Monday 23 December 2013

LETUPAN BOM DI DANOK - PADANG BESAR - SADAO

1.Lima letupan bom berlaku dalam masa berdekatan di Danok, Padang Besar dan Sadao pada tengahari 22 Dis 13. Setakat ini 2 rakyat Malaysia dan 3 rakyat Thailand dipercayai terbunuh 16 yang lain cedera termasuk 2 rakyat Malaysia. Sebuah bom motosikal meletup di hadapan Balai Polis Padang Besar dan sebuah lagi di kawasan parkir dalam Balai Polis Sadao pada jam lebih kurang 1140 pagi waktu Malaysia. Dua letupan seterusnya berlaku di Oliver Hotel dan sebuah kedai di Danok pada jam lebih kurang 1245. Satu letupan lagi berlaku di TESCO Sadao pada jam 1300. Kawasan kejadian masih disita dan pihak polis serta tim EOD masih berada di lokasi untuk menyiasat.


2.Berasaskan modus operandi yang membabitkan bom motosikal ianya kemungkinan besar dilakukan oleh militan yang bergerak aktif di wilayah bergolak. Sebelum ini, pada 31 Mac 12 (tahun lepas) militan berjaya meletupkan bom kereta di Hotel Lee Garden Plaza, Hatyai. Pihak polis dan tentera pada kali ini tidak mendapat sebarang maklumat awal mengenai kemungkinan berlaku kejadian dan ini sekali lagi menunjukkan kelemahan dari sudut perisikan Thai.

ULASAN/TAFSIRAN

3.Menurut Ketua NSC, Lt Gen Paradorn Pattanabut, militan mungkin mengambil kesempatan dari situasi politik di Bangkok yang tidak menentu melakukan pengeboman ini dan beliau tidak menafikan juga ianya bermotifkan politik. Menurutnya lagi, militan kemungkinan juga menghantar mesej kepada kerajaan agar meneruskan dialog damai yang kini tertangguh.

4.Ini merupakan kejadian pertama di mana ianya membabitkan letupan bom di Danok, Padang Besar dan Sadao. Seperti Hatyai dan Golok kawasan ini merupakan tempat tumpuan pelancong Malaysia dan merupakan nadi ekonomi di Selatan Thailand. Militan dipercayai menyasarkan kawasan tumpuan pelancong dan perniagaan untuk mensabotaj ekonomi Thailand yang dijana oleh rakyat Malaysia melalui aktiviti pelancongan khususnya pada musim cuti sekolah.

5.Dalam siri-siri dialog damai sebelum ini segala tuntutan serta tolak ansur yang dikemukan oleh militan ditolak oleh Kerajaan Thailand melalui NSC. Sikap berkeras kerajaan terhadap militan ini didorong oleh pihak tentera yang semakin yakin dapat melemahkan kekuatan militan melalui tindakan ketenteraan. Militan menyahut cabaran ini dan terus bersemangat meluaskan lagi kawasan serangan dan pengeboman mereka di luar wilayah bergolak. Sekiranya pada tahun lepas Hatyai di bom, pada tahun ini militan mengalihkan sasaran ke Danok, Padang Besar dan Sadao untuk memberi mesej bahawa mereka masih mempunyai kekuatan dan persenjataan untuk menyerang di luar kawasan tradisi.

6.Sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Padang Besar, Danok, Sadao, Hatyai di Selatan Thailand adalah dinasihatkan agar ditangguh buat sementara waktu sehingga situasi keselamatan pulih sediakala







No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...