Tuesday, 24 December 2013

GEMPAR: Penaja Gerakan Turun Kos Sara Hidup Ditahan Reman

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.


Menulis dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.



"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.



"... mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya.



Turun merancang untuk mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan.



Sementara itu, menerusi laman Facebook rasmi Turun Kos Sara Hidup - Turun menyatakan bahawa Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat telah tiba di IPD Dang Wangi sebentar tadi bersama-sama Pemuda Pas yang lain bagi memberi sokongan kepada Azan.



Para aktivis yang berkumpul di pekarangan IPD Dang Wangi turut menghasilkan poster sebagai tanda solidariti.



"Jangan cabar amarah rakyat" dan "we are all Azan Safar"," tulis mereka.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...