Monday 23 December 2013

Cara Isi Borang BR1M 3.0

Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah permohonan untuk mereka yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0 sudah dibuka. Mungkin hal ini akan mengubah bajet peribadi kita untuk tahun 2014.

br1m Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

Terdapat dua cara untuk momohon Bantuan Rakyat 1Malaysia aka BR1M iaitu dengan mengisi dan menghantar kertas borang beserta dengan borang fizikal yang lain atau mengisi borang di atas talian

Sebelum mengisi borang ini, kita mesti memastikan yang kita benar-benar layak untuk memohon supaya peluang untuk berjaya adalah tinggi dan kita tidak menganiaya orang yang benar-benar layak.

Syarat kelayakan permohonan BR1M 3.0 2014 adalah seperti di bawah:

Isi Rumah (RM650)

  1. Pendapatan bawah RM3000
  2. Warganegara Malaysia

Isi Rumah (RM450)

  1. Pendapatan antara RM3000 hingga RM4000
  2. Warganegara Malaysia

*Tambahan RM50 Sumbangan Kumpulan Takaful Rakyat 1 Malaysia

Individu (RM300)

  1. Jumlah pendapatan bulanan kasar RM2000 dan ke bawah
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berusia 21 dan ke atas (dilahirkan pada tahun 1993 atau lebih awal)
  4. Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia

Pemohon yang pernah menerima BR1M 1 dan BR1M 2 dan ingin memohon untuk BR1M 3 perlu mengisi semula borang permohonan BR1M dan mengemaskini maklumat yang ada. Jika tiada perubahan perlu dilakukan pada borang tersebut, kita tidak perlu melakukan apa-apa tetapi kita dikehendaki memeriksa semula untuk tujuan keselamatan.

Sebagai contoh, jika kita telah berpindah tempat tinggal, kita perlu mengisi alamat rumah yang baru. Maklumat bank yang digunakan juga perlu tepat agar pembayaran ke akaun pemohon akan berjalan dengan baik. Borang fizikal boleh dirujuk di Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BRIM 3.0

Cara mengisinya boleh dirujuk seperti di bawah.

A. Untuk Mereka Yang Pernah Memohon BR1M Sebelum Ini

1. Pergi ke Laman Ini

2. Isikan nombor kad pengenalan dan klik pada ‘Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0′

caramengisiborangbr1m 300x132 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

3. Tandakan pada ‘Maklumat Bank’

caramengisiborangbr1mstep2 300x228 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

4. Isikan Nama Bank dan Nombor Akaun

caramengisiborangbr1mstep3 300x74 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

5. Setelah mengisi kod anti-spam, Akuan Pengesahan akan dipaparkan

caramengisiborangbr1mstep4 300x294 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

6. Apabila semua maklumat adalah sah, permohonan kita telah berjaya

caramengisiborangbr1mstep6 300x163 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

7. Kemudian, kita perlu mencetak dengan mengklik pada butang ‘Cetak’ pada bahagian atas kanan.

caramengisiborangbr1mstep8 300x58 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

B. Permohonan Baru.(Tidak pernah menerima BR1M sebelum ini)

1. Pergi ke Laman Ini

2. Isikan bahagian yang diperlukan dan klik pada butang kiri ‘Permohonan Baru’. Nombor kad pengenalan dan tarikh lahir harus sepadan untuk meneruskan.

borangbr1mguide1 300x137 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

3. Isikan maklumat peribadi seperti parlimen: Majlis Tanah dan dun: Tanjung Bidara

borangbr1mguide2 300x110 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

4. Isikan maklumat peribadi bahagian dua ‘Tanggungan’. Link ‘Tanggungan’ boleh ditambah. Klik untuk menambah dan memadamkan.

borangbr1mguide3 300x50 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

5. Pastikan semua maklumat adalah betul terutamanya alamat rumah dan nombor akaun bank. Tandakan kotak persetujuan untuk meneruskan.

caramengisiborangbr1mstep4 300x294 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

6. Kita akan dapat lihat window pop-up bertulis ‘Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar’

7. Langkah paling penting adalah untuk mencetak borang tersebut. Jika kita tidak mempunyai printer, kita boleh menyimpan borang permohonan itu dan mencetaknya kemudian. Hanya perlu klik kanan pada dokumen tersebut atau menggunakan CTRL + S

caramengisiborangbr1mstep8 300x58 Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014

Bantuan ini dijangka akan diberikan pada bulan Februari 2014.

The following two tabs change c

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...