksa dibatalkan di dalam tahun 1948. Kita sebagai rakyat Malaysia jangan lupa bagaimana kuasa raja-raja Melayu yang sudah hilang itu telah dikembalikan oleh orang Melayu juga.
Kita tidak boleh takut pada sejarah, bahkan kita tidak perlu malu pada sejarah. Apa yang terjadi sudah terjadi dan kita dari generasi yang kemudian ini harus membaiki diri dan melakukan perkara yang betul supaya sejarah yang buruk tidak akan berulang lagi.
Ringkasan perenggan di atas:
Sejurus selepas tamat Perang Dunia Kedua, penjajah British telah menangkap dan membuang Sultan Selangor (Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah) dan menggantikannya dengan adindanya yang lebih muda sebagai pengganti di dalam tahun 1945. Adinda ini akhirnya menjadi Yang DiPertuan Agong ke 2. Nama baginda adalah Sultan Hisamuddin Alam Shah, iaitu nenda kepada Sultan Selangor sekarang.
Pihak penjajah British juga telah memaksa raja-raja dari Perlis dan Terengganu untuk ‘bersara’ awal kerana tidak menyokong British semasa perang dunia yang baru sahaja berakhir ketika itu. Raja Syed Hamzah digantikan dengan Raja Syed Harun Putra manakala Sultan Terengganu yang berhak, Sultan Ali Shah digantikan dengan Sultan Ismail kerana tidak mahu menandatangani perjanjian Malayan Union.
Wakil kerajaan British bernama MacMichael diberi kuasa untuk melantik sultan-sultan dan jika mereka tidak mahu menandatangani perjanjian itu, MacMichael boleh melantik mana-mana kerabat raja untuk menurunkan tandatangan.
Negeri pertama penjajah British melawat untuk mendapatkan persetujuan Malayan Union adalah negeri Johor, kerana ia adalah negeri terkaya dan sistem kesultanan mereka dicipta oleh British.
Ketika bertemu dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, pihak penjajah British memeterai di dalam sebuah upacara bahawa baginda Sultan adalah Sultan Johor yang rasmi dan menyerahkan dokumen Malayan Union untuk ditandatangan.
Pihak British memberi Sultan Ibrahim hanya satu malam untuk membaca dokumen tersebut sementara MacMichael menunggu di dalam rumah tetamu. Sultan Ibrahim membaca dokumen itu tetapi tidak memberi tahu majlis menteri atau badan badan perundangan Johor mengenai isi kandungan dokumen itu.
Selepas dua hari, baginda menurunkan tandatangan dan segera bergegas ke negara yang dicintainya iaitu England.
MacMichael melaporkan kepada orang atasannya di England bahawa rundingan dengan Sultan Ibrahim berjalan dengan suasana teramat baik dan ramah.
Oleh kerana Sultan Ibrahim sudah bersetuju dengan Malayan Union, maka tidak sukar untuk pihak British mendapatkan persetujuan dari sultan-sultan negeri yang lain.
Setelah 71 hari, MacMichael mendapat persetujuan kesemua sultan-sultan di Tanah Melayu untuk menubuhkan Malayan Union.
Pada January 1946, kertas putih pembentangan bagi pembentukan Malayan Union diterbitkan di London. Ramai orang Melayu di Tanah Melayu tersedar akan bahaya yang akan menimpa mereka dan mula mengkritik perjanjian itu.
Ahli-ahli politik Johor yang bersatu di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar mengerti akan implikasi Malayan Union iaitu – kuasa negeri akan hilang, yakni negeri-negeri akan diperintah oleh pihak British yang berpusat di Kuala Lumpur, dan kuasa politik Melayu akan berpindah kepada orang cina.
Dato’ Onn dan orang Melayu lain mempunyai masalah bagaimana hendak membatalkan tandatangan Sultan Ibrahim.
Antara penyelesaiannya adalah – menggantikan Sultan Ibrahim dengan anakandanya. Oleh kerana Sultan Ibrahim sudah berada di London, mereka menghantar telegram kepada baginda yang berbunyi: “Oleh kerana sebab sebab di atas (menyerahkan Johor kepada British), kami orang-orang Melayu di Johor Bahru sebulat suara memutuskan untuk tidak lagi menerima Tuanku sebagai Sultan di negeri ini”.
Sebagai tanda mereka ini serius, mereka menubuhkan Kesatuan Melayu Johor yang kemudian harinya bergabung dengan kesatuan-kesatuan Melayu di negeri lain dan menjadi UMNO.
Selepas itu, Sultan Ibrahim dan Sultan dari Kelantan adalah yang pertama menukar fikiran mereka. Di London, akibat takut dirinya diturunkan takhta oleh orang-orang Melayu di Johor, Sultan Ibrahim telah menulis surat kepada pejabat British untuk menarik balik sokongannya terhadap Malayan Union.
Apabila kesemua sultan-sultan menukar fikiran mereka, barulah orang-orang Melayu boleh menerima semula raja-raja mereka. Tetapi peranan sultan sudah berubah. Mereka bukan lagi fokus utama di dalam politik dan identiti orang Melayu. Sistem yang berkisar kepada sultan-sultan sudah digantikan dengan idea bangsa Melayu.
Secara dasarnya, raja-raja Melayu ketika itu telah dengan rela hati atau secara membuta tuli telah menyerahkan negeri dan kuasa mutlak mereka kepada British. Ini berlawanan sekali dengan sikap Raja England bernama King John di dalam tahun 1215 apabila berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian Magna Carta tetapi dipaksa juga oleh para bangsawan untuk mengurangkan kuasa Diraja. Legasi Magna Carta adalah sistem parlimen dan raja berperlembagaan di England.
Bagi orang-orang Melayu 70 tahun dahulu, mengembalikan kuasa raja-raja Melayu yang diambil oleh British adalah penting untuk kelestarian masa depan Melayu. Walaupun kita boleh menjadi negara republik ketika itu, orang-orang Melayu masih sayangkan raja-raja mereka. Tetapi kuasa raja-raja telah disekat oleh orang Melayu sendiri, mungkin agar pisang tidak berbuah dua kali. Mana mungkin kita mahu saksikan lagi raja-raja melayu sesuka hati menjual negeri-negerinya kepada penjajah di masa akan datang?
Maka lahirlah sistem raja berperlembagaan di dalam tahun 1957 apabila Malaysia merdeka. Raja berperlembagaan bermaksud, raja yang berkuasa berdasarkan perlembagaan. Baginda tidak boleh melanggar undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan. Jika dilanggar, undang-undang boleh menyabit kesalahan terhadapnya.
Kata-kata dari KijangMas Perkasa mengingatkan kita semua kepada kekuatan orang-orang Melayu. Kita bukanlah hamba abdi yang perlu mencium tangan dan menyembah raja setiap masa. Adakalanya kita mesti beri nasihat dan menegakkan kebenaran jika ada yang tersasar atau lupa kepada bahaya yang akan menimpa.
Imbas kembali ke pasca Perang Dunia Kedua.
Pihak penjajah menubuhkan Malayan Union pada 1hb April 1946.
Kesemua empat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat dicantumkan dalam sebuah unit politik dibawah seorang Gabenor penjajah. Kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dimansuhkan dan kuasa memerintah dihapuskan kecuali dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam wilayah masing-masing. Kepala kerajaan wilayah-wilayah Baginda juga jatuh ke tangan Residen-Residen penjajah. Seperti kebanyakan negara terjajah Asia — dari India hingga ke Vietnam — cengkaman kembali penjajah Barat pasca Perang Dunia Kedua menjurus kepada pemansuhan sistem Beraja dan penyatuan negeri-negeri kecil kepada beberapa Republik jajahan berkiblatkan London atau Paris.
Tetapi . . .
Orang Melayu masih mahukan Raja-Raja mereka.
Justeru Orang Melayu menggadai nyawa menentang penjajah untuk mengembalikan pemerintahan Beraja di Tanah Melayu. Hasil perjuangan ini, Malayan Union dibubarkan oleh penjajah dan kuasa serta martabat Raja-Raja Melayu dikembalikan melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Februari 1948.
Jadi harus di ingat . . .
Dari 1hb April 1946 hingga 31hb Januari 1948, Tanah Melayu sudah hilang Kedaulatan Raja-Raja nya dan wujud sebagai tanah jajahan mutlak dibawah seorang Gabenor yang berkuasa sebagai Wizurai Raja asing. Tanah Melayu ketika itu sudah terjerumus kearah suatu Republik Kesatuan — Unitary Republic — dibawah naungan Mahkota penjajah.
Dan juga harus difahami . . .
Segala Kedaulatan, Kekebalan, Kemuliaan, Kehormatan dan Kekayaan Institusi Di-Raja SELEPAS terbubarnya Malayan Union adalah hasil perjuangan, pengorbanan, restu dan keringat sekelian Rakyat, khususnya Orang Melayu.
Pertama kali dalam sejarah dunia, sesuatu Bangsa tékad menjulang kembali Raja-Raja mereka dan menolak sistem Republik. Orang Melayu sanggup menyerahkan kembali kuasa Rakyat kepada Raja-Raja mereka.
Maka dengan itu . . .
Raja pasca Malayan Union adalah Raja cetusan Rakyat . . . dari Rakyat demi Rakyat untuk Rakyat. Rakyat menjulang kembali Raja-Raja mereka agar Duli-Duli Baginda menjaga kepentingan Rakyat; mempertahankan hak dan maruah Bangsa; memartabatkan adat dan budaya . . . serta menjamin kedaulatan setiap pelusuk tanah air.
Inilah amanah Rakyat buat Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mereka selaku penaung agama, bangsa dan tanah air . . . dan intipati jalinan antara Raja dengan Rakyat dan Rakyat dengan Raja di Bumi Malaysia dimasa kini.
Raja Payung Rakyat. Rakyat ialah Tiangnya Payung itu.