Sunday 29 December 2013

Berpantang maut sebelum ajal


Berpantang maut sebelum ajal – Masyarakat Melayu memang terkenal dengan peribahasa nie terutamanya pada zaman datuk nenek moyang kita nie. Di dalam percakapan mesti akan diselitkan dengan pantun dan peribahasa. Tapi pada zaman kita nie semua peribahasa hanya sekadar dikumpulkan di dalam buku sahaja, jarang sekali kita mendengar serta menggunakan peribahasa di dalam perbualan seharian kita.
berpantang maut sebelum ajal
Namun jika Anda selalu menonton berita atau membaca surat khabar, mesti anda perasan peribahasa “berpantang maut sebelum ajal” ini selalu digunakan di awal tajuk berita.

Peribahasa yang ingin Admin kongsikan ini adalah peribahasa “berpantang maut sebelum ajal”. Selain itu ada juga peribahasa lain yang seakan-akan memberi maksud yang sama iaitu peribahasa berpantang undur sebelum kalah. Jadi apakah maksud peribahasa berpantang maut sebelum ajal ini?
Maksud peribahasa ini adalah merupakan peniup semangat untuk kita terus berjuang dan bertahan dalam apa jua keadaan.Ia bukan bermakna kita menentang atau tidak percaya dengan kekuasaan dan tetapan Allah tetapi kita perlu terus berikhtiar dan bukan hanya cuma berserah.
Kita digalakkan berusaha dalam apa jua keadaan dan bukannya hanya berserah mengharapkan keajaiban berlaku.Meskipun kita percaya ajal itu ditentukan oleh Allah namun kita perlu berusaha untuk melawan dan mencari penawar apabila berhadapan dengan apa jua penyakit atau musibah yang kita hadapi.
Klip video yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah antara salah satu contoh apa yang dimaksudkan dengan peribahasa berpantang maut sebelum ajal. Dalam keadaan yang kritikal mangsa masih lagi tenang meskipun dari sudut akal sesiapa saja yang melihatnya akan beranggapan adalah mustahil bahawa dia masih boleh hidup.
Namun setakat itu sahaja yang dapat dipertontonkan dalam video tersebut. Apa yang berlaku seterusnya selepas itu hanya mangsa dan mereka yang terlibat saja yang mengetahuinya. Sumber video Youtube Admin ambil daripada ~ Ozzy2u

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...